Pages

Saturday 29 October 2016

TIPS DIET SIHAT UNTUK PESAKIT SLE

Assalammualaikum.

Sebelum ini saya ada kongsikan rawatan serta suplemen yang sesuai untuk pesakit SLE. Tetapi, dalam masa yang sama, pesakit SLE juga perlu menitik beratkan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat agar simptom lupus tidak memudaratkan pesakit.

Terdapat beberapa tips makanan berkhasiat untuk rujukan pesakit SLE termasuklah :

1. Ikan

Tukar tabiat makan makanan berdaging kepada ikan. Daging mengandungi lemak tepu yang menyumbang kepada masalah jantung. Pilih makanan dari sumber ikan yang kaya dengan Omega-3.

Omega-3 ialah asid lemak poli tak tepu yang membantu melindungi dari masalah jantung dan strok. Omega-3 juga membantu mengurangkan radang pada pesakit SLE.

Contoh ikan yang tinggi kandungan Omega-3 ialah :

• Ikan salmon
• Tuna
• Sardin
• Mackerel



2. Makanan tinggi kalsium

Pengambilan steroid bagi mengawal gejala SLE yang berterusan akan memberi kesan kepada masalah osteoporosis. Bagi menguatkan tulang, merawat masalah tulang rapuh, ambil makanan yang tinggi kalsium dan kaya dengan Vitamin D.

Contoh makanan yang tinggi kalsium ialah :

• Susu rendah lemak
• Cheese
• Yogurt
• Tauhu
• Bayam
• Brokoli
• Kekacang



Cadangan : Boleh ambil suplemen Ostematrix Shaklee yang mengandungi kalsium dan Vitamin D lengkap bagi memenuhi keperluan kalsium yang tidak cukup dari sumber makanan.

3. Hadkan pengambilan lemak trans dan lemak tepu.
Pesakit SLE perlu fokus pada makanan yang tidak mengandungi lemak tepu dan trans. 

Lemak trans dan tepu ini akan menyebabkan tahap kolesterol meningkat dan keradangan. Ini kerana, steroid yang diambil oleh pesakit akan menyebabkan selera bertambah dan berat badan akan meningkat. Gejala ni akan memberi kesan kepada pesakit SLE.

Contoh makanan mengandungi lemak tepu dan trans ialah makanan bergoreng dan berminyak. Jadi pastikan memilih makanan yang berkhasiat dan sihat.



4. Jauhi Alfalfa dan Bawang Putih

Alfafa mengandungi asid amino yang dipanggil L-canavanine manakala garlic pula mengandungi allicin, ajoene, dan thiosulfinates yang akan mengaktifkan sistem imun dan akan menyebabkan keradangan pada pesakit SLE. 

Antara sindrom pesakit SLE termasuklah keletihan, sakit dan bengkak sendi, masalah buah pinggang, keputusan darah yang tidak normal dan lain lagi. Masalah ini berlaku kerana tindak balas dengan asid amino yang terdapat pada tumbuhan alfalfa.



5. Elakkan mengambil sayuran seperti tomato, ubi kentang, terung dan cili benggala merah dan hijau. Sayuran ini mengandungi toksik dan alkaloids. Walaupun tiada kajian saintifik yang membuktikan membawa kesan kepada pesakit SLE, tetapi ada sesetengah pesakit SLE sensitif dengan makanan ini. Gantikan sayuran seperti tomato dengan lobak merah, terung dengan bendi dan kentang dengan ubi manis.

Tips : Pesakit SLE perlu catit setiap makanan atau sayuran yang mereka ambil setiap hari. Jauhi makanan dan sayuran yang menunjukkan simptom SLE setiap kali diambil.



6. Elakkan pengambilan alkohol

Alkohol bertindak balas dengan ubat tahan sakit yang diambil oleh pesakit SLE. Jika minuman beralkohol diambil bersama ubat NSAID seperti ibuprofen (Motrin) atau naproxen (Naprosyn) akan meningkatkan risiko pendarahan perut dan ulser. Alkohol juga akan mengurangkan keberkesanan ubat warfarin (Coumadin) dan methotrexate.



7. Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan terlalu banyak garam akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan risiko sakit jantung. Seperti yang kita tahu, sakit SLE itu sendiri da membawa kesan sakit jantung.

8. Simptom lupus berbeza dari seorang kepada seorang pesakit. Jadi, pesakit perlu berbincang terlebih dahulu dengan pakar diet dan doktor berkenaan makanan sesuai yang perlu diambil agar simptom lupus tidak memudaratkan pesakit.

Semoga tips tips diet ini dapat membantu penghidap SLE dalam memilih makanan dan sayuran yang sesuai agar simptom lupus tidak menjadi semakin buruk. Yang penting, catit setiap makanan yang diambil agar dapat mengesan makanan apa yang tidak boleh diambil.

Sumber : http://www.healthline.com/health/lupus/diet-tips
Your trusted SID

Tel / whatsapp : 019-488 5969
IG : N_Faraha

No comments:

Post a Comment