Pages

Showing posts with label Anak Istimewa. Show all posts
Showing posts with label Anak Istimewa. Show all posts

Monday, 16 January 2017

SEGALANYA BERMULA DI SINI | TUKAR VP SHUNT

Assalammualaikum.


Alhamdulillah. Hujan di petang Jumaat.. Masa ni saya dan Alleesya berada di Hospital Rehabilitasi Cheras. 


Sambungan dari entry ni. Masa kakak operate umur 10 hari dulu,  doktor ada beritahu,  nanti masa kakak umur 8 atau 9 tahun,  kakak kene operate lagi sekali untuk tukar tiub vp shunt.  Sebab tiub yang doktor masukkan pendek sesuai untuk baby dan sehingga umur 9 tahun.


9/3/2016 - Kami bawa kakak jumpa doktor Neuro untuk lihat vp shunt kakak samada ok lagi ke tak.  Sebab kakak da umur 6 tahun.  Kakak besar dan tinggi.  Doktor check dan beritahu yang shunt kakak lambat naik semula bila ditekan.  Jadi,  doktor suruh buat ct scan. Dan results menunjukkan air dalam kepala kakak banyak. Doktor kata boleh la buat operation utk tukar vp shunt. 


15/3/2016 - Kami admitted ward awal sehari.  (aduhh sedih nya nak cerita kan balik kat blog ni)


16/3/2016 - Hari yang ditunggu-tunggu da tiba.  Mama siapkan kakak cantik-cantik.  Kakak excited suka.  Tapi bila kene tolak ke dalam bilik pembedahan kakak da nangis.  Dia da besarkan.  Da tahu.  Ayah temankan kakak sampai kakak ditidur dengan ubat bius.  Operation tak lama pun.  Dalam 2 jam macam tu. 
Kakak pun ok.  Nampak stabil.


18/3/2016 - Kakak dibenarkan untuk discharge.


21/3/2016 - Bawak kakak keluar jalan-jalan makan nasi arab


22/3/2016 - Aqeel dan Aqeef pulak demam.  Kene warded.


29/3/2016 - Kakak da mula demam


2/4/2016 - Balik kampung Tangkak,  sepupu kawen.  Kakak masih demam. Malam tu bawak kakak g hospital kat Muar. Doktor suruh kami admit ward tapi kami minta untuk admit bila balik rumah nanti.


3/4/2016 - Admit ward.  Berdasarkan result darah yang diambil di Hospital muar malam td.


6/4/2016 - Discharge


9/4/2016 - Balik Kampung Seri Menanti ada orang kawen
Masa ni kakak masih ok.


11/4/2016 - Follow up dengan doktor Neuro. Kakak happy sangat.  Mama ambil video kakak.  Video ni video terakhir mama tengok kakak yang sihat. 

Sampai sekarang kalau rindu ke nak tunjuk kat doktor ke nurse ke,  mama bukak video ni.


Mama rindu kakak..


Nanti mama cerita lagi ye..



Wednesday, 11 January 2017

KAKAK ANAK ISTIMEWA

Assalammualaikum.


Selamat petang. Lama pulak tak menulis kat blog ni.
Petang-petang yang redup ni,  nak cerita sikit la pasal anak istimewa kami. Ye,  anak sulung kami,  Nurul Alleesya Mazaya.  21hb Januari ni kakak da 7 tahun.


Masa pregnant kan kakak,  kandungan 8 bulan,  doktor detect air dalam kepala kakak banyak.  Doktor kata ni tak normal.  Kalau bayi normal,  air dalam kepala tak banyak macam ni.  Tapi doktor tak nak buat apa-apa dulu sebab ada juga patient doktor bila bersalin,  bayi tu normal dan sihat.


Genap 37 minggu saya bersalin kan kakak. Bersalinkan kakak sangat mudah,  sekejap je dalam labor room.  Tak sakit.  Boleh kata,  mudah.   Tapi kakak lahir ada meningocele at back. 


Umur kakak 4 hari da kene transfer ke hospital Kpj Ampang Puteri untuk buat operation dengan doktor neuro.  Umur 10 hari kakak operation repair meningocele,  pasang VP shunt.  Kakak sakit Spina Bifida dan hydrocephalus.


Membesarkan kakak amat mudah.  Sama macam kanak-kanak yang lain.  Kami jaga kakak macam anak normal.  Dan ramai tak tau kakak ni oku.  Kakak kami hantar ke sekolah khas dia di PDK (Pendidikan Dalam Komuniti).


Kakak tak boleh jalan disebabkan oleh Spina Bifida tapi kakak bergerak dengan cara merangkak.  Kakak merangkak laju.  Kakak boleh bercakap macam biasa,  tak pelat. Boleh berdikari sendiri,  mandi sendiri,  basuh tangan kat sinki sendiri, pakai baju sendiri.  Tapi kakak pakai pampers la. 


Selama 6 tahun kakak membesar dengan sihat dan seolah-olah normal macam kanak-kanak normal yang lain.


Sehingga la bulan tiga (March) tahun lepas... Kakak..


Nanti saya sambung entry di sini ye..