Pages

Thursday 22 September 2016

PUNCA DAN FAKTOR SPINA BIFIDA

Assalammualaikum.

Entry sebelum ini saya kongsikan tentang apa itu spina bifida. Jadi kita sudah jelas tentang spina bifida. Spina bifida adalah masalah kecacatan dimana tulang belakang terbelah semasa bayi dalam rahim lagi. Ia berlaku berikutan penutupan tidak sempurna sebahagian sistem saraf tengah (spinal cord) dan tulang belakang (spinal column). Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bersambung dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Ianya berlaku dibahagian bawah tulang belakang dan jarang berlaku dibahagian atas. Kali ini saya akan kongsikan pula punca dan faktor risiko spina bifida. 

Punca disebalik Spina Bifida belum diketahui secara pasti. Namun,  para pakar dan doktor telah mengidentifikasi beberapa faktor risiko yang mungkin menjadi puncanya. Diantaranya adalah :

1. Kekurangan asid folik

Kita sedia maklum, asid folik sangat penting untuk diambil oleh ibu yang ingin hamil dan sedang hamil. Jadi, ibu-ibu hamil perlu mengambil kadar asid folik yang cukup terutama sebelum dan semasa kehamilan untuk mengurangkan risiko melahirkan anak dengan spina bifida. Ini merupakan faktor yang paling signifikan dalam spina bifida serta jenis cacat tabung saraf lain.

Tapi, masa saya mengandungkan anak sulung saya, vitamin asid folik yang dibekalkan oleh doktor memang tidak pernah saya tinggalkan. Allah beri kami rezeki anak istimewa ini amanah untuk kami menjaga dengan sebaiknya.

Asid folik adalah salah satu bahan penting dalam pembentukkan sistem saraf bayi

2. Faktor keturunan

Orang tua yang pernah memiliki anak yang menghidap spina bifida mempunyai risiko lebih tinggi untuk kembali memiliki bayi dengan jenis kelainan yang sama.

3. Jenis jantina

Faktor ini lebih sering dialami oleh bayi perempuan

4. Ubat-ubat tertentu

Khususnya ubat asid valproat dan carbamazepine yang digunakan untuk epilepsi atau gangguan mental (seperti bipolar)

5. Diabetes

Wanita yang menghidap diabetes memiliki risiko lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan spina bifida. Kadar glukosa berlebih dalam darah boleh mengganggu perkembangan anak

6. Obesiti

Obesiti pada masa sebelum kehamilan akan meningkatkan risiko seseorang wanita itu untuk memiliki bayi yang menghidap spina bifida

7. Peningkatan suhu badan

Beberapa bukti menunjukkan bahawa peningkatan suhu badan (hipertermia) pada minggu-minggu awal kehamilan dapat meningkatkan risiko spina bifida. Meningkatnya suhu badan kerana demam atau penggunaan sauna atau air panas telah dikaitkan dengan peningkatan risiko spina bifida

Setelah kita kenali beberapa faktor yang menyebabkan anak lahir dengan spina bifida, sudah tentu kita ingin tahu macam mana pula kita nak kenal gejala dan komplikasi spina bifida. InshaAllah saya akan kongsikan dalam entry yg lain pula. 

Bayi Spina Bifida dalam kandungan dapat dikesan melalui imbasan ultrabunyi

Jenis kerosakan saraf tunjang Spina Bifida

No comments:

Post a Comment