Pages

Showing posts with label Ubat Diet. Show all posts
Showing posts with label Ubat Diet. Show all posts

Wednesday, 26 April 2017

VIVIX BANTU TURUNKAN BERAT BADAN

Assalammualaikum.


Tahu tak gemuk itu tidak awesome. Gemuk atau kata yang sopan sikit ialah obesiti. Obesiti adalah lemak badan yang berlebihan dan pada satu tahap ia akan menjejaskan kesihatan seseorang.


Individu yang dianggap sebagai obes biasanya memiliki indeks jisim (BMI) yang tidak normal.






Obesiti meningkatkan kebarangkalin seseorang itu menghidap penyakit Kardiovaskular, diabetes melitus tahap 2, apnea tidur obstruktif, kanser, Osteoarthritis dan asma.


Obesiti berlaku disebabkan kombinasi pengambilan tenaga makanan secara keterlaluan, kurang melakukan aktiviti jasmani, dan genetik. Ada juga kes Obesiti disebabkan oleh gen, kecelaruan endokrin, pengubatan atau penyakit mental.


Sekarang ni ramai yang berdiet dengan menahan lapar, tak makan nasi. Tidak kurang juga yang mengambil pil pil untuk kurus. Macam-macam cara la yang mereka lakukan untuk kurus semula.






Tajuk entry kali ni adalah Vivix bantu turunkan berat badan. Betul ke Vivix boleh bantu untuk kurus? Bukan ke Vivix ni untuk penyakit kronik dan kanser je? Hah, meh nak cerita macam mana Vivix bertindak untuk menurunkan berat badan.


Ramai tau yang dah berjaya kurus dengan Vivix. Tetapi wajib lah ambil Vivix secara konsisten.


VIVIX adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ianya selamat, semulajadi, berkesan dan yang paling penting HALAL.


Vivix mengandungi campuran unik botani iaitu :

1. Polygonum Cuspidatum
2. Anggur Muscadine
3. Elderberi Eropah
4. Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol


Vivix adalah suplemen istimewa kerana mengandungi Resveratrol iaitu sejenis Polyphenols dari kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

BAGAIMANA VIVIX BERTINDAK MEMBANTU UNTUK KURUS


Ada 3 cara Vivix bertindak dalam membantu untuk menurunkan berat badan. Antaranya termasuklah :


1. Resveratrol membantu mempercepatkan kadar metabolisme badan.

Jika metabolisme badan kita tinggi, ini akan menggalakkan penurunan berat badan dengan cepat. Apabila metabolisme mula dijalankan dengan optimum, badan akan membakar lebih banyak kalori. Lagi banyak kalori hilang, lagi cepat anda mencapai berat yang ideal.


2. Resveratrol membantu memecahkan lemak dalam badan untuk ditukarkan kepada tenaga

Vivix akan memusnahkan sel-sel lemak dalam badan dengan cepat secara semulajadi dan ditukarkan kepada tenaga


3. Menghalang kenaikan paras hormon estrogen yang menyimpan lemak dalam badan

Hormon estrogen yang tinggi akan menyimpan lemak badan yang berlebihan.


RESVERATROL ni hanya ada dalam botol Vivix. Jadi, nak kurus kene la ambil Vivix.

TESTIMONI BERKESAN BERJAYA MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN VIVIX









SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 10: FADZRIN ZAINAL


[BERAT BADAN SEMAKIN MENURUN SELEPAS AMALKAN SET KURUS SHAKLEE]


Selalu kongsi testimoni orang lain aje. Kali ni Ayen nak kongsi testimoni Ayen sendiri. Amat rugilah kalau seseorang SID tu tak cuba sendiri keberkesanan produk-produk Shaklee. Rasa sendiri baru best kongsi pengalaman dengan orang lain. Sebelum ini Ayen consume Set Pantang dan Menyusu. Itu pon dah Wow! Kali ini Ayen cuba Set Slim pula.


Pada mulanya Ayen tak pasang niat nak turunkan berat badan. Dengan alasan masih breastfeeding-kan Amani, Ayen terima aje potongan badan yang tak berapa nak kurus ni. Perasan badan tak naik bagai dipam-pamlah kononnya . Makan pun control sikit-sikit aje. Tapi memanjang cheat day saja hihi. Nampak sangat mudah goyah dengan makanan. 


Bulan Oktober tahun lepas Shaklee ada buat promosi Lecithin dan Alfalfa. Waktu itu Ayen pun promote dengan semangat di FB Page, FB dan IG. Hasilnya ada sahabat lama yang contact Ayen mahukan vitamin untuk kuruskan badan dan dalam masa sama nak susu meriah. Maklumlah selepas melahirkan baby naklah buang segala lemak-lemak berlebihan sewaktu mengandung dulu.


Hah! Memang bertepatan dengan promosi bulan tu. So Ayen pon recommend dekat sahabat ni ambil lah Lecithin dan Alfalfa. Pakat borong untuk customer eh apa kata Ayen cuba sekali. Maklumlah harga runtuh. Tak kan tak nak grab. Lepas tu tak kan kite tengok aje orang lain kurus, takkan tak nak kurus sama..kheennnnn.


Maka Ayen pon start consume Alfalfa, Lecithin dan Ayen add on Omega Guard. Omega Guard ni pada awalnya Ayen ambil untuk untuk skin, daya ingatan fokus bila buat kerja terutamanya bila laksanakan hal-hal Shaklee dan waktu tu Amani pula terkena batuk dan selesema dari abangnya. Di sebabkan Amani masih menyusu secara tak langsung bolehlah Ayen salurkan nutrien hebat ini melalui susu ibu. Reda la sikit batuk dan selesema.


Waktu tu usaha-usaha yang Ayen buat hanyalah:


1) Minum air masak banyak. At least 2-3 liter sehari. Penting minum air banyak sebab kita boleh flush out semua toksin dan pada masa sama mengekalkan kandungan air dalam badan.


2) Dinner awal dalam pukul 6.30 petang. Jadi perut mempunyai cukup masa untuk memproses makanan sebelum tidur. Bagi mereka yang berniat nak menguruskan badan makan malam selalunya light-light saja. Kerana penggunaan tenaga lebih rendah berbanding waktu siang.


3) Sejak jadi WAHM banyak masa Ayen di rumah bersama anak-anak. Nak keluar joging agak risky jika hanya dengan anak-anak. Jadi Ayen banyakkan aktiviti bermain dengan anak-anak. Tak kiralah jadi kuda round satu rumah. Jadi jongkang jongkit, lari-lari anak dalam rumah, menari dengan diorang sambil tengok Hi5.
Macam senang tapi penat tau sebab stamina diorang lagi mantap. Mama nak pitam dah diorang steady gelak-gelak lagi. Yang penting anak-anak gembira mama boleh burn lemak-lemak.


Konsisten makan untuk 2 bulan. Lecithin tu dalam erti kata konsisten consume untuk 2 botol. Ayen memang dah lama tak naik penimbang. So ada sekali tu visit makcik kebetulan rumah dia ada penimbang. Punyalah excited mak Ayen, Ayen, makcik-makcik pakat timbang nak tau berat masing-masing. Kelakar la pulak. So Ayen pon naik je penimbang tanpa ada perasaan apa-apa. 


Dalam hati ini kita expect standard nombor “6” kat depan. Tetiibaaa! Yang muncul nombor “5” tau. Lama betul tak merasa uollss. Lagi best sebab lagi ringan dari waktu naik pelamin. Terasa di awang-awangan kejap. hihi. Kenapalah tak jumpa Shaklee masa nak kawen dulu. Kalau tak lagi meletop-letop masa naik pelamin 5 tahun lepas (walau waktu tu dah cukup meletop kot hahahah). Masa ni turun 3Kg banding masa last timbang suatu ketika dahulu (bila tu jangan di tanya sebab memang dah lupa..hihi)


Masa tu pun dah rasa dah syok. Wahh boleh tahan juga penangan Alfalfa, Lecithin dan Omega Guard. Ayen masih teruskan pengambilan macam biasa sebab bila konsisten makan Set Slim ni badan lagi sedap, ringan, perut rasa cam leper kosong. Kalau tak rasa bloated, kembung macam preggy 3 bulan. Padahal lemak dengan angin aje lebih kot.


Nak dijadikan cerita, awal bulan Disember kami ex-school mate ada reunion. Seronok ni jumpa member lama. Rata-rata tak jumpa sehingga berbelas tahun. Ramai bagi komen waktu tu nampak kurus. Eh tapi serius ayen memang takde rasa kurus sangat. Sikit aje mungkin. Tapi bila ramai yang bagi komen eh tak boleh jadi ni. So gigihlah mencari gambar paling latest untuk buat comparison. Tadaaa ini lah hasilnya. Mungkin weight loss tak banyak sangat tapi yang ayen perasan inch loss. “Kecut” banding sebelum ambil Lecithin dan OmegaGuard.


Dan sejak January, Ayen add on pula Vivix. Alang-alang promosi kita stok up sekali. Bila ambil Vivix, penangan seminggu pertama memang boleh tahan body nak adjust. Ayen rasa berat sangat kepala, badan pula rasa seram sejuk. Tapi masih teruskan pengambilan Vivix dan minum air banyak. Sebab tahu badan dalam proses nak adjust menerima "vitamin terbaik" ini. Lepas seminggu baru rasa badan lagi sedap, bertenaga nak melayan anak-anak, kurang marah-marah (walaupun sebelum ni saya cool aje hihi).


Yang paling best jerawat kat muka semakin pudar.


Alhamdullilah. Kurus secara sihat, cantik pon secara sihat. Itu yang penting. Kurus slow and steady dan tidak mengejut. Takut kalau kurus secara drastik, naiknya pon secara drastik. Seram!!!


Inilah kisah #shakleeeffect saya. Best! Terima kasih Shaklee. Terima kasih Mama Khairani Bahaudin sebab perkenalkan Ayen dengan produk hebat ini. Sumpah setia sampai mati.




Testimoni Master Nana Macarona


"Tengok lah di atas ni.. Ni kisah benar yang terjadi kepada nana sendiri okey.. Bayangkan sebulat bulat tomato mukaku, finally boleh jadi normal balik huhuhu :')


Actually lepas kawen haritu nana memang alami masalah naik berat badan yang melampau.. Tapi tak pulak nana rasa nak ambil supplement untuk kurus.. Sebabnya suka kot badan gemok.. Masa sekolah dulu sekeping macam papan.. So bila badan naik sikit rasa seronok lah..


Tapi rupanya nana syok sendiri Tsskk :'(
Ku sangkakan comel lah badan montel sebegitu.. Tapi rupanya susahhhh weihhhh..


Baju pakai semua ketat.. Dah macam hape je berdiri sebelah suami yang selim river seperti itu dengan badan montel macam ni..
Bila tangkap gambar then tengok balik baru sedar diri..


Sebab tu orang suru CERMIN DIRI selalu!! Supaya tak syok sendiri eheh
Then nak dijadikan cerita, waktu jumpa dengan kakak2 S2U Masters nana, ramai yang bagi tips ambil vivix untuk kesihatan.. Sebelum ni ambil jugak vivix tapi tak konsisten pun..


Nana lebih kepada supplement nak cantik je sebelum ni.. Macam Vitamin C, Vitamin E dan Kolagen serta ESp.. Vivix vivixni cheq tak layan.. haha


And suprisingly, after two weeks berturut-turut nana makan vivix secara konsisten, antara kesan yang nana dapat ialah


1) Berat badan turun 6kg! TEngok perbandingan dalam gambar di atas

2) Kulit semakin LICIN dan FLAWLESSS.. Ramai tegur kulit nana nampak makin glowing mowing especially bila jumpa dekat luar.. Sampai tak keruan jadinya tau.. *gediks tampo kang*

3) Kulit semakin CERAH SEKATA dan TEGANG.. Well you ollsss.. Vivix ni anti-aging TERBAIK satu dunia.. Memang TAK MUNGKIN lah kalau vivix tak dapat membantu anda untuk dapatkan kulit yang cantik ye..

4) Muka semakin RUNCING.. Yang ni memang ketara.. Ramai yang beritahu nana sebelum ni nana nampak kurus kat badan *ilusi optik..mereka tertipu* tapi muka je bulat tembam.. 

Haha! Actually nana suka je muka tembam macam ni.. Nampak comel sikit hahahktui Tapi kalau dah itu kesan yang ku terima selepas makan vivix, daku relakan sajooo.. So hampa yang muka TEMBAM and hampa tak suka tu, sila lah ambil vivix ye!"

Credit to blog Master Nana Macarona http://nanafarhanapakeh.blogspot.my/2015/01/vivix-untuk-kurus.html?m=1


Testimoni Kak Suhaila

"Masa ni memang dah konsisten dengan vivix

Ha..ni nak ceri sikit kat korang pasal nak kurus ni..akak baru dapat cerita pasal vivix boleh kuruskan badan.Ehem ehem..bila akak goole rupa-rupanya ramai pengguna vivix yang dah berjaya kuruskan badan.wow..terujanya tengok diorang makin kurus.Tapi kan yang agak surprise juga..kalau korang tengok gambar kak su ni.Satu tu masa tahun 2008 dan yang sebelah lagi tu tahun 2014.


Sebenarnya kak su ni memang dah amalkan vivix sejak 2013 lagi.Tapi masa tu ambil vivix sebab ada masalah kesihatan lain.Memang ada makan suplimen shaklee yang lain tapi vivix ni memang tak tinggal.So kak su minum vivix hari-hari sebelum tidur.


Botol  vivix yang habis dan yang untuk diminum..
Suka minum vivix ni..rasa pun sedap..badan rasa bertenaga jer..kesihatan makin baik.Tapi kak su tak pernah terfikir pun minum vivix ni macam boleh trim muka akak ni.Dari bulattt jadi lonjong pulak..hihi..tapi itulah realiti.Macam mana cara vivix ni boleh bantu kita kurus"

Credit to blog Kak Suhaila http://akukaksu.blogspot.my/2016/01/cara-nak-kurus-lepas-bersalin.html?m=1




Wednesday, 8 February 2017

20 FAKTA LECITHIN DAN FUNGSINYA YANG PENTING UNTUK KESIHATAN

Assalammualaikum. 

Sempena bulan February yang Shaklee buat promosi besar besaran untuk 2 produk yang tersangat la laris iaitu Lecithin dan Alfalfa Complex ni, kak faraha dengan sukacita nya nak share info dan fakta menarik yang wajib anda tahu.  So takde la anda rugi nanti terlepas peluang keemasan promosi ni.



Jom ketahui 20 fakta menarik tentang lecithin.

1. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan manusia, tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan kita. Lecithin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung serta biji kacang soya.

2. Lecithin kacang soya adalah yang paling diperkaya dengan lecithin yang tidak mengandungi kolesterol. Faktanya, Lecithin Shaklee memang diperbuat daripada kacang soya.

3. Lecithin Shaklee di ekstrak dari kacang soya yang tidak diubah genetik (Non GMO) dimana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol.

4. Lecithin merupakan sumber yang kaya dengan kolina yang akan ditukarkan menjadi asetilkolin. Asetilkolin ialah sejenis bahan kimia dalam otak yang penting untuk kecergasan mental, fokus dan memori.

5. Lecithin membantu meringankan sembelit dan berfungsi sebagai pelembut najis yang berkesan jika diamalkan dengan konsistan.

6. Membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati dan antaranya ialah menyingkirkan kolesterol jahat (LDL).

7. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut membran sel darah merah dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

8. Lecithin mampu mengemulsi lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari mampu menurunkan berat badan dan ukuran inci tubuh anda.

9. Fungsi utama lecithin adalah menjadi pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara yang melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut dari melekat pada dinding membran.

10. Kolina yang terdapat dalam soya lecithin membentuk penghantar saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang penyakit nyanyuk dan juga meringankan stress.

11.  Lecithin boleh membentuk membran sel, melembab dan menghaluskan kulit supaya kulit akan menjadi cantik. Ia juga mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan proses penuaan. Nak kulit cantik, makan lecithin!

12. Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi dan tiada mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

13. Pengambilan 1200mg Lecithin sebanyak 3 ke 4 kali sehari dapat membantu mengelakkan dan mengurangkan masalah bengkak susu ibu-ibu yang baru melahirkan.

14. Pengambilan Lecithin ketika berpantang juga membantu ibu mengatasi masalah lost of short term memory yang biasa akan dialami selepas bersalin.

15. Pengambilan lecithin turut mengurangkan risiko masalah prostat dan urethra lelaki bukan itu saja ia juga membantu menangani masalah elergi pada badan.

16. Sebotol lecithin mengandungi 180 kapsul, hanya perlu makan 6 biji setiap hari, Sebotol lecithin cuma berharga rm52.75. sebotol memang untuk sebulan penggunaan.

17. Batu karang tu terjadi akibat dari kolesterol yang berlebihan dalam badan kita. Lecithin akan bertindak pengemulsi supaya kolesterol dapat dihalang dari menjadi batu karang.

18. Golongan yang perlu mengambil Lecithin:

  • Mereka yang ingin menurunkan berat badan.
  • Pesakit diabetes, buah pinggang dan stroke.
  • Mereka yang kolestrol tinggi.
  • Mereka yang mengalami inflamasi seperti gout.
  • Mereka yang sukar tidur.
  • Ibu yang menyusukan bayi

19. Kapsul Lecithin adalah diperbuat dari “bovine” gelatin yang halal. Bovine adalah dari lembu.

20. Lecithin boleh menghalang arterioklerosis, menggalakkan peredaran darah. Maknanya Lecithin menghalang pembuluh darah daripada tersekat atau tersumbat.