Pages

Tuesday 18 October 2016

11 GEJALA PENGHIDAP SLE

Setiap penghidap SLE mempunyai gejala yang berbeza-beza bergantung kepada jenis gen yang dibawa. Ada yang melibatkan banyak organ, ada yang ringan, sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi.

Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi yang bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk "kupu-kupu". Ruam ini juga boleh timbul di muka dan telinga, dibahagian atas kedua-dua lengan dan tangan, bahu dan dada.

Oleh kerana penghidap SLE sensitif pada  cahaya matahari (fotosensitif), tompok-tompok merah ini akan jadi lebih teruk selepas terdedah pada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius ataupun tidak adalah berbeza daripada seorang kepada seorang yang lain.




11 Gejala-Gejala SLE


1. Discoid Rash

  • Iaitu tompok-tompok merah yang berbentuk seperti cakera dan menimbul yang biasanya muncul di belakang leher, muka dan kulit kepala dan mungkin boleh berparut. Boleh jadi salah satu simptom SLE atau satu-satunya simptom dalam DLE. 

2. Malar rash 

  • Iaitu tompok kemerahan yang berbentuk seperti rama-rama dan terjadi di kawasan wajah. Malar rash juga boleh muncul jika terkena sinaran matahari. Juga dikenali sebagai "butterfly rash"

3. Serositis

  • Keradangan pada lapisan serosa yang membalut paru-paru, jantung dan organ lain. Jika berlaku pada paru-paru, bernafas  mungkin sukar dan menyakitkan. Penyakit jantung juga bakal menyerang jika gejala ini berlaku pada jantung.

4. Oral ulcers

  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan selama lebih sebulan

5. Arthritis

  • Sakit sendi dan bengkak sendi berlanjutan selama beberapa minggu

6. Photosensitivity

  • Alahan terhadap sinaran matahari. Sama ada mata terlalu silau atau bahagian badan yang terdedah cahaya matahari akan timbul tompok-tompok merah dan menjadi semakin teruk

7. Neurologic Disorder

  • Jika seseorang mengalami lupus pada otak, dia mungkin mengalami sakit kepala, pening, perubahan tingkah laku, halusinasi malah mungkin boleh mengalami sawan dan strok. Ada juga pesakit yang mengalami masalah ingatan dan sukar untuk memberi pendapat

8. Hematologic Disorder

  • Masalah berkaitan sel darah seperti bilangan sel darah merah atau sel darah putih berkurang dan terdapat risiko untuk mendapat darah beku. Selain itu, mungkin boleh menyebabkan keradangan pada salur darah

9. Antinuclear antibody

  • Antibodi yang terdapat dalam pesakit SLE. Dipanggil antinuclear kerana berupaya menyerang nukleus sel

10. Immunologic Disorder

  • Disebabkan antibodi yang tidak normal, sistem imuniti pesakit SLE juga terganggu. Mereka juga kerap mengalami jangkitan kerana kedua-dua penyakit dan rawatannya akan melemahkan sistem imun. Jangkitan yang kerap dialami oleh pesakit SLE ialah jangkitan kencing, jangkitan pada bahagian pernafasan, jangkitan kulat, herpes, dan salmonella.

11. Renal Disorder

  • Ialah masalah buah pinggang yang dapat dikesan melalui protin atau darah dalam air kencing. Kegagalan buah pinggang adalah salah satu sebab kematian pesakit SLE. Antara simptom yang dialami ialah kegatalan secara menyeluruh, air kencing berkurangan, loya dan muntah, serta bengkak kaki.
Jika terdapat 4 daripada 11 simptom di atas, maka seseorang itu boleh disahkan penghidap SLE terutamanya jika antinuklear antibodi positif.




Antara tanda-tanda lain ialah seseorang itu sering demam, letih dan mengalami penurunan berat badan. Selain itu, keguguran rambut secara bertompok, biasanya disebabkan oleh discoid rash. 

Bagi wanita yang sering mengalami keguguran kandungan, mungkin perlu melihat gejala SLE yang lain. Lupus juga meningkatkan tekanan darah pada wanita hamil dan kelahiran pra-matang. Biasanya wanita dinasihatkan untuk tidak hamil selagi gejala SLE  tidak terkawal bagi tempoh 6 bulan.

Mereka juga cenderung untuk mendapat kanser dan kematian tisu tulang akibat kekurangan bekalan darah. Ini akan menyebabkan tulang sedikit retak dan boleh menyebabkan kepatahan yang biasanya melibatkan tulang pinggul.

Rujukan :
Lupus Malaysia
www.ketamkecil.com


APA ITU SLE? 
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SLE 

No comments:

Post a Comment