Assalammualaikum..
Hari Isnin yg lalu datang Pegawai Majlis Perbandaran Port Dickson ke rumah kami..Sambil bawa kertas a4 berwarna merah..terkejut jugak..pehal pulak ni..
Rupanya Cukai Taksiran rumah kami dah tertunggak dengan banyaknya..omg!!
Pegawai tu siap pesan kene selesaikan dgn kadar segera, kalau tidak, rumah akan disita..hahhhhhh??? Kami memang tak pernah terima surat Cukai Taksiran pun sejak beli rumah ni 5 tahun yg lalu..agaknya cukai tertunggak ni sejak 5 tahun yg lalu!!!..huhuhu
Pegawai tu kata takut-takut peguam yg uruskan rumah kami dulu terlepas pandang. Dia kata biasa terjadi macam tu la..
Saya dgn suami tertanya-tanya apa Cukai Taksiran ni?? Cukai pintu macam mana pulak?? Cukai tanah yg bayar 2 kali setahun tu lagi..Berapa banyak cukai yang ada dan perlu dibayar ni???
Jadi saya cari jawapan ni kat web Majlis Perbandaran Port Dickson..sini
1. Apa maksud Cukai Taksiran?
Cukai taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yg terletak di dalam kawasan Majlis seperti rumah kediaman, harta perniagaan ( kedai, kompleks, stesen minyak dsbnya ) dan harta perindustrian ( kilang, pelabuhan dsbnya).
2. Mengapa Cukai Taksiran dikenakan ke atas tanah oleh Majlis sedangkan ianya telah dikenakan cukai hasil oleh Pejabat Tanah?
Cukai tanah yg dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1965 adalah berdasarkan kepada hakmilik yg dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1965; sedangkan Cukai Taksiran yg dikenakan oleh Majlis adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
3. Apa maksud Cukai Tanah?
Cukai Tanah ialah cukai yg mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah. Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.
4. Perbezaan "Cukai Tanah" dan "Cukai Taksiran"?
CukaiTaksiran atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu" dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan iaitu MPPD dan perlu dibayar 2 kali setahun. Manakala Cukai Tanah adalah cukai yg dikenekan bg tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri.
Ok rasanya da jelas perbezaan antara 3 jenis cukai ni..Jadi pada yg masih belum terima sebarang bil cukai boleh la segera dapatkan di Majlis Negeri masing-masing ye..
Peringatan : Sila jelaskan cukai anda segera!!
No comments:
Post a Comment