Pages

Thursday 13 October 2016

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SLE

Assalammualaikum..

Entry sebelum ini adalah mengenai apa itu SLE?

SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri.

Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang dan akan menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakan organ dan tisu.

Walaupun SLE boleh menyerang beberapa ahli keluarga, namun untuk mengatakan SLE diwarisi adalah sukar kerana tiada "gen lupus" yang khusus ditemui.

Kajian menunjukkan mungkin terdapat beberapa gen yang menyebabkan seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan samada tisu atau organ yang terlibat serta tahap serius nya penyakit SLE yang dialami. Bagaimana pun, gen sahaja tidak cukup untuk memainkan peranan. Sebaliknya, para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut mennyumbang kepada punca berlakunya SLE. Antaranya termasuklah : 

1. Faktor Genetik

  • Mutasi gen HLA yang terletak dalam kromosom ke-6
  • Terdapat HLA kelas I, II, dan III
  • Hanya kelas I dan II akan memberi risiko
  • Gen-gen lain : IRF5, PTPN22, STAT$, CDKNIA, ITGAM, BLK, TNFSF4, dan BANK I

2. Faktor Persekitaran

  • Tekanan (stress)
  • Ubat "antidepressants" dan antibiotik
  • Terdedah pada cahaya matahari (radiasi uv)
  • Infeksi - virus, bakteria - biasa nya non pathogen akan berhubungkait dengan penyakit ini
  • Hormon estrogen

3. Tindakbalas terhadap dadah

  • Terdapat lebih kurang 400 jenis dadah yang boleh menyebabkan SLE
  • Contoh : procainamide, hydralazine, quinidine, phenytoin
  • "Drug-induced lupus erythematosus" - boleh hilang sekiranya penggunaan dadah berkenaan dihentikan
Kesimpulannya, penyakit SLE dikatakan berpunca daripada masalah genetik dan tiada ubat ini mungkin disebabkan oleh radikal bebas yang banyak disekelilling kita. Malah radikal bebas juga penyebab kepada penyakit penyakit kronik lain termasuk kanser.



Rujukan : Persatuan SLE Malaysia

No comments:

Post a Comment