Pages

Showing posts with label PPUKM. Show all posts
Showing posts with label PPUKM. Show all posts

Sunday, 12 February 2017

RUMAH RONALD MCDONALD, RMH-PPUKM PART III

Terpaksa buat sambung sambung entry sebab banyak sangat nak diceritakan.


Ok kali ni nak cerita di Aras Satu RMH pulak. Tadi da cerita Aras Bawah di sini


1. Ruang makan mini




Bar mini ni disediakan di aras 1 dan 2 berdekatan dengan lif.  Boleh guna untuk makan dan minum bersama keluarga.


2. Bilik komputer




Ada 2 buah komputer disediakan di dalam bilik ni.  Nak guna boleh ambik kunci di pejabat. 


3. Bilik dobi






For sure la kene sediakan dobi.  Sebab mereka  duduk sini ada yang sampai setahun.  Ada 2 buah mesin basuh.  Disediakan juga sabun pencuci pakaian dan seterika. Sabun pencuci ni pun atas sumbangan orang.  Jadi,  sila guna dengan jimat cermat. 


Selain tu,  semua cadar,  selimut,  dan sarung bantal yang dah digunakan,  hantar ke dobi. Tanggungjawap sendiri ye.  Takde tukang kemas bilik bagai.  Buat sendiri. 


Ok.  Kita lihat pula apa yang ada di aras 2.


1. Bilik mesyuarat/perpustakaan


Ada banyak koleksi buku kt dalam perpustakaan ni. Macam biasa lepas baca atau guna sila simpan di tempat asal.


2. Ruang rehat luar. 




Ada juga disediakan ruang untuk bersantai di balkoni.  Boleh la layan sambil minum petang makan karipap ke kan.


3. Bilik penghuni


Bilik penghuni disediakan di aras 1 dan 2.








Dalam bilik ada 2 katil bersama 3 tilam,  3 biji bantal, 1 meja kopi,  1 meja kecil, 1 sofa,  almari, penghawa dingin dan pemanas air di bilik mandi. 


Ada disediakan juga penyapu, tong sampah dan pengaut sampah. Kemas bilik sendiri seperti bilik kita di rumah.  Buang sampah di aras bawah.  Plastik sampah dah disediakan.  Jaga kebersihan.


Kelayakan di Rumah Ronald McDonald


1. Keluarga yang layak tinggal di RMH adalah anak-anak berumur 18 tahun ke bawah yang menerima rawatan di hospital ini.


2. Keutamaan adalah kepada keluarga yg datang dari luar Lembah Kelang


3. Kelonggaran akan diberi ikut kes-kes yg dirujuk dan kekosongan bilik di RMH.  Ada 19 bilik sahaja tetapi yang berdaftar dengan PPUKM 700 orang pesakit.


4. Keluarga harus mempunyai surat rujukan dari jabatan kebajikan sosial perubatan dari PPUKM


Bayaran Bilik


1. Keluarga yg baru mendaftar perlu membayar deposit RM20.00


2. Bayaran seterusnya adalah sebanyak RM5.00 sehari


3. Bagi bukan warganegara,  jumlah deposit yang dikenakan adalah sebanyak RM50


4. Bayaran seterusnya adalah RM20 sehari


Ok.  Tu sedikit sebanyak tentang Rumah Ronald McDonald ni.  So,  korang boleh tahu la kan.  Kebanyakan di sini adalah sumbangan dari orang luar. 


Boleh la kalau korang nak sumbangkan beras,  gula,  milo,  teh,  kopi,  biskut,  sabun pencuci,  plastik sampah,  sabun pencuci pinggan atau apa-apa yang sepatutnya kat sini.



Pejabat Pengurusan 


www.rmhc.org.my

Rumah Ronald McDonald (RMH-PPUKM)

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif,  Bandar Tun Razak,  Cheras,  56000 Kuala Lumpur

Tel : 03-91735994

Fax : 03-91730235

RUMAH RONALD MCDONALD, RMH-PPUKM PART II

Ok kita sambung lagi cerita pasal Rumah Ronald McDonald. Pengenalan pasal RMH ni saya da kongsikan di sini ye.


Selain tu,  jika pelawat ingin membuat lawatan kepada keluarga pesakit, hendaklah melaporkan diri di pejabat terlebih dahulu. Pelawat hanya dibenarkan berada di ruang makan sahaja dan tidak dibenarkan berada di kawasan bilik penghuni.  Waktu melawat pula hanya dibenarkan sehingga jam 7 malam sahaja. 


Pastikan juga semua keluarga dan pelawat berada dalam kesihatan yang baik semasa menginap di Rumah Ronald McDonald ni.  Penyakit yang berjangkit seperti demam,  selsema,  demam cecair,  demam campak dan lain-lain amat berbahaya kepada kanak-kanak yg menerima rawatan. So,  jika ada simptom penyakit macam tadi tu,  anda tidak digalakkan untuk berada di RMH.


Ni antara kemudahan yang disediakan di Aras Bawah Rumah Ronald McDonald.


1. Tempat Letak Kereta

Rumah Ronald McDonald menyediakan 5 tempat letak kereta sahaja.  Jika tempat letak kereta penuh,  boleh park kereta kita di tempat letak kereta berhadapan lobi utama PPUKM.  So,  kene jalan kaki sikit la.

Susur gajah dari Rumah Ronald McDonald ke Wad Kakak di 4A
 

2. Surau

Di RMH disediakan juga surau untuk lelaki dan perempuan.


Surau perempuan yang lengkap dengan telekung,  ruang mengambil wuduk,  tandas



3. Taman permainan

Ada buaian,  gelongsor dan jongkang-jongkit disediakan di kawasan taman permainan ni. Selain tu,  ada gazebo tau.  Sambil anak-anak main tu,  parents boleh tunggu di gazebo yg disediakan. 




4. Bilik mainan

Bilik yang lengkap dengan penghawa dingin, television, dan mainan yang banyak. Sangat selesa. Bilik mainan ni menghadap taman mainan.  Da guna,  sila kemaskan semula. Buat macam rumah sendiri.  Jangan di biarkan bersepah macam tu je ye.






5. Taman Refleksologi

Hah,  nak relax kan kaki pun boleh.  Ada taman refleksologi ni.  Bagus kan.






6. Dapur

Ni saya paling suka.  Dapur luas dan lengkap dengan 3 set dapur memasak untuk kegunaan semua penghuni termasuk staff.  Ada peti sejuk,  peti beku,  microwave, dan locker untuk kita simpan barang kering kita. 








Keluarga yang memang duduk lama disini,  mereka beli bahan mentah utk di masak di sini.  Ada bekas disediakan dan labelkan nama masing-masing.


Yang paling teruja,  mereka sediakan barangan asas seperti beras,  gula,  minyak masak,  nuggets, burger daging ayam dan lembu,  teh,  milo,  kopi, toiletries pun ada untuk kegunaan semua penghuni.  Tapi,  jangan membazir,  gunakan sebaik nya,  ingat orang lain juga. 


Actually,  bukan pihak pengurusan yang sediakan,  semua tu adalah sumbangan dari orang luar. Kebanyakkan yg ada kat sini atas sumbangan dari orang luar.


Tanggungjawap membersihkan semua peralatan memasak, dapur, dan meja makan selepas digunakan adalah tangungjawap penghuni. 

RUMAH RONALD MCDONALD, RMH-PPUKM PART I

Assalammualaikum. Salam sabtu.


Bangunan hadapan Rumah Ronald McDonald 


Selamat berhujung minggu.  Hujung minggu kami di Hospital kali ini.


Tertarik nak share pasal Rumah Ronald McDonald di PPUKM ni.


Ronald McDonald House (RMH) merupakan yang pertama dibina di Malaysia iaitu pada tahun 1999 dan kedua di Asia. Saya pun baru 1st time jumpa dan tahu pasal RMH ni. Tu pun kebetulan kakak Alleesya kene tahan wad 1st time di PPUKM ni. 


RMH ni ada 19 buah bilik yg dirasmikan oleh Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali pada 12 Jun 1999. 


Nenek,  Aqeel dan Aqeel di Rumah Ronald McDonald 


Rumah Ronald McDonald ni beroperasi 24 jam sehari bagi membantu kanak-kanak yg memerlukan rawatan di hospital dengan penawar yg paling mujarab di samping kehadiran ibu bapa di sisi.  Rumah ni khas untuk pesakit kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah sahaja. Ibu bapa boleh menginap di RMH sementara anak-anak menjalani rawatan di Hospital.


Konsep RMH ni ialah '' Home Away From Home'' yg membantu keluarga terutamanya yang datang dari luar Lembah Kelang.  Bayaran dikenakan hanya RM5 untuk satu malam bergantung pada terma dan syarat.


Semasa saya menginap disini,  saya jumpa 2 orang adik,  seorang indian boy,  dan seorang lagi adik lelaki yg berusia 12 tahun.  Kedua dua mereka menghidap kanser Leukemia.  Adik indian boy da 2 bulan duduk di RMH ni dan adik yg berusia 12 tahun tu da setahun duduk disini. Allahuakbar. Kuat nya adik adik ni melawan sakit mereka.  Tabah nya ibu bapa mereka menjaga mereka disini jauh dari keluarga. 


Selain tu,  RMH ni bukan sahaja menyediakan bilik yang lengkap dengan penghawa dingin dan bilik air, malah ada kemudahan lain seperti dapur,  bilik komputer,  perpustakaan, bilik mainan, dan bilik dobi. 


Semasa mendaftar di RMH ni,  ada beberapa peraturan yang perlu kami patuhi.  Jika kami melanggar peraturan,  pihak pengurusan berhak mengambil tindakan dan mungkin kami tidak dibenarkan lagi untuk menginap di sini.


Hanya ibu bapa / penjaga yang sah sahaja dibenarkan tinggal di RMH semasa anak kita mendapat rawatan.  2 penjaga dewasa dan 4 kanak-kanak di bawah 18 tahun termasuk anak kita yg menerima rawatan. 


Antara peraturan lain ialah keluarga tidak dibenarkan membawa sebarang peralatan elektrik seperti televisyen,  peti sejuk dan lain-lain dalam bilik. 


Keluarga tidak dibenarkan memasak atau makan di dalam bilik. Makna nya tak boleh bawak makanan ke dalam bilik ye. Tetapi pihak pengurusan RMH ada menyediakan dapur dan ruang makan yang lengkap dan selesa di tingkat bawah Rumah Ronald McDonald.


Bukan ape,  kebanyakkan kanak-kanak yg duduk di sini adalah pesakit kanser.  Mereka amat amat sensitif dan banyak pantang larang.  Jadi,  kita tidak boleh buat sewenang wenang nya macam kat Hotel ye.  Hormati mereka.  Fahami mereka. 


Nanti saya sambung lagi di sini ye. 



Siap ada patung McD lagi