Pages

Showing posts with label Basic H. Show all posts
Showing posts with label Basic H. Show all posts

Thursday, 5 January 2017

CARA CUCI SAYUR DENGAN BASIC H

Assalamualaikum.


Entry hari ini nak share cara-cara basuh sayur-sayuran dengan bersih.






Kenapa saya cuci sayur sawi untuk masak meggi dengan Basic H? 


Basic H Shaklee ni diperbuat daripada bahan organik iaitu kelapa dan jagung.




Sudah ramai SID di seluruh dunia gunakan Basic H ni untuk basuh sayur,  buah-buahan,  ayam,  ikan,  daging dan macam-macam lagi la.  Walaupun pada botol tidak dicadangkan untuk guna basuh sayur,  tapi kita yakin yang basic H ni selamat dan bebas dari bahan kimia.


Sebab apa sayur kena basuh bersih-bersih?


Sebab sayur ni tiada kulit.  Dia tak sama macam kentang ke keledek ke yang ada kulit yang melindungi isi dalam. 





Sayur ni bila kene sembur dengan rabun,  kimia,  letak baja ke akan direct terkena pada sayur.  Jadi bahan kimia,  racun serangga tu da melekat pada sayur.


Kita beli di pasar,  bawak balik rumah.  Basuh dengan air,  kemudian potong dan masak. Ada sesetengah tu rendam dulu sayur tu bagi racun serangga tu hilang.  Tapi betul ke racun tu boleh hilang dengan rendam dengan air saje. 


Hah,  persoalan tula.  Bagaimana nak pastikan yang sayur tu benar-benar bersih?  Taknak la nanti kita dapat racun serangga dari sayur bukan nutrisi dan zat dari sayur tu.


Sebab tu la kita kene rendam kan sayur ni dalam basic H untuk hadkan bahan kimia masuk ke dalam badan kita. 


Basic H mampu menyingkirkan kesan racun, kotoran atau wax pada makanan mentah kita.


Basic H ni memang da diuji berkali-kali untuk memastikan tiada bahan kimia dalam cecair pekat Basic H ni.


Basic H untuk kegunaan lain juga. Mari baca cara lain gunakan basic H untuk pekerjaan isi rumah.


10 CARA LAIN MENGGUNAKAN BASIC H


1. Mencuci dan membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia


Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic H. Biarkan selama 5 hingga10 minit. Membuat sayur yang layu menjadi rangup!


2. Mencuci dan membersih ikan, ayam dan daging serta makanan laut daripada bahan awet


Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic H. Biarkan selama 5 – 10 minit


3. Mencuci dan membersih makanan basah seperti mee kuning, kuehtiew dan sebagainya daripada bahan awet


Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic H. Biarkan selama 5 – 10 minit


4. Mencuci dan membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)


Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic H dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak


5. Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dan sebagainya


Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic H kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan kecuali bilik air dan tandas perlu diberus


6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dan sebagainya


Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok serta bilas


7. Mencuci dan membersih lantai serta alat permainan


Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic H kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai


8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan sebagainya


Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal


9. Mengasah pisau


Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam


10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan sebagainya


Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


9 CARA LAIN BASIC H UNTUK WAKTU KECEMASAN


1. Menghapuskan kutu di atas kepala


Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit kemudian barulah dibilas


2. Terkena minyak panas, air panas atau melecur akibat terkena benda panas


Sapukan terus basic H ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.


3. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dan sebagainya


Tuangkan 4-5 titik basic H ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga


4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)


Tuangkan 4-5 titik basic H ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.


5. Sakit gigi


Masukkan 4-5 titik basic H ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.


6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)


Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.


7. Ulser dan mulut berbau


Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)


8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah


Air lebihan cucian basic H boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.


9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan sebagainya


Tuangkan 4-5 titik basic H ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.


 Untuk keterangan lanjut hubungi :

🌿 Call/WA/Sms : 019-4885969
🌿 FB : Nur Faraha Jamal
🌿 IG : n_faraha
🌿 Blog : mama-aqeef.blogspot.com
🌿 Pages : Healthy Lifestyle Secrets 

🚘 COD Area Port Dickson

📬 POS ke alamat anda pada bila-bila masa sahaja

Friday, 19 September 2014

Tips Surirumah Mengemas Rumah

Assalamualaikum..
Masa zaman bekerja dulu selalu berkata pada kawan sekerja, best kan surirumah 24 jam duduk rumah. Boleh kemas rumah cantik-cantik, masak yang best-best, banyak masa untuk anak-anak..
Tapi sejak 3 tahun saya bergelar surirumah sepenuh masa, baru saya tahu!! Penat jugak jadi surirumah ni. Tapi yang paling seronok kita dapat lihat anak-anak membesar depan mata.
Ok la meh nak share cara saya mengemas rumah. Takde la kata surirumah ni rumah sentiasa kemas dan berkilat, lauk pun hari-hari menu spesel..No no no..Kadang datang angin kus kus pemalas tu, rumah macam tongkang pecah jugak.
1. Waktu
Sebenarnya tiada waktu yg spesifik untuk mengemas rumah. Macam saya kalau rumah perlu dimop, saya akan mula mengemas rumah lepas subuh. Masa ni anak-anak masih tidur. Jadi mudah untuk saya menyapu sampah dan mengemop keseluruhan rumah..Aktiviti mop saya lakukan 2 atau 3 kali seminggu. Ikut tahap kekotoran. Tapi menyapu sampah perlu dilakukan hari-hari atau selang sehari. Almaklum la askar 2 orang kat rumah ni tak boleh percaya sangat. Time angin diaorg nk buat sepah, memang kene la extra keje.
2. Proses membasuh, menyidai dan melipat pakaian
Sambil mengemas rumah, dalam masa yg sama kita boleh membasuh baju..Sekarang da zaman moden, saya yakin kebanyakan rumah menggunakan mesin basuh auto. Jadi tiada masalah timbul kat situ. Kalau boleh mesin basuh letak berhampiran tempat menyidai pakaian. Bila selesai satu trip membasuh terus sidai pakaian tu. Saya suka bab membasuh dan menyidai ni.
Tapi bila bab melipat ni yg lemah skit. Nak tak nak kene gak buatkan. Kalau saya tak mengemop rumah, lepas subuh saya akan terus melipat pakaian. Ataupun masa menontot tv saya akan bawak bakul baju depan tv. Melipat sambil menonton pun boleh jugak..
3. Membasuh bilik air
Tips paling senang nak basuh bilik air ialah masa kita nak mandi. Sebelum mandi tu sental bilik air dulu. Lepas tu terus mandi. Bab menyental bilik air ni saya suka guna Basic H Shaklee. Berkilat wooo bilik air. Mozek dinding bilik air pun sama berkilat. Tempat duduk jamban duduk pun saya cuci guna Basic H. Memang puas hati. Jangan lupa pintu bilik air pun bersihkan skali. Tukar air dalam kolam/tong air dan cuci kolam/tong air hari-hari.
4. Buang/bersihkan sawang di siling atau dinding
Tips paling mudah, sambil menyapu sampah tu buang/bersihkan sawang di siling atau dinding rumah. So masa menyapu tu jangan fokus kat bawah jek..Dongak skit tengok kat atas siling..Nanti bermaharajalela pulak sawang tu..
5. Tukar cadar katil dan sarung bantal
Tukar cadar dan sarung bantal setiap minggu. Walaupun tak kotor pada mata kasar tapi habuk/hama yg melekat kita tak dapat lihat. Jadi nak lebih selamat tukar la setiap minggu.
6. Cara simpan mainan anak-anak
Saya rasa mainan anak-anak ni la yg paling leceh skali nak simpan. Bukan pe, nak simpan tu kene tunggu anak-anak tidur dulu. Kalau tidak, mau berperang mak dengan anak nanti. Masa raya hari tu, saya nyorokan semua mainan anak-anak dalam bilik. Jadi bila tetamu datang takde la masa tu jugak anak-anak nak keluarkan dan tunjuk mainan diaorg.
Saya juga beli 'drawer' 5 tingkat untuk simpan semua mainan dalam tu. Senang nak kemas dan simpan.
7. Tips memilih penyapu dan mop
Ni pun mempengaruhi jugak bila kita nak mengemas rumah. Saya lebih suka guna penyapu jerami. Penyapu ni lebih lebar dan ringan. Senang nak sapu dan cepat. Kenapa tak guna vakum?? Sebab saya lebih suka guna penyapu..hehehe.. Mop pula kalau boleh beli yg bulu tebal dan lebat. Jenis yang warna putih. Asingkan mop untuk ruang tamu dan dapur. Sebab dapur ni lantai nya berminyak skit berbanding ruang tamu.
8. Tikar dan permaidani
Anak sulung saya memang alah pada habuk. Jadi rumah saya memang tak guna permaidani. Kami hanya guna tikar Evamatik yang masa dulu harga nya mencecah RM50 sehelai. Sekarang ni dah bersepah jual di pasar malam dengan harga RM10 tapi kualiti agak nipis. Tikar ni senang nak uruskan bila ada anak kecil macam saya. Kalau air tumpah atau kotor senang nak lap dan mop.
Satu keistimewaan surirumah ni pada saya ialah kita boleh buat kerja rumah pada bila-bila masa. Tak kira subuh pagi, tengahari, petang, malam atau tengah malam kita boleh kemas rumah..

Diharap tips-tips mengemas rumah saya ni dapat membantu anda lebih bersemangat dan rajin melakukan kerja-kerja rumah. Jangan tunggu hujung minggu ye baru nak kemas.
Rumah kemas baru sedap nak lepak-lepak dengan keluarga..
Tikar Evamatik yang saya guna pengganti permaidani

'Drawer' 5 tingkat untuk simpan mainan anak-anak

Melipat sambil menontot tv

Umpan anak-anak main ni daripada buat sepah mainan diaorg