Pages

Tuesday 11 October 2016

APA ITU SLE?

Assalammualaikum.

Apa itu SLE?


SLE adalah singkatan kepada Systemic Lupus Erythematosus merupakan penyakit kronik auto-imun yang mana sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu badan sendiri. Ini akan menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain didalam badan.


Sejarah SLE


Lupus ialah perkataan Latin yang membawa maksud serigala. Erythematosus perkataan Greek yang bererti ruam merah. 

Pada tahun 1851, Dr Cazenave terjumpa ruam merah pada muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau menamakan ruam merah berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).

Kemudian, pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa kebanyakan orang yang menghidap lupus bukan saja melibatkan bahagian kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Dan beliau telah menamakan penyakit tersebut sebagai Systematic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis jenis Lupus


Terdapat 2 jenis Lupus iaitu :

1. Discoid Lupus Erythematosus (DLE)
  • Hanya melibatkan kulit
  • Jarang merebak ke organ lain
2. Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
  • Boleh merebak ke organ lain
  • Boleh menyebabkan kematian
  • Keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh penghidap SLE
3. Lupus Neonatal
  • Disebabkan oleh auto-antibodi didalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB)
  • Akibat nya, bayi akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood count), mungkin masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung

Statistik

1. Lebih kurang 90% penghidap SLE adalah wanita sementara lagi 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.

2. Lebih kurang 90% wanita yang menghidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun. 

Perangkaan Penghidap SLE :

1. Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans - 1 dalam 250-500 orang (1:250-500)

2. Di Amerika Syarikat - 1 dalam 2,000 orang (1:2000)

3. Di Negara China - 1 dalam 1,000 orang (1:1000)

4. Di Malaysia (12:1) / (Wanita:Lelaki)

Di Malaysia dianggarkan lebih dari 10,000 orang telah disahkan menghidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) percaya ada ramai lagi mereka yang menghidap SLE yang belum disahkan. 


Persatuan SLE Malaysia


• Ditubuhkan pada tahun 1994.

• Membantu mereka yang menghidap SLE di Malaysia

• Bermula dengan hanya 10 orang ahli jawatankuasa, ahli PSLEM pada hari ini berjumlah lebih daripada 1,700 orang. 

• Hari Lupus Sedunia 2009 - 10 Mei 2009 yang lalu


No comments:

Post a Comment