Pages

Saturday 4 July 2015

Resepi Biskut Suji Lebaran Simple | 3 Bahan

Assalammualaikum.

Da lama tak update blog mama aqeef ni. Da bersawang..
Nak share resepi pulak la kali ni..
Resepi yang sangat sempoi. Ada 3 bahan je. Ye tiga bahan jek.

Resepi dapat dari majalah SAJI. Keluaran Khas Ogos, 2011. Kulit depan da tanggal. Majalah ni pun jumpa kt tong sampah. Orang buang. Mak amik sebab tengok resepi macam best.

Biskut Sugi Lebaran

Resepi : Chef Nizam dari Hotel Heritage, Ipoh, Perak

Bahan-bahan :
250gm minyak sapi
500gm tepung gandum
200gm gula aising

Cara menyediakan :
1. Gaulkan minyak sapi dan gula aising sehingga sebati. 
2. Kemudian, masukan pula tepung gandum. Gaul kesemua bahan tadi hingga menjadi doh.
3. Selepas itu, bentukan mengikut citarasa dan bakar selama 20 minit pada suhu 170°c

Masa tengok resepi ni macam tak percaya. Betul ke guna 3 bahan ni je. Jadi ke tak ni nanti. Da la tepung agak banyak guna 1/2kg. Mak kata betul la tu. Kita try dulu. Tak try mana nak tau. Sekali da siap, rasa..MasyaAllah sedap nya. Buat lepas buka..memang habis setengah balang "rasa" je.
Korang pun boleh buat. Ada yang panggil biskut Gst. Sebab jimat kan. Guna 3 bahan je.
Ok. Selamat mencuba!.



Ni saya buat..dapat banyak tau



Ni testimoni..hehehe..mereka yang da mencuba dan share dengan saya



Ni pun testimoni..siap forward resepi kat adik beradik pakat suh buat..

2 comments: