Pages

Showing posts with label Penyakit Gout. Show all posts
Showing posts with label Penyakit Gout. Show all posts

Tuesday, 18 April 2017

DERITA PESAKIT GOUT BERAKHIR SELEPAS MENGAMALKAN BUAH YANG TINGGI ANTIOKSIDAN DAN RESVERATROL

Assalammualaikum.


Jarang kita melihat golongan wanita menghidap gout. Tetapi, yang paling ramai adalah golongan lelaki. Kenapa ye lelaki mudah diserang gout? Saya pun tertanya-tanya. Jadi, entry kali ni saya nak selongkar pasal gout ni.

APA ITU GOUT?






Gout adalah penyakit berbentuk Arthritis yang disebabkan oleh pengumpulan kristal tajam asid urik pada sendi. Penyakit ini terlampau menyakitkan dan biasanya menyerang satu sendi (monoarthritis) iaitu di bahagian ibu jari kaki.






Istilah "Gout" berasal daripada perkataan Bahasa Latin iaitu "Gutta" yang bermaksud "setitis". Setitis itu merujuk kepada kepercayaan ketika itu bahawa gout disebabkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan berkait rapat dengan ketulan mendapan urat.


Penyakit gout terjadi apabila berlaku peningkatan aras asid urik atau pesakit mengalami masalah penyingkiran asid urik ataupun pesakit mengalami gabungan kedua-duanya sekali.

4 PERINGKAT PENYAKIT GOUT


1. Asimptomatik (Asymptomatic)

Pada peringkat pertama ini, aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala


2. Akut

Serangan gout pada peringkat kedua ini tidak teruk dan akan hilang dengan cepat. Tetapi ada juga serangan gout yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau beberapa minggu


3. Interkritikal

Peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada sebarang gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan dan tahun


4. Kronik

Peringkat kronik atau peringkat terakhir, serangan gout akan berlaku lebih kerap serta poliartikular. Serangan peringkat ini akan membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga didapati dalam banyak sendi. Dalam peringkat serangan gout yang kronik, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal juga boleh terjadi.



Tofus-tofus besar pada sendi pesakit gout 



SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT GOUT MENYERANG


Penyakit gout biasanya akan mengakibatkan seseorang pesakit gout mengalami simptom-simptom berikut :


1. Rasa sakit melampau dan mengejut pada sendi seperti ibu jari kaki, lutut dan pergelangan tangan


2. Bengkak, kemerahan, kehangatan dan kekakuan pada bahagian sendi


3. Bengkak dan sakit pada cuping telinga akibat pengumpulan kristal asid urik


4. Demam


5. Keradangan tisu-tisu disekeliling sendi dan menyebabkan kulit menjadi bengkak dan sakit


6. Boleh juga menjejaskan sendi lain seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, siku dan tulang belakang


LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL PENYAKIT GOUT


1. Turunkan berat badan kepada paras BMI yang normal

2. Minum air kosong setiap hari antara 1.5 hingga 3 liter.

3. Elakkan makanan tinggi purin

4. Kurangkan dan elakkan pengambilan alkohol





BAGAIMANA BUAH-BUAHAN YANG TINGGI KANDUNGAN ANTIOKSIDAN DAN RESVERATROL MEMBANTU PESAKIT GOUT?


Salah satu cara semulajadi bagi mencegah penyakit gout adalah dengan mengambil ekstrak buah beri yang terdiri daripada bilberry, beri biru, atau ceri. Buah-buahan yang berwarna biru dan ungu ini mengandungi tinggi antioksidan yang menjadi bahan anti radang pada pesakit gout.


VIVIX SHAKLEE TINGGI KANDUNGAN ANTIOKSIDAN DAN RESVERATROL


VIVIX adalah Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 


Ianya selamat, semulajadi, berkesan dan yang paling penting HALAL untuk pesakit gout.


Vivix mengandungi campuran unik botani iaitu :

1. Polygonum Cuspidatum
2. Anggur Muscadine
3. Elderberi Eropah
4. Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol


Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Anggur Muscadines kaya dengan "polyphenols" terutamanya flavonoids. Flavanoids mengandungi "proanthocyanidins" dan "anthocyanin" dan "phytoalexins" yang berfungsi sebagai antioksida yang kuat dan meningkatkan sistem imun pesakit gout. 


Anggur Muscadine mengandungi 40x lebih tinggi antioksida dan mempunyai kandungan quercetin (komponen flavonoid) yang terlampau tinggi berbanding anggur merah lain. University of Maryland Medical Centre mendapati Quercetin dapat mengurangkan simptom keradangan pesakit gout.


Lobak ungu juga mengandungi anthocyanins iaitu antioksidan yang sangat mustajab dan juga anti radang yang sangat berkuasa untuk pesakit gout.


Vivix merupakan pilihan terbaik untuk pesakit transplan yang sering menghidap gout disebabkan oleh pertambahan toksin dan bebanan pada ginjal yang berpunca dari ubat penindas keimunan.


TESTIMONI PESAKIT GOUT YANG SEMAKIN SEMBUH DENGAN VIVIX SHAKLEE

















Thursday, 24 November 2016

6 PUNCA PENYAKIT GOUT MENYERANG

Assalammualaikum.


Sambungan dari entry yang sebelum ni mengenai apa itu gout? Seperti yang kita tahu, penyakit gout adalah disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Badan manusia secara normal nya akan membuang bahan kumuh iaitu asid urik ini melalui air kencing.


Tetapi, bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan disimpan dalam sendi ibu jari. Ia juga boleh berkumpul disendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.


Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur ini yang akan menyebabkan rasa sakit sendi. Ia juga dikenali sebagai masalah bengkak sendi yang bermula dari tapak ibu jari kaki dan merebak ke sendi lain pada kaki dan tangan.




PUNCA-PUNCA PENYAKIT GOUT


Jika ada antara punca-punca penyakit gout dalam diri anda, anda perlu peka supaya penyakit gout dapat dikesan diperingkat awal dan mendapat rawatan yang sepatutnya.


Antara punca-punca penyakit gout termasuk lah :

1. Gaya hidup yang tidak sihat

Pengambilan minuman yang beralkohol secara berlebihan seperti bir dikatakan lebih berisiko mendapat sakit gout


2. Obesiti / kegemukan

Mereka yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal




3. Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat

Penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosclerosis (penyempitan salur darah) boleh juga menyebabkan sakit gout


4. Pembedahan atau sakit tenat

Mereka yang menjalani pembedahan atau sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan. Malah ubat mengawal tekanan darah dan kimoterapi juga dikenalpasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit


5. Genetik

Kajian menunjukkan satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah


6. Tabiat pemakanan yang tidak sihat

Kurangkan mengambil makanan yang tinggi protin seperti kekacang, daging merah, makanan laut, dan daging organik tinggi purin. Pemecahan purin dalam makanan ini akhirnya akan menyebabkan gout. Kajian menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko menghidap gout sebanyak 50 peratus.



Jika terdapat salah salah satu daripada punca di atas, anda perlu mendapatkan rawatan doktor dengan segera. Jangan tangguh dan disamping itu jaga pengambilan makanan anda juga. 


Dalam entry lain saya akan share tanda-tanda gout. 

Tuesday, 22 November 2016

APA ITU PENYAKIT GOUT DAN SIAPA YANG BERISIKO?

Assalammualaikum


APA ITU GOUT?



Mesti ramai yang biasa dengar mengenai penyakit gout kan? Gout dahulunya disebut sebagai Richman Disease iaitu penyakit orang kaya yang hanya menyerang golongan kaya sahaja.


Perkataan "Gout" berasal dari perkataan Latin "gutta" yang bermaksud "setitis". Gout adalah sejenis penyakit sendi atau arthritis yang dikenalpasti dengan pembengkakan pada sendi akibat kadar asid urik berlebihan dalam tubuh (melebihi 7.5mg/dL). Asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul didalam sendi. Asid urik adalah bahan kumuhan dari sejenis protin yang dipanggil purin.




Pengidap gout biasanya akan mengalami peningkatan dalam aras asid urik atau masalah dalam penyingkiran asid urik atau gabungan kedua-dua masalah itu sekali. Asid urik yang tinggi biasanya dikaitkan dengan usia, obesiti, kencing manis, darah tinggi atau Hiperlipedemia Jenis IV.


Siapa yang berisiko menghidap gout?



1. Kaum lelaki yang berusia lingkungan 30 hingga 60 tahun

2. Wanita yang sudah putus haid atau menopause

3. Mereka yang mempunyai latar belakang atau sejarah keluarga yang menghidap gout

4. Mereka yang mengambil alkohol berlebihan

5. Mereka yang menghidap penyakit tertentu seperti Leukimia

6. Mereka yang sering mengalami tekanan


Peringkat Perkembangan Penyakit Gout



Penghidap gout akan mengalami beberapa peringkat perkembangan gout yang sangat menyedihkan. Jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan alternatif, ia akan memakan diri anda! Sesungguhnya penyakit gout sangat menyakitkan. Mari kita lihat peringkat-peringkat gout.


Peringkat pertama : Darah yang pekat, gelap dan mengalir dengan perlahan

Peringkat kedua : Cepat rasa letih dan lesu dan sakit-sakit sendi


Peringkat ketiga : Lemah tenaga batin atau mati pucuk.

Peringkat keempat : Bengkak-bengkak pada ibu jari kaki atau bahagian buku lali


Peringkat kelima : Serangan gout akan mula merebak ke lutut dan tangan

Peringkat keenam : Jari-jari penghidap gout mula mengeras dan bengkok


Peringkat ketujuh : Tofi mula menonjol dipermukaan kulit atau bintik-bintik kutikel halus muncul di cuping telinga


Peringkat kelapan : Masalah buah pinggang, Batu karang, tekanan darah tinggi dan lain-lain penyakit berkaitan salur darah

Bagaimana pula gout ni berpunca? Nanti kita akan lihat dalam entry yang seterusnya ya..