Pages

Wednesday, 19 October 2016

RAWATAN UNTUK PESAKIT SLE

Assalammualaikum.

Bagaimana penyakit SLE ini dirawat?




Merawat pesakit SLE adalah satu cabaran. Cabaran kerana rawatan nya berbeza bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami.

Disebabkan pesakit SLE mengalami pelbagai gejala dan tahap penyakit yang berbeza, maka mereka perlu mendapatkan rawatan di pelbagai klinik pakar yang bersesuaian. Antara klinik pakar yang biasa pesakit SLE dapatkan rawatan termasuklah klinik rheumatologi (untuk sendi), dermatologi (kulit), nefrologi, hematologi (darah), neurologi (saraf), dan psykiatrik. Bagi merawat pesakit SLE ini dengan sempurna, pakar-pakar dari pelbagai disiplin perlu bergabung untuk merawat dan menghalang penyakit daripada aktif, mengawal komplikasi dan menghalang organ lain dari terus rosak.

1. NSAIDs (nonsteroidal anti-inflammatory drugs)


Jika pesakit mengalami sakit otot dan sendi atau demam, biasanya akan diberikan ubat bagi mengurangkan keradangan atau ubat tahan sakit yang dipanggil NSAIDs

Namun, ubat tahan sakit ini ada kesan sampingan iaitu sakit perut, pedih ulu hati, cirit birit dan bengkak kaki.




2. Hydroxychloroquine (ubat anti-malaria)


Ubat yang asalnya digunakan untuk merawat malaria ini amat berkesan untuk merawat SLE juga. Biasanya digunakan untuk merawat keletihan, sakit sendi, sakit kulit, dan radang paru-paru. Kajian klinikal mendapati penggunaan ubat ini dapat mengelakkan SLE dari berulang.

Kesan sampingan ialah sakit perut dan kerosakan pada retina walaupun jarang berlaku.



3. Kortikosteroid


Merupakan rawatan utama untuk merawat simptom keradangan dalam SLE. Boleh diberi dalam bentuk pil atau krim yang boleh disapu pada kulit atau dalam bentuk suntikan.
Disebabkan SLE adalah penyakit yang melibatkan sistem imun yang menyerang organ badan yang lain, maka kortikosteroid digunakan untuk melemahkan sistem imun supaya tidak menyerang sel-sel organ badan yang lain. Dos yang rendah diberikan kerana tindakan dan reaksi sangat kuat dan ketara dan penggunaannya perlu dikawal.

Kesan sampingan jangka pendek ialah bengkak muka, selera makan bertambah dan berat badan bertambah. Kesan sampingan ini akan hilang jika berhenti mengambil ubat ini secara berperingkat. Pesakit perlu dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu kerana berhenti secara tiba tiba adalah berbahaya.

Kesan sampingan jangka panjang ialah tulang rapuh (osteoporosis), tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, paras gula dalam darah tinggi (diabetes), kerosakan pada arteri, mudah mendapat jangkitan, dan katarak. Pengambilan yang berterusan dan dos yang tinggi akan membawa kesan sampingan yang lagi teruk dan ketara. Oleh sebab itu, doktor akan mengurangkan dos bila perlu. Makanan tambahan diperlukan oleh pesakit yang mengambil kortikosteroid untuk mengawal kesan sampingan jangka panjang ini.



4. Immunosuppresif


Merupakan rawatan untuk pesakit SLE yang terjejas buah pinggang dan sistem saraf pusatnya. Boleh diberi dalam bentuk pil atau secara infusi (drip). Immunosuppresif bertindak menghalang sistem imun yang terlalu aktif dengan menyekat pengeluaran antibodi.

Kesan sampingan ialah loya, muntah, rambut gugur, masalah pundi kencing, ketidaksuburan, risiko mendapat kanser serta mudah mendapat jangkitan.
Penggunaan yang berlarutan akan memberi kesan yang lebih ketara tetapi jika diberhentikan secara tiba tiba akan mengakibatkan SLE berulang kembali.
Pesakit perlu dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu jika ingin berhenti mengambil ubat atau ingin menukar ubat yang lain. Pesakit perlu segera beritahu doktor jika ada gejala baru untuk mengawal kesan sampingan yang memudaratkan.




No comments:

Post a Comment