Pages

Wednesday, 19 October 2016

10 MAKANAN BERKHASIAT UNTUK IBU MENGANDUNG

Assalammualaikum.


Penting bagi ibu hamil menjaga makanan yang diambil. Ini bagi memastikan ibu dan juga bayi dalam kandungan mendapat kesemua nutrien yang diperlukan. 

Pilihan makanan yang berkhasiat untuk ibu mengandung. Berikut saya senaraikan 10 pilihan tersebut agar mudah ibu hamil untuk menyediakannya. 

1. Avocado



Buah avocado kaya dengan pelbagai vitamin seperti B6, Vitamin C, dan Kalium yang sangat penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Ia baik untuk melancarkan saluran pencernaan ibu hamil dan mengelakkan dari sembelit. Selain boleh dimakan begitu sahaja, avocado juga sedap dijadikan jus minuman dan salad dalam makanan harian ibu ibu. 

2. Brokoli



Sayur brokoli kaya dengan Vitamin A, C, asid folik dan Kalsium. Khasiat dalam brokoli dapat membantu meningkatkan sistem imun dalam badan dan menguatkan tulang bayi dalam kandungan. Brokoli sedap dikukus dan dimakan bersama nasi. 

3. Kekacang



Kekacang mengandungi banyak kandungan mineral yang penting seperti magnesium, selenium, kalsium, dan kalium. Sumber kekacang yang baik ini dapat membantu ibu hamil daripada terkena kekejangan, simpul biawak, krem dan kebas kebas di tangan dan kaki. 

4. Kurma dan madu



Makanan berasaskan sunnah Rasulullah saw ini kaya dengan zat dan vitamin yang tinggi untuk memberi tenaga yang optimum kepada ibu hamil. Ia dapat melancarkan perjalanan darah dan memberi kebaikan kepada tumbesaran minda bayi dalam kandungan.

5. Telur



Telur kaya dengan sumber seperti protin, riboflavin atau vitamin B2, vitamin A, kalsium, zat besi dan choline. Sebiji telur bersaiz besar mengandungi 251 mg choline. Choline membantu perkembangan otak pada janin.

6. Lobak merah



Lobak merah kaya dengan vitamin A yang dapat membantu pembentukan mata, pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat pada bayi dalam kandungan. Lobak merah biasa dimakan mentah atau dibuat jus lobak merah. Lobak merah juga boleh ditambahkan dalam masakan sup yang pastinya digemari oleh ibu hamil.

7. Ikan salmon



Ikan salmon mengandungi kandungan Omega-3 yang sangat tinggi. Omega-3 sangat penting untuk ibu hamil dalam pembentukan otak dan mata bayi dalam kandungan. 

8. Daging tanpa lemak



Penting untuk ibu hamil mengambil daging sebagai sumber protin. Daging juga kaya dengan zat besi yang sangat baik untuk ibu hamil kerana daging mempunyai dua kali zinc yang sangat diperlukan oleh ibu semasa proses kelahiran. 

9. Susu tanpa lemak



Umumnya ibu hamil memerlukan kalsium dua kali ganda lebih banyak dari biasa. Susu kaya dengan kalsium. Susu tanpa lemak adalah pilihan terbaik untuk ibu ambil sepanjang tempoh kehamilan.

10. Sayur bayam



Bayam mengandungi beta karoten yang berfungsi untuk membantu pertumbuhan sel dan organ bayi dalam kandungan. Bayam juga kaya dengan mineral kalium yang penting untuk menjaga jumlah cairan dalam tubuh, membantu menstabilkan tekanan darah, membantu otot ibu kekal sihat. Bayam juga mengandungi serat yang membantu mengatasi masalah sembelit dan mencegah diabetes pada ibu hamil.

Kesemua makanan di atas penting untuk ibu hamil kekal sihat dan cergas serta membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan dengan baik dan sempurna. Makanan di atas juga mudah dan senang untuk didapati di pasaraya mahupun kedai runcit. Jadi ibu ibu tidak perlu risau untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu dan bayi dalam kandungan. Keseimbangan nutrisi akan membantu pertumbuhaan dan bayi lahir  dengan berat badan yang cukup serta sihat. InshaAllah..

Makanan tambahan lain untuk ibu hamil boleh lihat di sini..


No comments:

Post a Comment