Pages

Saturday 24 September 2016

RAWATAN UNTUK PESAKIT SPINA BIFIDA

Assalammualaikum.

Hari ni nak cerita tentang rawatan rawatan untuk pesakit spina bifida. Sebelum ini anda sudah ketahui apa itu spina bifida, punca-puncanya serta simptom simptom terjadinya spina bifida. Kecacatan sejak lahir ini perlu dirawat dengan segera bagi mengurangkan risiko bahaya kepada mereka.

APA RAWATAN UNTUK SPINA BIFIDA?


Antara rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit spina bifida ialah :

• PEMBEDAHAN



1. Sekiranya seorang bayi dilahirkan dengan kecacatan yang terbuka, pembedahan hendaklah dilakukan dengan secepat mungkin. 

• Saraf tunjang dan meninges yang terkeluar akan dimasukkan semula ke tempatnya dengan berhati-hati

• Pembedahan dilakukan ialah untuk mengurangkan risiko jangkitan serta mengekalkan fungsi saraf tunjang

• Pembedahan semula mungkin diperlukan apabila kanak-kanak membesar. Ini kerana saraf tunjang dan tulang belakang membesar pada kadar yang berbeza dan boleh menyebabkan tisu saraf terperangkap

2. Sekiranya mengalami hidrocephalus, vp shunt mungkin diperlukan untuk mengalirkan cecair yang berlebihan di otak ke abdomen. Vp shunt perlu dipantau untuk jangkitan dan penyekatan aliran cecair cerebrospinal serta memberi rawatan yang berpatutan

3. Jika jangkitan berlaku, pesakit perlu dirawat dengan segera dan sempurna

• RAWATAN SOKONGAN YANG BERTERUSAN

Penilaian yang kerap perlu diberikan kepada kanak-kanak spina bifida oleh pasukan kesihatan seperti Pakar Perubatan Kanak-kanak, Fisioterapi, dan terapi cara kerja. 




Selain daripada rawatan rawatan di atas, beberapa tips pencegahan dan pemulihan yang juga boleh membantu mengurangkan risiko pesakit spina bifida. Semoga entry kali ini dapat memberi manfaat pada yang memerlukan.

2 comments: