Pages

Monday 26 September 2016

CARA MENCEGAH SPINA BIFIDA

Assalammualaikum.

Bak kata pepatah mencegah itu lebih baik dari mengubati. Walaupun musibah yang Allah berikan ada hikmahnya, namun kita harus berusaha agar ianya tidak berulang. Risiko spina bifida boleh dicegah dengan cara :

PENGAMBILAN ASID FOLIK

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan mewajibkan agar semua wanita hamil perlu diberikan asid folik. Asid folik atau dikenali sebagai vitamin B9 sangat diperlukan untuk membina sel sel baru dalam tubuh.

Dos yang perlu diambil oleh wanita biasa ialah 400 microgram (0.4 mg) sehari. Bagi wanita yang hamil pula, dos nya ialah 600-800 micrograms.

(rujuk : Health Professionals Recommendations, Folic Acid, NCBDDD, CDC Centre for Disease Control and Prevention, US)


Oleh itu, asid folik harus diberikan kepada wanita hamil sebaik sahaja disahkan hamil. Namun, bagi kehamilan yang tidak dirancangkan, wanita berkenan dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan asid folik setiap hari. Ia harus diteruskan sekurang-kurang untuk 12 minggu pertama. 

Ianya sangat penting bagi mengurangkan risiko kebarangkalian untuk mendapat masalah spina bifida sebanyak 75%. 
Ini kerana ada beberapa kajian yang menunjukkan supplement asid folik akan mengurangkan masalah bayi yang dilahirkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifida.  

(rujuk : Shaw GM, Schaffer D, Velie EM, Morland K, Harris JA (1995). "Periconceptional vitamin use, dietary folate, and the occurrence of neural tube defects". Epidemiology 6 (3): 219-226).




Selain itu, asid folik juga perlu diambil oleh :

1. Wanita yang pernah hamil anak spina bifida

2. Wanita yang mengalami penyakit coeliac disease

3. Wanita yang mempunyai latar belakang ahli keluarga yang mengalami masalah spina bifida

4. Wanita yang sedang mengamalkan ubat epileptic

5. Wanita yang mengalami diabetes mellitus (jenis 1 atau 2) 

6. Wanita yang mengalami penyakit darah sickle cell anaemia dan thalassemia

Oleh itu, kesimpulan nya ibu ibu dinasihatkan agar mengambil asid folik ketika mula merancang kehamilan dan mengambil supplement lengkap untuk ibu hamil.

rujuk Dr Zubaidi Hj Ahmad

2 comments:

  1. Baiklah...tengah ambil berterusan asid folik ni...merancang anak kedua...insyaAllah moga Allah permudahkan

    ReplyDelete
  2. InshaAllah..semoga Allah permudahkan urusan sis julia.

    ReplyDelete