Pages

Saturday, 24 September 2016

SIMPTOM SIMPTOM TERJADINYA SPINA BIFIDA

Sambungan daripada dua entry yang lepas iaitu mengenai Spina Bifida. Apa itu Spina Bifida kita dah tahu dan jelas. Punca dan faktor Spina Bifida pun kita dah kenalpasti. Walaupun punca sebenar spina bifida masih belum diketahui tetapi pakar telah mengenalpasti beberapa faktor risiko penyakit spina bifida ini. Entry kali ini pula saya akan kongsikan simptom-simptom terjadinya spina bifida. 


Simptom - simptom Spina Bifida

1. Masalah ini boleh dikesan semasa masih mengandung melalui beberapa ujian : 

• Satu ultrasound janin. Ini juga dipanggil sonogram dan boleh menunjukkan tanda-tanda spina bifida seperti tulang belakang terbuka

• Ujian darah pada usia 16 minggu hingga 18 minggu kehamilan. Ini dikenali sebagai alpha foeto protein (AFP). 

• MRI

• Ujian di mana sejumlah kecil cecair dari rahim itu diambil. Ini dikenali sebagai amniosentesis dan boleh digunakan juga untuk melihat tahap protein.

2. Selepas lahir, kemungkinan kelihatan benjolan dibahagian belakang. Ia adalah penonjolan saraf tunjang atau meninges melalui ruang pembukaan di tulang belakang.

3. Saiz kepala yang besar atau ukuran lilitan kepala membesar akan terjadi pada sebahagian kes meningomyelocele

4. Bagi kes spina bifida occulta, simptom dapat dilihat pada kulit bayi yang baru lahir seperti : 

• adanya sejumput rambut abnormal

• timbunan lemak

• adanya lesung pipit kecil atau tanda lahir


Gejala lain yang dikesan diperingkat awal dan yang lainnya dikemudian hari ialah :

1. Sakit dibahagian bawah belakang

2. Sistem usus dan pundi kencing yang tidak berfungsi

3. Bahagian anggota kaki yang lemah dan lumpuh

4. Hilang deria rasa dibahagian yang terlibat yang menyebabkan kecederaan, kudis, tekanan atau melecur pada kulit

5. Lemah dalam pembelajaran

Kenalpasti simptom-simptom bagaimana terjadinya spina bifida dikalangan ahli keluarga dan sahabat anda. Kemudian dapatkan rawatan segera untuk mereka. Nanti saya akan kongsikan rawatan yang perlu untuk pesakit spina bifida.

Sumber : Kementerian Kesihatan
Artikal my Metro Ahad, 10 May 2015 @ 1.42pm

No comments:

Post a Comment