Pages

Saturday 24 September 2016

4 KOMPLIKASI SPINA BIFIDA

Selain simptom-simptom bagaimana terjadinya spina bifida yang telah dikupas dalam entry yang sebelum ini, ada beberapa komplikasi pada penyakit spina bifida yang perlu ambil tahu.

4 Komplikasi spina bifida 

1. Kerosakan pada saraf tunjang atau hujung saraf yang terkeluar dari saraf tunjang. Ini akan mengakibatkan :

• Sakit belakang

• Tidak boleh mengawal buang air kecil

• Tidak boleh mengawal buang air besar dan sembelit

• Lemah atau lumpuh pada bahagian kaki

• Hilang deria rasa dibahagian yang terlibat - dimana menyebabkan kecederaan, kudis, tekanan atau melecur di kulit

2. Hidrocephalus

Bayi yang lahir dengan spina bifida jenis myelomeningocele selalunya berkaitan 70% kes mengalami hidrocephalus dimana terjadinya pengumpulan cairan di otak. Otak dan saraf tunjang dialirkan dan dibekalkan dengan nutrisi oleh cecair serebrospinal. 

Dalam spina bifida, pengaliran cecair serebrospinal tersekat menyebabkan pengumpulan cecair ini didalam otak. Keadaan ni sangat merbahaya kerana cecair yang terkumpul akan meningkatkan tekanan dan akan menyebabkan kerosakan pada otak.



3. Jangkitan

Terdapat dua komplikasi dari jangkitan iaitu:

• Jangkitan meningitis adalah jangkitan pada selaput yang menyaluti tisu saraf

• Jangkitan di salur air kencing melibatkan pundi kencing dan atas buah pinggang - retensi air kencing akan menyebabkan pengalirannya berbalik ke buah pinggang semula

4. Masalah tulang

Komplikasi lain ialah melibatkan masalah tulang seperti scoliosis (bongkok), talipes (club foot) atau terkehel tulang pinggul




Sumber PORTAL MyHEALTH

Semakan akhir:27 April 2012
Penulis:Dato’ Dr. Jimmy Lee Kok Foo
:Dr. Leow Poy Lee
:Dr. Hamdan Abd Rahman
Penyemak:Dr. Nor Azni b. Yahaya



No comments:

Post a Comment