Assalammualaikum.
Sambungan dari apa itu terapi sonotron dan sonotron part II.
Syukur alhamdulillah. Allah gerakkan hati saya untuk mencuba terapi sonotron untuk anakanda alleesya. Kali pertama kami datang untuk buat terapi pada hari sabtu 15/10/2016.
Rezeki kami juga pada hari itu kerana dapat berjumpa dengan doktor empunya pusat terapi tersebut. Doktor terangkan anakanda Alleesya batuk berkahak mungkin disebabkan oleh susu formula yang diambil waktu itu tidak sesuai. Doktor ada juga mencadangkan untuk mengambil susu formula yang berasaskan beras.
Kali pertama sesi terapi, doktor cadangkan buat 3 kali berturut-turut. Minta maaf saya terlupa nama doktor tu. Nanti saya update kemudian ye. Kami hantar kakak ke pusat terapi 3 hari berturut-turut.
Alhamdulillah. Batuk kakak terus berkurang. Disamping tu, kami juga tukar susu formula kakak kepada susu yang disarankan oleh doktor tersebut.
Setelah selesai 3 kali terapi, juru terapi sarankan untuk berehat seminggu. Selepas itu boleh sambung semula buat terapi untuk seminggu 3 atau 4 kali rawatan. Bayaran untuk sekali rawatan adalah sebanyak RM35 untuk kanak-kanak. Manakala untuk dewasa antara RM50-100 mengikut point/tempat yang sakit. Kalau ada sesiapa yang ingin mencuba, boleh lihat alamat di dalam gambar di bawah. Landmark pusat ni di kawasan D'Cattleya. Simpang masuk menuju ke Kilang On di Senawang.
Atau boleh hubungi di talian 06-678 1111.
Selain membawa kakak ke pusat terapi sonotron, kami juga beri kakak supplement untuk pulihkan semula sel sel otak kakak yang rosak akibat jangkitan kuman pada bulan 5 yang lalu.
Alhamdulillah. Kakak nampak perubahan jika dibandingkan semasa kakak di ICU 6 bulan yang lalu. Semoga kakak terus sihat dan bertambah sihat.
No comments:
Post a Comment