Pages

Sunday, 20 November 2016

APA ITU TERAPI SONOTRON?

Assalammualaikum..


KAEDAH ALTERNATIF YANG BAGUS SEKALI BUAT IBU BAPA YANG MEMPUNYAI ANAK KECIL


Lepas tanggalkan tracheostomy, anakanda alleesya kerap batuk berkahak. Sentiasa batuk. Tak sampai hati nak tengok. Tah macam mana saya ter"search" terapi sonotron. Saya jumpa terapi sonotron di Bangi.


Kami pergi ke Bangi untuk dapatkan terapi sonotron tersebut, tapi bukan rezeki kami. Appointment full waktu tu. Ada kekosongan pun pukul 10 malam. Adik yang jaga kaunter kat pusat terapi tu tanya, puan dari mane? Saya cakap la dari Port Dickson, dan dia beritahu di Senawang pun ada pusat terapi sonotron.


Terus saya search dalam facebook dan jumpa di Senawang. Alhamdulillah. Allah dah rancang baik untuk kakak. Dia beri yang lebih dekat dan mudah untuk bawa kakak.


KENALI KAEDAH SONOTRON


Kaedah terapi sonotron ini telah dicipta sejak tahun 1987 lagi oleh Dr. Alfonso Di Mino di America Syarikat. Kaedah ini telah di bawa masuk ke Malaysia sejak tahun 1994.

APAKAH RAWATAN TERAPI SONOTRON?

Terapi sonotron ialah rawatan canggih yang bebas daripada sebarang pembedahan dimana ianya dikendalikan secara luaran oleh juru terapi. Rawatan ini tidak menggunakan sebarang ubat-ubatan atau dadah dan tiada kesan sampingan. Malah rawatan ini memberikan kesan serta-merta kepada pesakit.


Terapi ini menggunakan teknologi daripada Amerika Syarikat. Ianya mengeluarkan pancaran discaj yang berfrekuensi rendah di bahagian hand-held applicator. Gelombang radio ini mempunyai frekuensi rendah iaitu 0.43mHz / 430kHz dan gelombang bunyi pula mempunyai frekuensi hanya 1kHzsahaja.


Gabungan gelombang bunyi dan radio ini di namakan GELOMBANG KORONA. Frekuensi rendah ini umpama frekuensi sebuah pocket calculator. Frekuensi ini tidak mendatangkan sebarang kesan buruk kerana ianya tidak mempunyai ion (non-ionizing frequency).


Frekuensi ini tidak memiliki tenaga yang cukup untuk mengubah tindak balas kimia pada tubuh badan dan jirim hidup serta tidak mendatangkan kesan buruk kepada manusia.
Kaedah terapi yang unik ini terbukti selamat untuk semua peringkat usia iaitu sejak usia bayi sehingga orang dewasa/tua.


Saya akan sambung lagi cerita mengenai terapi sonotron ni di sini..


No comments:

Post a Comment