BAGAIMANA TERAPI SONOTRON BERTINDAK?
Terapi ini akan bertindak pantas dengan menyingkirkan radikal bebas yang berlebihan dalam sel yang bermasalah. Selain itu terapi sonotron juga dapat mengurangkan kesakitan dan simptom lain yang berkaitan pesakit.
Setelah radikal bebas ini ditukarkan kepada oksigen dan air, sel yang sakit tadi berupaya untuk sembuh dengan sendiri secara semulajadi tanpa melibatkan ubat-ubatan.
Terapi sonotron sangat bagus untuk batuk, kahak dan selsema kanak-kanak. Ini kerana 80% pesakit yang datang disebabkan oleh masalah ini. Terapi ini sangat membantu pesakit terutama bayi dan kanak-kanak kerana penggunaan ubat agak berisiko bagi mereka.
Sonotron berupaya mencairkan kahak dan juga mampu mengurangkan luka dan kegatalan di tekak. Kebanyakan ibu bapa mahupun pesakit yang pernah mencuba terapi ini akan terus memilih kaedah ini untuk batuk, selsema dan kahak.
Namun terapi ini bukanlah magic treatment. Pesakit perlu menjalani beberapa kali rawatan untuk pulih sepenuhnya. Pesakit boleh mencuba rawatan ini sebagai kaedah alternatif kerana kaedah ini selamat dan berkesan. InshaAllah.
KENAPA PERLU MEMILIH KAEDAH TERAPI SONOTRON?
❤ Tidak menyakitkan
❤ Tiada sentuhan
❤ Kesan yang segera
❤ Terbukti berkesan oleh ramai pesakit
❤ Tanpa Ubat-ubatan
❤ Tiada kesan sampingan
ANTARA PENYAKIT YANG BOLEH MENGGUNAKAN KAEDAH RAWATAN INI :
✔ Selsema
✔ Batuk / Sakit Tekak
✔ Bronkitis (terutama kanak-kanak)
✔ Asma (lelah)
✔ Gout
✔ Kayap/ Exzema/ Kudis
✔ Sakit Pinggang / Pinggul
✔ Sakit Bahu / Siku / lengan/ Jari
✔ Migrain
✔ Resdung
✔ Sakit Lutut
✔ Terseliuh
✔ Bengkak Pada Tapak Kaki
✔ Luka
✔ Ulser
✔ Gastrik
✔ Masalah Kulit / Jerawat
✔ Angin Ahmar/ Stroke
✔ Penyakit yang melibatkan keradangan dan urat saraf
GOLONGAN YANG DILARANG MEMBUAT TERAPI SONOTRON
✘ Mereka yang memakai pacemaker atau mereka yang memakai bateri di dalam jantung
✘ Meraka yang sedang memakai alat bantuan pernafasan (oksigen)
✘ Wanita hamil
✘Meraka yang dimasukkan besi (boleh membuat rawatan jika bukan dibahagian besi tersebut)
MASALAH YANG TIDAK BOLEH DIRAWAT DENGAN SONOTRON
Seperti kaedah rawatan yang lain, sonotron juga tidak berupaya membantu beberapa jenis penyakit yg dikategorikan sebagai:
✘ Penyakit yang berkaitan dengan masalah psikologi
✘ Kelainan pembentukan tulang
✘ Masalah hormon
No comments:
Post a Comment