Assalammualaikum
APA ITU GOUT?
Mesti ramai yang biasa dengar mengenai penyakit gout kan? Gout dahulunya disebut sebagai Richman Disease iaitu penyakit orang kaya yang hanya menyerang golongan kaya sahaja.
Perkataan "Gout" berasal dari perkataan Latin "gutta" yang bermaksud "setitis". Gout adalah sejenis penyakit sendi atau arthritis yang dikenalpasti dengan pembengkakan pada sendi akibat kadar asid urik berlebihan dalam tubuh (melebihi 7.5mg/dL). Asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul didalam sendi. Asid urik adalah bahan kumuhan dari sejenis protin yang dipanggil purin.
Pengidap gout biasanya akan mengalami peningkatan dalam aras asid urik atau masalah dalam penyingkiran asid urik atau gabungan kedua-dua masalah itu sekali. Asid urik yang tinggi biasanya dikaitkan dengan usia, obesiti, kencing manis, darah tinggi atau Hiperlipedemia Jenis IV.
Siapa yang berisiko menghidap gout?
1. Kaum lelaki yang berusia lingkungan 30 hingga 60 tahun
2. Wanita yang sudah putus haid atau menopause
3. Mereka yang mempunyai latar belakang atau sejarah keluarga yang menghidap gout
4. Mereka yang mengambil alkohol berlebihan
5. Mereka yang menghidap penyakit tertentu seperti Leukimia
6. Mereka yang sering mengalami tekanan
Peringkat Perkembangan Penyakit Gout
Penghidap gout akan mengalami beberapa peringkat perkembangan gout yang sangat menyedihkan. Jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan alternatif, ia akan memakan diri anda! Sesungguhnya penyakit gout sangat menyakitkan. Mari kita lihat peringkat-peringkat gout.
Peringkat pertama : Darah yang pekat, gelap dan mengalir dengan perlahan
Peringkat kedua : Cepat rasa letih dan lesu dan sakit-sakit sendi
Peringkat ketiga : Lemah tenaga batin atau mati pucuk.
Peringkat keempat : Bengkak-bengkak pada ibu jari kaki atau bahagian buku lali
Peringkat kelima : Serangan gout akan mula merebak ke lutut dan tangan
Peringkat keenam : Jari-jari penghidap gout mula mengeras dan bengkok
Peringkat ketujuh : Tofi mula menonjol dipermukaan kulit atau bintik-bintik kutikel halus muncul di cuping telinga
Peringkat kelapan : Masalah buah pinggang, Batu karang, tekanan darah tinggi dan lain-lain penyakit berkaitan salur darah
Bagaimana pula gout ni berpunca? Nanti kita akan lihat dalam entry yang seterusnya ya..
No comments:
Post a Comment