Pages

Sunday 12 November 2017

CARA MENABUNG DAN MENYIMPAN PALING BERKESAN MENGGUNAKAN KONSEP 7 JARS SYSTEM

7 JARS SYSTEM


Siapa pernah dengar konsep 7 tabung?  Saya pun 1st time dengar. Biasa tahu 6 tabung tu.  So,  harini nak kongsi kan konsep 7 tabung ni.  Almaklum la zaman sekarang memang kene penuhkan tabung bagi mengelakkan pembaziran, duit tak mencukupi atau beban hutang yang melampau.



Sebenarnya 7 tabung ni adaptasi dari konsep 6 JARS yang diasaskan oleh T Harv Eker. Ia adalah salah satu cara untuk kita menabung secara sistematik dan disiplin.

Dalam 6 tabung yang dikenalkan oleh THarv Eker tu, dalam tabung tu ada :

1. NEC (necessity) - tabung untuk beli keperluan dan belanja harian, bil-bil, belanja anak-anak

2. EDU (education) - tabung utk pembelajaran, buku-buku, kelas dan sewaktu dengan nya

3. LTSS (long term saving for spending) - tabung untuk sesuatu benda yang perlukan duit yang banyak. Contohnya nak beli rumah

4. FFA (financial freedom) - tabungan utk hari tua bila dah tak mampu cari duit

5. PLAY (leisure) - tabung utk buat apa yg kita suka, contohnya hobby, travel, dll

6. GIVE (charity) - tabung utk kebajikan

Dan konsep yang baru belajar ni,  kita tambah satu lagi tabung iaitu:

7. PARENTS (ibu bapa) - wang bulanan utk ibu bapa kita walaupun mereka dah kaya. Kalau ibu bapa dah meninggal dunia, gunakan utk urusan mereka yg belum selesai contoh nya menunaikan haji dan kalau semua dh selesai, bersedekahlah on behalf of parents kita.

Macam mana pulak nak start buat 7 tabung ni??

Kalau macam saya,  business jual vitamin ni,  setiap bulan dapat bonus. Atau kalau yang bekerja,  dapat gaji kan. So kita bahagikan ikut percentage. Tolak siap-siap hutang hutang bank.  Duit rumah duit kereta. Lebihan tu kita bahagi kan kepada 7 tabung. Untuk lebih mudah, kita sediakan 7 sampul duit raya. Tuliskan setiap nama dan jumlah pada sampul duit tersebut. Apabila kita menerima gaji atau bonus boleh terus masukkan dalam sampul raya tersebut.



Untuk jangka masa panjang boleh simpan dalam tabung haji.  Untuk travel buat 1 akaun khas atau simpan dlm akaun yg susah atau leceh proses nak keluarkan duit tu. Jadi, duit travel kita selamat dalam tu. Bila sampai masa untuk pergi travel, keluarkan dan enjoy your travelling tanpa kusut memikirkan duit yg habis masa travel nanti.

Untuk yg lain boleh simpan dalam sampul sampul raya.  Sentiasa bawak letak dlm beg.

Contoh kata nak beli buku,  ambil duit dari sampul education.

Kalau yg bergaji tetap boleh tahu da berapa belanja berapa hutang. Tulis siap-siap amount pada sampul untuk 7 tabung tu.

Ini adalah singkatan kepada 7 tabung tersebut dan jumlah agihan yang perlu anda asingkan.

1. NEC 50%
2. EDU 5%
3. LTSS 10%
4. FFA 5%
5. PLAY 10%
6. GIVE 10%
7. PARENTS 10%

Contoh kalau dapat bonus RM10,000 :

1. RM5000 utk NEC, keperluan harian

2. RM500 utk EDU, buat beli buku, bayar workshop, tambang g kelas dll

3. RM1000 utk LTSS, kumpul duit nak beli rumah

4. RM500 utk FFA, ni long term jd boleh lah beli saham ke emas ke

5. RM1000 utk PLAY, tabung travel! Jom travel 1 dunia

6. RM1000 utk GIVE, sedekah, zakat semua la

7. RM1000 utk parents kita

Percentage boleh ubah ikut situasi masing-masing la tapi mesti strict setiap bulan duit mesti pergi ke tabung-tabung tu. Masuk tabung jangan gatal-gatal nak korek ke pecahkan ke ok!!

Walaupun kita dapat bonus rm50,  kene jugak buat macam ni.  Baru la kita boleh disiplin. Takyah nak tunggu bonus juta-juta baru heboh nak menabung.  50sen pun lama-lama boleh jadi rm5000 kan.

Jom la kita mulakan buat tabung tu harini.  Esok lusa bonus jual vitamin saya da nak masuk.  Guna je tong tong esp ke bekas vitamin ke buat tabung tu,  pastu label kan.  Senang dan mudah kan.  Tak payah pening kepala nak keluar kan modal lg.

Selamat menabung semua. Diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk merialisasikan impian anda.

1 comment:

  1. menarik ni, tapi saya cuma ada tabung syiling sahaja =P

    ReplyDelete