Pages

Thursday 13 April 2017

TIROID PENYAKIT HORMON YANG MERBAHAYA PADA WANITA


Assalammualaikum.


Saya pernah jumpa seorang wanita yang mengadu sakit tekak, leher bengkak, dalam tekak rasa macam ada duri, tak boleh nak makan dan minum, berat badan makin menyusut. Disangka nya terkena "buatan orang". Dalam masa yang sama, wanita ini membuat rawatan di hospital pakar. Rupanya beliau menghidap penyakit tiroid.


Untuk pengetahuan, 4 nisbah 1 penyakit tiroid menyerang wanita yang berusia 20 tahun ke atas.


 APA ITU TIROID?




Tiroid adalah kelenjar endokrin berbentuk rama-rama dibahagian depan leher. Kelenjar endokrin ini menghasilkan hormon yang mengawal kadar metabolisme badan.


Tetapi, jika hormon ini tidak berfungsi dengan baik, akan memberi kesan terhadap kesihatan seperti masalah berat badan, kemurungan dan tahap tenaga menurun.







Jika metabolisme badan tinggi, seseorang mungkin berasa panas. Jadi, kelenjar tiroid akan berfungsi membantu badan melancarkan hormon pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dikawal oleh kelenjar pituitari pada otak melalui hormon perangsang tiroid.


Hormon yang dikeluarkan oleh  kelenjar tersebut adalah hormon tiroksin (T4) dan hormon triodotiromin (T3).


SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT TIROID




1. Berat badan naik atau menurun secara tiba-tiba
2. Bengkak di leher
3. Perubahan pada kadar degupan jantung
4. Perubahan pada tenaga dan mood
5. Keguguran rambut
6. Merasa terlalu sejuk atau terlalu panas 


JENIS HORMON TIROID


Terdapat 2 jenis penyakit hormon tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme.


PENYAKIT HIPOTIROIDISME


Penyakit Hipotiroidisme ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tiroid tidak dapat dihasilkan dengan cukup.
Ubat yang diambil untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.


Biasanya penyakit hipotiroidisme ini disebabkan keradangan pada kelenjar yang dipanggil tiroiditis.
Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto iaitu penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya menghasilkan antibodi terhadap kelenjar tiroid.


GEJALA PENYAKIT HIPOTIROIDISME


1. Pesakit akan menjadi gemuk
2. Badan sering merasa sejuk
3. Malas
4. Kuat tidur
5. Lembap
6. Ingatan terganggu
7. Kaki membengkak
8. Kulit kering dan kuku rapuh
9. Kebas di tangan
10. Sembelit
11. Haid tidak normal
12. Masalah jantung jika tidak dirawat segera


Pesakit yang menghidap penyakit hipotiroidisme ini mudah dirawat tetapi mereka perlu mengambil ubat tiroksin untuk seumur hidup.


PENYAKIT HIPERTIROIDISME


Penyakit jenis ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit ini juga dipanggil penyakit Graves.


Selain itu, ubat yang diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme. Jadi, pesakit perlu ambil ubat ikut arahan doktor dengan betul.


GEJALA PENYAKIT HIPERTIROIDISME


1. Hilang berat badan
2. Kerap buang air besar
3. Berpeluh
4. Berdebar-debar
5. Menggeletar
6. Penglihatan terganggu
7. Selera makan bertambah
8. Haid tidak teratur


Manakala rawatan bagi penyakit ini adalah dengan memberikan ubat bagi mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Dan ubat untuk mengurangkan debaran jantung juga perlu diambil oleh pesakit ini.


Jika rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan lain yang menggunakan iodin radioaktif akan diberikan bagi menghapuskan sebahagian kelenjar tiroid. Sesetengah pesakit memerlukan pembedahan bagi penyakit ini.


TINGKATKAN KESIHATAN PESAKIT TIROID DENGAN SUPLEMEN


Mengambil suplemen adalah satu ikhtiar dan usaha bagi melawan penyakit.  Suplemen penting kerana suplemen melengkapkan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh badan. Kesihatan kita juga dipengarahui oleh keadaan alam sekitar, corak pemakanan kita seharian, serta gaya hidup seseorang. Pengambilan suplemen dapat meningkatkan tahap kesihatan pesakit tiroid disamping tidak mengabaikan ubat-ubatan yang diberikan dan rawatan susulan daripada pakar-pakar perubatan.



BAGAIMANA KEBAIKAN RESVERATROL MEMBANTU PESAKIT TIROID?


Terdapat sebuah jurnal yang bertajuk "Resveratrol and its impact on aging and thyroid function", yang saya rujuk dari laman web http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21946130
ada membincangkan tentang hubungkait antara resveratrol dan juga tiroid. Dalam jurnal tersebut menyatakan bahawa :


Resveratrol adalah sebatian polifenolik yang berlaku secara semulajadi yang mempunyai ciri-ciri antioksidan, anti-radang, dan apoptosis. Ciri-ciri ini memberi sumbangan besar kepada perlindungan kardio dan pencegahan kanser.


Di samping itu, resveratrol dipercayai dapat mengawal beberapa proses biologi terutama berkaitan metabolisme dan penuaan oleh modulasi pengawal selia maklumat senyap mamalia 1 (SIRT1) keluarga Sirtuin.


Akhirnya, resveratrol juga mempengaruhi fungsi tiroid dengan meningkatkan iodin dan rembesan TSH melalui pengaktifan sirtuins dan phosphatidylinositol-4-fosfat 5 y kinase (PIP5Ky) yang dengan positif memberi kesan pada metabolisme. 








Vivix mengandungi bahan semulajadi yang terdiri daripada buah-buahan liar iaitu Elderberry, Anggur Muscadine, Polygonum Muscadine dan Lobak Ungu. Vivix adalah suplemen yang selamat untuk diambil dan dapat memberikan tenaga kepada pesakit tiroid. 





Vivix adalah suplemen terbaik untuk pesakit tiroid kerana mengandungi 10kali ganda resveratrol. Tinggi kandungan antioksidan dan anti-penuaan. Vivix mempunyai 4 mekanisme dan salah satu nya ialah membaiki sel DNA yang rosak dan melindungi SEL DNA dari terus membiak menjadi sel yang tidak sihat. 


TESTIMONI PESAKIT TIROID YANG MENGAMALKAN VIVIX








No comments:

Post a Comment