Pages

Monday 10 April 2017

PENYAKIT KRONIK AUTO-IMUN ATAU SLE YANG SEMAKIN MEMBIMBANGKAN DAN BAGAIMANA RESVERATROL MEMBANTU PENGHIDAP SLE DENGAN BERKESAN

Assalammualaikum.

APA ITU SLE?




SLE adalah singkatan kepada Systemic Lupus Erythematosus merupakan penyakit kronik auto-imun yang mana sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu badan sendiri. Ini akan menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain didalam badan.

SEJARAH SLE


Lupus ialah perkataan Latin yang membawa maksud serigala. Erythematosus perkataan Greek yang bererti ruam merah. 


Pada tahun 1851, Dr Cazenave terjumpa ruam merah pada muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau menamakan ruam merah berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).


Kemudian, pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa kebanyakan orang yang menghidap lupus bukan saja melibatkan bahagian kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Dan beliau telah menamakan penyakit tersebut sebagai Systematic Lupus Erythematosus (SLE).

JENIS-JENIS LUPUS


Terdapat 3 jenis Lupus iaitu :


1. Discoid Lupus Erythematosus (DLE)

Hanya melibatkan kulit. Jarang merebak ke organ lain


2. Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Boleh merebak ke organ lain. Boleh menyebabkan kematian. Keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh penghidap SLE


3. Lupus Neonatal

Disebabkan oleh auto-antibodi didalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibat nya, bayi akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood count), mungkin masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung

STATISTIK PENYAKIT LUPUS


1. Lebih kurang 90% penghidap SLE adalah wanita sementara lagi 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.


2. Lebih kurang 90% wanita yang menghidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun. 

PERANGKAAN PENGHIDAP LUPUS


1. Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans - 1 dalam 250-500 orang (1:250-500)

2. Di Amerika Syarikat - 1 dalam 2,000 orang (1:2000)

3. Di Negara China - 1 dalam 1,000 orang (1:1000)

4. Di Malaysia (12:1) / (Wanita:Lelaki)






Di Malaysia dianggarkan lebih dari 10,000 orang telah disahkan menghidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) percaya ada ramai lagi mereka yang menghidap SLE yang belum disahkan. 


PERSATUAN SLE MALAYSIA

• Ditubuhkan pada tahun 1994.
• Membantu mereka yang menghidap SLE di Malaysia
• Bermula dengan hanya 10 orang ahli jawatankuasa, ahli PSLEM pada hari ini berjumlah lebih daripada 1,700 orang. 
• Hari Lupus Sedunia 2009 - 10 Mei 2009 yang lalu

PUNCA BERLAKUNYA SLE


Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang dan akan menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakan organ dan tisu.


Walaupun SLE boleh menyerang beberapa ahli keluarga, namun untuk mengatakan SLE diwarisi adalah sukar kerana tiada "gen lupus" yang khusus ditemui.

FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN SLE


Kajian menunjukkan mungkin terdapat beberapa gen yang menyebabkan seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan samada tisu atau organ yang terlibat serta tahap serius nya penyakit SLE yang dialami. 


Bagaimana pun, gen sahaja tidak cukup untuk memainkan peranan. Sebaliknya, para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut mennyumbang kepada punca berlakunya SLE. 


Antaranya termasuklah : 


1. Faktor genetik

Mutasi gen HLA yang terletak dalam kromosom ke-6. Terdapat HLA kelas I, II, dan III. Hanya kelas I dan II akan memberi risiko. Gen-gen lain termasuklah : IRF5, PTPN22, STAT$, CDKNIA, ITGAM, BLK, TNFSF4, dan BANK I


2. Faktor persekitaran

- Tekanan (stress)
- Ubat "antidepressants" dan antibiotik
- Terdedah pada cahaya matahari (radiasi uv)
- Infeksi - virus, bakteria - biasa nya non pathogen akan berhubungkait dengan penyakit ini
- Hormon estrogen


3. Tindakbalas terhadap penggunaan dadah

Terdapat lebih kurang 400 jenis dadah yang boleh menyebabkan SLE. Contohnya procainamide, hydralazine, quinidine, phenytoin.

"Drug-induced lupus erythematosus" - boleh hilang sekiranya penggunaan dadah berkenaan dihentikan
Kesimpulannya, penyakit SLE dikatakan berpunca daripada masalah genetik dan tiada ubat ini mungkin disebabkan oleh radikal bebas yang banyak disekelilling kita. Malah radikal bebas juga penyebab kepada penyakit-penyakit kronik lain termasuk kanser.


Setiap penghidap SLE mempunyai gejala yang berbeza-beza bergantung kepada jenis gen yang dibawa. Ada yang melibatkan banyak organ, ada yang ringan, sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi.


Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi yang bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk "kupu-kupu". Ruam ini juga boleh timbul di muka dan telinga, dibahagian atas kedua-dua lengan dan tangan, bahu dan dada.


Oleh kerana penghidap SLE sensitif pada  cahaya matahari (fotosensitif), tompok-tompok merah ini akan jadi lebih teruk selepas terdedah pada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius ataupun tidak adalah berbeza daripada seorang kepada seorang yang lain.

GEJALA-GEJALA SLE






1. Discoid Rash

Iaitu tompok-tompok merah yang berbentuk seperti cakera dan menimbul yang biasanya muncul di belakang leher, muka dan kulit kepala dan mungkin boleh berparut. Boleh jadi salah satu simptom SLE atau satu-satunya simptom dalam DLE. 


2. Malar rash

Iaitu tompok kemerahan yang berbentuk seperti rama-rama dan terjadi di kawasan wajah. Malar rash juga boleh muncul jika terkena sinaran matahari. Juga dikenali sebagai "butterfly rash"


3. Serositis

Keradangan pada lapisan serosa yang membalut paru-paru, jantung dan organ lain. Jika berlaku pada paru-paru, bernafas  mungkin sukar dan menyakitkan. Penyakit jantung juga bakal menyerang jika gejala ini berlaku pada jantung.


4. Oral ulcers

Ulser di mulut dan hidung berlarutan selama lebih sebulan


5. Arthritis

Sakit sendi dan bengkak sendi berlanjutan selama beberapa minggu


6. Photosensitivity




Alahan terhadap sinaran matahari. Sama ada mata terlalu silau atau bahagian badan yang terdedah cahaya matahari akan timbul tompok-tompok merah dan menjadi semakin teruk


7. Neurologic Disorder

Jika seseorang mengalami lupus pada otak, dia mungkin mengalami sakit kepala, pening, perubahan tingkah laku, halusinasi malah mungkin boleh mengalami sawan dan strok. Ada juga pesakit yang mengalami masalah ingatan dan sukar untuk memberi pendapat


8. Hematologic Disorder

Masalah berkaitan sel darah seperti bilangan sel darah merah atau sel darah putih berkurangan dan terdapat risiko untuk mendapat darah beku. Selain itu, mungkin boleh menyebabkan keradangan pada salur darah


9. Antinuclear Antibody

Antibodi yang terdapat dalam pesakit SLE. Dipanggil antinuclear kerana berupaya menyerang nukleus sel


10. Immunologic Disorder

Disebabkan antibodi yang tidak normal, sistem imuniti pesakit SLE juga terganggu. Mereka juga kerap mengalami jangkitan kerana kedua-dua penyakit dan rawatannya akan melemahkan sistem imun. Jangkitan yang kerap dialami oleh pesakit SLE ialah jangkitan kencing, jangkitan pada bahagian pernafasan, jangkitan kulat, herpes, dan salmonella.


11. Renal Disorder

Renal disorder adalah masalah buah pinggang yang dapat dikesan melalui protin atau darah dalam air kencing. Kegagalan buah pinggang adalah salah satu sebab kematian pesakit SLE. Antara simptom yang dialami ialah kegatalan secara menyeluruh, air kencing berkurangan, loya dan muntah, serta bengkak kaki.


Jika terdapat 4 daripada 11 simptom di atas, maka seseorang itu boleh disahkan penghidap SLE terutamanya jika antinuklear antibodi positif.


Antara tanda-tanda lain ialah seseorang itu sering demam, letih dan mengalami penurunan berat badan. Selain itu, keguguran rambut secara bertompok, biasanya disebabkan oleh discoid rash. 


Bagi wanita yang sering mengalami keguguran kandungan, mungkin perlu melihat gejala SLE yang lain. Lupus juga meningkatkan tekanan darah pada wanita hamil dan kelahiran pra-matang. Biasanya wanita dinasihatkan untuk tidak hamil selagi gejala SLE  tidak terkawal bagi tempoh 6 bulan.


Mereka juga cenderung untuk mendapat kanser dan kematian tisu tulang akibat kekurangan bekalan darah. Ini akan menyebabkan tulang sedikit retak dan boleh menyebabkan kepatahan yang biasanya melibatkan tulang pinggul.

BAGAIMANA VIVIX BERTINDAK MEMBANTU MENGAWAL SLE


Vivix adalah minuman botani campuran dari 4 bahan semulajadi iaitu Elderberry, Polygonum Cuspidatum, Lobak Ungu, dan Anggur muscadine. Vivix kaya dengan resveratrol dan polyphenol yang tinggi kandungan antioksidan.

4 MEKANISME VIVIX YANG MEMBANTU MENGAWAL SLE


1. Membaiki dan mempertahankan sel

Kajian menunjukkan bahawa pesakit yang mempunyai autoimmune tinggi (seperti SLE) berisiko tinggi untuk mengalami kerosakan genomik DNA kesan dari radikal bebas.


Ramuan Vivix yang terdiri daripada lobak ungu, elderberry , polygonum cuspidatum dan anggur muscadine membantu memperbaiki dan mempertahankan sel melalui pengaktifan Nrf2.


2. Kawalan genetik

Genetik adalah warisan, biasanya penyakit yang ada pada ibu bapa kita kadangkala boleh diwariskan kepada kita. Contohnya diabetes, penyakit SLE, kanser dan sebagainya adalah antara penyakit warisan secara genetik.


Setiap sel dalam badan mengandungi kawal selia genetik yang menyumbang kepada kemerosotan yang berkaitan dengan usia. Bahan-bahan Vivix menunjukkan hasil yang positif memberi kesan kepada genetik pengawal selia (menghidupkan gen umur panjang dalam setiap sel) yang seterusnya membantu untuk menolak selular penuaan sel.


Vivix memperbaharui kembali struktur genetik yang menyebabkan SLE dan penyakit-penyakit lain serta meningkatkan fungsi DNA kepada lebih baik.


3. Vivix memberikan tenaga kepada sel

Dalam badan kita ada bahan yang disebut sebagai mitokandria, iaitu sejenis bahan yang membantu menghasilkan tenaga untuk memastikan sel berkembang dengan baik dan sihat. Fungsi mitokandria boleh menurun disebabkan oleh serangan radikal bebas, justeru ia boleh membantutkan perkembangan dan pembahagian sel yang sihat.


Jika kecekapan mitokondria berkurangan, fungsi sel akan merosot. Bahan-bahan dalam Vivix menggalakkan biogenesis mitokondria (pengecasan semula dan salinan mitokondria). Ini memberi lonjakan tenaga kepada sel.


4. Melambatkan dan menghalang penimbunan protein AGE

Protein AGE adalah zat yang dibentuk dari gula dan protein berlebihan yang saling terikat. Apabila badan terkandung banyak protein AGE, sel akan menjadi tepu akhirnya banyak penyakit tersekat dan terkumpul. 


Secara ringkasnya protein AGE ni menghalang dan menyekat fungsi sel yang normal. Semakin banyak timbunan protein AGE semakin tinggi tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit.


Untuk penyakit SLE, sel tubuh tidak berfungsi secara normal. Justeru Vivix dapat membantu melambatkan dan menghalang penimbunan protein AGE dalam tubuh.


Terdapat 4 Cara Vivix bertindak mengawal Penyakit SLE :


1. Vivix dapat membantu memperbaiki kerosakan sel dan DNA tubuh.

2. Vivix mengandungi anti-oksisan yang tinggi. Vivix membantu merencatkan DNA dan sel-sel yang tidak sihat serta melindungi DNA dan sel dari dirosakkan oleh radikal bebas

3. Vivix juga berfungsi sebagai anti-penuaan sel terbaik kerana ia melambatkan proses penuaan sel.

4. Vivix berkesan sebagai anti radang/anti inflamasi yang akan membantu pesakit SLE mengurangkan gejala lupus disamping membaiki sel yang lemah dan rosak akibat kesan gejala yang dihadapi.

TESTIMONI PESAKIT VIVIX YANG SEMAKIN SEMBUH IKHTIAR DENGAN VIVIX


Saya tuliskan semula takut pembaca blog ni tak boleh baca dengan jelas. Almaklum la kecik benor tulisan nya. 




"Farah Ali penghidap ulcerative colitis yang merupakan salah satu penyakit auto-imun. Doktor kata sakit ini tidak akan baik sampai bila-bila. Ambil steroid dan ubat-ubatan selama setahun. Ambil Vivix sebab Vivix anti-radang. Ulcerative colitis menyebabkan kulit kering sampai rasa boleh disiat-siat, sakit dibahagian sendi, sembelit dan kadang kala cirit-birit. Cirit-birit ni tanda radang dah sangat aktif dan menyebabkan bleeding dan hb low. Alhamdulillah, sejak amik Vivix selama 2 tahun, rasa lebih sihat. Ubat doktor pun da stop. Consistently amik Vivix, Omega Guard dan Vita-lea Multivitamin. Graf kesihatan makin baik. Hb dah berada pada paras normal."





"Anak Wan Rosmaini tinggalkan terus steroid yang sepatutnya makan 8 biji sehari. Hanya makan Vivix dan Omega Guard. Alhamdulillah, doktor kata penyakit SLE da semakin pulih. Anak penghidap SLE dah hampir sembuh. Doktor pun terkejut dan tanya apa yang anak beliau makan sehingga da hampir bebas dari penyakit tu."





"Didiagnos menghidap SLE pada tahun 2007. Ketika itu baru berumur 20-an. Memilih Vivix kerana senang nak minum. Kalau pil taknak sebab ubat doktor pun banyak nak kene telan. Mula minum Vivix pada Jun 2012. 

Selepas 3 minggu :

So far sekarang rasa ok dari dulu. Sebelum ambil Vivix, bangun pagi sakit kepala. Tapi lepas ambil Vivix, kepala dah tak pening, badan pun dah tak sakit sakit lagi.

Pada 25 September doktor mengatakan yang Lupus beliau mulai reda. Dan yang paling best, steroid hanya perlu ambil 2 biji sehari je. Masih dalam rawatan buah pinggang dan perlu ambil 1 jenis ubat sahaja. So far perkembangan yang sangat baik. "







"Saya kene SLE"

"Setahun dah, sebelum kahwin lagi"

"Antibodi terlampau kuat serang organ badan"

"Kami (pesakit SLE) tidak boleh makan Alfalfa"

"Ambil Vivix"

"Ok la kulit sekarang, dulu lagi teruk"

"Sakit sendi sendi tu memang ada tapi sikit je"

"Tak comel da"

"Setakat ni Alhamdulillah effect kulit je"

"Saya pregnant ni"

"SLE tiada ubat cuma boleh kawal saje"

"Dan MIRACLE ALLAH je mampu menyembuhkannya"

"Pregnant 13 minggu"

"Kena jaga betul betul sebab high risk"

"Kene SLE sebelum kahwin, doktor ada tanya bila nak kahwin, then doctor nasihatkan jangan hamil dulu. Sebelum kahwin da cucuk planning pregnant 3,4 kali"

"Lepas stop cucuk planning, ambil masa juga untuk period normal"

"Ubat kesuburan tak boleh makan sebab bercanggah dengan ubat SLE"

"SLE ni penyakit sendi jugak"

"Minum Vivix bangun pagi takde la melepek je atas katil"

"Badan ringan je bangun tido"

"Husband yang suruh minum Vivix. Ikut hati taknak, mahal sangat, tapi serious memang berkesan, blood test pun ok"

"Ayah pun ambil Vivix. Alhamdulillah darah tinggi dan kencing manis dah ok"

Alhamdulillah..syukur sangat. Ikhtiar Vivix dan 2 tahun da berlalu. Melihat pada kesihatan beliau semakin baik. Cuma perlu dapatkan rawatan dan rujukan doktor dari semasa ke semasa. 








BAGAIMANA INGIN MENDAPATKAN VIVIX?


Untuk mendapatkan Vivix kawasan Port Dickson,  boleh terus hubungi saya di 019-4885969.


Jika anda berada nun jauh di sana, jangan risau saya juga ada menyediakan pos ke seluruh Malaysia.


Rujukan :
Lupus Malaysia
www.ketamkecil.com
Persatuan SLE Malaysia

No comments:

Post a Comment