Pages

Thursday 13 April 2017

BERPANTANG DENGAN VIVIX MEMBANTU LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH DAN BADAN LEBIH BERTENAGA

Assalammualaikum.




Proses kelahiran adalah pengalaman yang berbeza untuk setiap ibu-ibu. Ada ibu yang mudah sangat bersalin, ada ibu yang perlu menjalani pembedahan, susah payah ketika proses bersalin. Sedangkan ibu yang sudah berpengalaman bersalin beberapa kali pun mempunyai pengalaman yang berbeza untuk setiap anak. Lain anak lain ragam nya.


Walau perit dan susah macam mane skalipun untuk melahirkan bayi kita, apabila menatap raut wajah comel bayi tersebut, hilang segala kesakitan ketika bersalin. Perasaan gembira, sebak, sayu, dan bersyukur kehadrat Ilahi atas zuriat yang cukup sempurna di mata kita.




Selepas kelahiran, semua ibu-ibu perlu menjalani proses berpantang pula. Tak semua ibu dan keluarga percayakan berpantang ni. Tetapi, walau macam mana sekalipun kepercayaan seseorang, ibu-ibu perlu berehat seketika bagi proses penyembuhan selepas bersalin. Biasanya berpantang ini perlu dijalani selama 44 hari. 


Dalam berpantang, makan minum ibu dijaga. Ibu-ibu tidak boleh lewat makan, nanti perut masuk angin. Dan kesan nya bayi juga akan sakit perut. Ibu diurut bagi kembalikan tenaga yang sudah digunakan sehabisnya semasa bersalin. Perlu berbengkung bagi kembalikan bentuk badan, memakai pilis bagi mengelakkan sakit kepala. Kalau nak disenaraikan memang banyak yang perlu dilakukan ketika berpantang.


Ibu pula perlu bangun setiap 1 atau 2 jam untuk menyusukan bayi. Menyusu sambil duduk, berjam-jam menyebabkan pinggang belakang sakit, badan-badan juga akan sakit.  Ibu-ibu tidak boleh sejuk, nanti urat-urat akan sakit masuk angin. 


Pengalaman saya berpantang, mak suruh saya pakai baju sejuk (sweater). Tak boleh guna kipas dengan kuat, tidur dalam kelambu. Tidak boleh jalan laju-laju, kena jalan kepit-kepit. Tak boleh mandi lama-lama. Eh, macam-macam lagi la. Tetapi saya suka. Semua tu buatkan badan saya rasa hangat dan selesa. Terima kasih mak. Mak jaga akak dengan baik sampai anak da 3 orang. Semua mak yang jaga.


Ketika berpantang, perkara paling penting yang perlu dijaga adalah luka jahit selepas bersalin. Tidak kira samada luka bersalin secara normal mahupun luka bersalin secara pembedahan. Kedua-duanya perlu dijaga agar tidak terkoyak jahitan. Ibu hanya inginkan luka cepat sembuh dan kering, pulih dan bercantum elok semula. Ibu-ibu yang bersalin tanpa jahitan, alhamdulillah, anda tidak perlu risau. Tetapi tetap kena berpantang.


Dan yang paling tak selesa apabila ibu-ibu perlu "bertapa" lama di dalam tandas kerana sembelit melampau. Nak teran kuat-kuat takut jahitan terbuka. Serba tak kena dibuatnya. Paling teruk apabila ibu mengalami buasir yang kronik sehingga luka berdarah dan menyukarkan pergerakkan.


Lihatlah, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Bermula dari mengandung, bersalin, berpantang pun ada masalah. Itulah syurga di bawah telapak kaki ibu. Jangan derhaka dengan ibu-ibu kita.


Sebab itu la, orang dulu-dulu sangat menjaga adat berpantang ni. Jika ibu-ibu tidak bersedia fikizal dan mental ketika berpantang, ibu-ibu mungkin akan mengalami tekanan perasaan. Akibat tekanan dan rasa penat menjaga bayi semalaman, bimbang darah meroyan ibu naik ke kepala dan menyebabkan ibu meroyan kronik.


Zaman moden kini, ibu-ibu boleh bersiap sedia dalam proses berpantang dengan mengambil suplemen tambahan iaitu VIVIX. Vivix menyebabkan luka jahitan cepat baik dan kering malah elok bercantum dalam masa 3 hari.

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU IBU BERPANTANG?


VIVIX adalah suplemen terbaik untuk ibu berpantang kerana vivix adalah tinggi antioksidan dan mengandungi resveratrol yang mampu memperbaharui sel sehingga ke DNA. Apabila sel-sel kita sihat, sistem badan dapat berfungsi dengan baik. Oleh sebab itu, luka bersalin sembuh dengan cepat.


Vivix dapat membantu menghasilkan biogenesis mitochondria. Tenaga kita dihasilkan oleh biogenesis mitochondria. Apabila semakin banyak mitochondria terhasil, semakin banyak tenaga dapat dihasilkan.


Ibu-ibu berpantang yang mengamalkan Vivix tadi akan berasa lebih cergas bertenaga, tidak lesu dan pucat, dan paling penting Vivix membantu mendapatkan berat badan semasa sebelum hamil dengan lebih cepat.


Di sini saya sertakan pengalaman ibu-ibu yang berpantang dengan Vivix. Jika ibu-ibu masih tercari-cari set berpantang, pastikan Vivix menjadi pilihan utama ibu-ibu tau. Rugi siapa tak mencuba Vivix ni.

TESTIMONI BERPANTANG DENGAN VIVIX



Testimoni 1- Berpantang dengan Vivix


" Bersalinkan Maryam secara normal dan vacum. 2 hari sakit tak dapat tidur, seminggu di hospital, 2 kali induce. Sehari balik dari hospital, maryam demam panas dan kuning naik tinggi. Jadi kena masuk nicu. 5 hari dia di NICU, Ainul ulang alik 2-3 kali ke DEMC setiap hari untuk hantar susu. 


Jahit kat bawah yang "banyak" belum sembuh.. asyik bergerak ke sana sini sampai 1 tahap ainul nak berjalan pun sakit giler. nak duduk lagi la. sampai dalam kereta menangis dekat husband sebab tak boleh nak duduk pun. nak duduk pun takut. Huhuhu. 


Ya ALLAH sakitnya. Nak duduk sakit..Nak berjalan lagi la sakit..Sampai nak duduk menanges.. huhuhuLast pilihan Ainul makan VIVIX. dulu rasa vivix ni MAHAL la. Tapi bila dah SAKIT, MAHAL dah tak nampak dah. 


Yang PENTING sakit hilang.3 Hari konsistent makan setiap hari....ALHAMDULILLAH.. lega sangat. Dah takde pedih, sakit nak duduk, berjalan. Siap boleh pakai seluar. 


BONUS lagi bila makan vivix semasa berpantang ni:  


1. SUSU MERIAH. memang dalam pantang susu memang banyak. tapi kali ni ' lain sangat ' .. sampai demam pulak bengkak susu. Alhamdulillah dapat bayak buat stok ebm untuk anak.  


2. Darah kotor berketul ketul keluar. cerita dekat akak mengurut. dia cakap bagus darah tu keluar. darah tu kalau tak keluar bahaya. bahaya kalau darah nifas ni tak keluar betul betul. keluar habis. pernah baca darah nifas yang tak bersih boleh jadi kanser. 


3. Badan rasa segar, sedap la orang cakap. takde la lemau semacam. badan bertenaga. boleh uruskan anak anak walaupun pantang sendiri. muka pun tak pucat sebab peredaran darah berjalan lancar 


Kalau rasa set berpantang banyak bebenor nak kena telan, ambil je vivix ni je rasanya dah cukup. ALL in 1. Memang berbaloi makan vivix masa pantang. Sangat puas hati. Next berpantang pun akan pastikan vivix ada pada hari pertama bersalin nanti. baru la luka cepat sembuhkan."



Testimoni 2 - Berpantang dengan Vivix 




"Saya ambil Vivix sebagai alternatif untuk mengelakkan dari pengambilan lain-lain vitamin sebab saya ni jenis payah nak konsisten kalau nak kena telan banyak-banyak terutamanya bila nak kena telan kapsul atau pun tablet..


Amazing experience bila saya ambil Vivix semasa dalam tempoh berpantangkan baby ketiga saya Qaisarah..Saya tak ambil apa-apa ubat untuk sembuhkan luka dari klinik ataupun ubat kecutkan rahim dari mana2 klinik swasta..Alhamdulilah luka bersalin sembuh dalam masa kurang 14 hari.. 


Anak-anak saya dari sulung sampai la si baby ni semua kena kuning.. Saya hanya upkan dose pengambilan Vivix dari 1 sudu ke 2 sudu daily.. Alhamdulilah bacaan kuning baby back to normal dalam masa 1 mggu.. Syukur sangat-sangat sebab tak payah ulang alik ke hospital... 


Fobia dgn kakak dan abg dia memang kena refer to hospital sebab bacaan kuning memang tinggi..Yang paling terasa seronok sgt bila dalam pantang kawan-kawan yang datang ziarah mesti tgur kulit saya.. Berbeza sangat-sangat.. Dulu kulit saya kusam.. Tapi sekarang memang agak cerah dan kesan parut-parut lama dah makin hilang...


Masuk kerja selepas pantang ramai yang tanya saya makan apa sebab kulit muka nampak berseri dan cerah...Suami sendri pun perasan..saya ingt dia saja-saja.. Tapi bila dah kawan-kawan sendri pun cakap benda yang sama..so saya pun perasan mmg kulit saya dh tak kusam mcm dulu lagi..."





Testimoni 3 - Berpantang dengan Vivix 



Testimoni 4 - Berpantang dengan Vivix 




Testimoni 5 - Berpantang dengan Vivix 





Testimoni 6 - Berpantang dengan Vivix 




Testimoni 7 - Berpantang dengan Vivix 




Testimoni 8 - Berpantang dengan Vivix 



BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN VIVIX?



Untuk mendapatkan Vivix kawasan Port Dickson,  boleh terus hubungi saya di 019-4885969.


Jika anda berada nun jauh di sana, jangan risau saya juga ada menyediakan pos ke seluruh Malaysia.


No comments:

Post a Comment