Assalammualaikum.
Entry kali ni nak kupas tentang serangan jantung. Jantung adalah organ yang penting dalam tubuh badan manusia. Jantung kita adalah otot yang boleh mengecut dan mengembang untuk mengepam darah.
Jantung berfungsi untuk mengepam darah untuk beri oksigen dan zat makanan daripada jantung ke seluruh bahagian badan melalui salur-salur darah.
Jantung yang sihat boleh mengepam 10,000 liter darah sehari dan berdenyut 100,000 kali sehari iaitu 60-80 kali seminit.
APA ITU SERANGAN JANTUNG?
Serangan jantung atau infark miokardial (bahasa Inggeris: Myocardial imfarction, acute myocardial infarction, MI, AMI) terjadi apabila aliran darah yang menuju ke jantung terhenti walaupun hanya sesaat. Ini akan mengakibatkan sebahagian sel jantung mati. Serangan jantung kebanyakkannya disebabkan oleh pembuluh darah tersumbat.
PENYAKIT JANTUNG KORONER
Serangan jantung yang utama disebabkan oleh penyakit jantung koroner. Penyakit jantung koroner ini terjadi apabila sejenis lilin yang dipanggil ''plak" terbentuk dibahagian dalam arteri jantung seseorang. Ini dipanggil atherosclerosis.
Plak ini terbentuk daripada kolesterol dan sel-sel yang lain. Jumlah plak ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga menyebabkan saluran pembuluh darah menjadi kecil dan sempit.
Apabila salur pembuluh darah menjadi sempit, darah tidak dapat mengalir dengan baik dan penggumpulan darah akan terlihat di depan plak.
Paling ngeri apabila pengumpalan darah itu pecah dan tersekat di bahagian pembuluh darah yang sempit tadi, maka serangan jantung akan berlaku.
TANDA SERANGAN PENYAKIT JANTUNG
Serangan penyakit jantung selalu digambarkan dalam keadaan rasa sakit yang teramat sangat pada bahagian dada dan berlarutan sehingga setengah jam kemudian menjalar ke arah tangan kiri dan rahang seseorang.
Pesakit serangan jantung akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.
Rasa sakit ini terjadi apabila sebahagian otot jantung telah mati disebabkan oleh salur pembuluh darah yang tersumbat.
Lebih teruk jika saluran darah tersebut tertutup sepenuhnya kemudian rasa sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Kejadian ini yang dinamakan sebagai "serangan sakit jantung".
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN JANTUNG TIDAK SIHAT
1. Merokok (Asap Rokok)
Apabila merokok, kemungkinan untuk mendapat penyakit jantung adalah 3 hingga 6 kali ganda.
Kesan daripada asap rokok adalah:
i) Darah menjadi lebih cepat membeku
ii) Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah
iii) Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung
2. Tekanan Perasaan (Stress)
Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degupan jantungnya akan meningkat.
Tekanan darahnya juga akan meningkat.
Dan ini akan menyebabkan jantung menjadi tidak sihat.
3. Kandungan Lemak Yang Tinggi
Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya.
Makanan yang tinggi lemak, seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak akan meningkatkan risiko penyakit jantung kerana lemak ini akan tersekat di saluran pembuluh darah.
4. Kurang bersenam
Senaman sangat penting untuk menguatkan jantung.
Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung.
5. Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi akan menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
Jantung “terpaksa” mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
6. Pesakit Kencing Manis
Saluran darah menjadi lebih tebal menyebabkan seseorang berisiko menghidap diabetes.
Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung
7. Berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan juga berisiko untuk menghidap sakit jantung.
8. Keturunan
Mempunyai keturunan yang memang dilahirkan sakit jantung. Sakit jantung adalah sukar untuk dikawal kerana mempunyai timbunan lemak yang berterusan dalam salur darah yang menyebabkan bekalan darah ke otot jantung tersekat.
CARA MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG
1. Mengamalkan cara hidup yang sihat.
2. Mengawal pemakanan. Kurangkan mengambil makanan yang tinggi kolesterol, makanan berlemak, makanan yang terlalu manis dan masin, makanan yang berminyak dan bergoreng.
3. Mengawal berat badan. Memilih makanan yang sihat, tinggalkan makanan yang berlemak, berminyak, bergoreng, masin, manis, dan berkolesterol tinggi.
4. Berhenti merokok terutama mereka yang sudah berusia melebihi 35 tahun.
5. Ketahui sama ada keluarga sebelah ibu atau ayah anda ada yang menghidap penyakit jantung. Jika ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan sangat digalakkan untuk membuat pemeriksaan tahunan.
6. Mengambil ubat dan mengawal pemakanan sekiranya anda mempunyai penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis. Risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah tinggi.
7. Mengawal tekanan perasaan dan jangan cepat meradang atau runsing.
8. Bersenam. Mulalah bersenam secara perlahan-lahan sekurang-kurangkan 3 kali seminggu untuk 15-20 minit.
10 MAKANAN UNTUK JANTUNG YANG SIHAT
1. Bijirin Oat
2. Ikan salmon
3. Avocado
4. Minyak zaitun
5. Kekacang seperti walnut dan almond
6. Berries termasuklah Blubery, strawberry, elderberry, mulberry
7. Kacang peas, kacang merah, kacang hitam
8. Sayur bayam
9. Kacang soya
10. Daging putih "white meat" seperti ayam dan ikan
BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU PESAKIT JANTUNG
Seperti yang kita sedia tahu, Vivix adalah minuman botani campuran daripada 4 bahan utama iaitu Elderberry, Anggur Muscadine, Lobak Ungu dan Polygonum Cuspidatum.
Vivix mengandungi kandungan resveratrol dan polyphenol yang tinggi yang boleh membantu pesakit jantung termasuklah :
1. Peningkatan paras lipoprotein berkepadatan tinggi (HDL) atau lebih dikenali sebagai kolesterol baik yang akan melindungi kita daripada serangan penyakit jantung.
2. Mencegah lipoprotein berkepadatan rendah (LDL) atau merendahkan kolesterol LDL daripada dioksidasikan oleh radikal bebas. Ini kerana LDL yang dioksidasikan akan membentuk plak-plak pada salur darah yang akan menyebabkan aterosklerosis atau pengerasan dan penebalan arteri.
3. Mencegah penggumpalan darah kerana resveratrol bertindak mencegah sel-sel darah daripada melekat antara satu sama lain.
Apabila gumpalan darah ini terjadi akan menyebabkan saluran kecil pada jantung tersumbat dan seterusnya berlaku serangan jantung.
Lebih teruk jika gumpalan darah ini tersekat pada saluran darah dalam otak dan ini akan menyebabkan serangan strok.
4. Resveratrol di dalam Vivix akan menggalakkan vasodilatasi dengan meningkatkan pengeluaran nitrik oksida yang membolehkan salur darah mengendur. Oleh sebab itu ia akan meningkatkan pengaliran darah.
TESTIMONI VIVIX UNTUK PESAKIT JANTUNG
Sumber Maklumat: Kementerian Kesihatan dan Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment