Assalammualaikum.
APA ITU ANEMIA?
Anemia ialah kekurangan sel darah merah atau kandungan hemoglobin di dalam darah berada dibawah paras normal. Hemoglobin (HB) adalah protein pembawa oksigen di dalam sel darah merah dari paru-paru ke seluruh bahagian badan.
Dalam masyarakat kita, anemia dikenal sebagai istilah kurang darah. Biasanya ibu hamil dikaitkan dengan 'hb low' ni.
PUNCA UTAMA ANEMIA
1. Anemia yang disebabkan oleh kehilangan darah secara mendadak.
Sel darah merah boleh hilang secara mendadak ketika berlakunya pendarahan, pembedahan, haid yang banyak mahupun kemalangan. Namun, kekurangan darah boleh berlaku perlahan-perlahan selama jangka waktu yang panjang dan adakalanya tidak dapat dikesan. Pendarahan kronik ini biasanya disebabkan oleh kanser, pengambilan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan pendarahan pada saluran pencernaan, atau haid atau ketika melahirkan pada wanita yang berlebihan.
2. Kekurangan pengeluaran sel darah merah atau gangguan ketika pembentukan hemoglobin (Hematopoiesis)
Penyakit anemia jenis ini biasanya diwarisi daripada ibu bapa, masalah hormon yang tidak normal, lahir dengan mempunyai penyakit kronik, anemia aplastic iaitu sel darah merah yang tidak cukup dibuat, kekurangan asid folik iaitu Vitamin B12, atau masalah sumsum tulang atau stem sel.
3. Kadar kemusnahan sel darah merah yang tinggi (Hemolisis)
Penyakit anemia jenis ini disebabkan oleh diwarisi dari ibu bapa seperti talasemia, dilahirkan memang diwarisi, kanser, gangguan pembekuan darah dan lain lagi.
4. Kekurangan zat besi
Jika seseorang kekurangan zat besi akan menyebabkan pengeluaran sel darah merah menurun. Ini kerana, zat besi akan menghasilkan sel darah merah.
5. Tubuh tidak boleh menyerap zat besi
Ramai yang pelik apabila seseorang yang mengalami anemia dan telah makan makanan tambahan yang boleh tambah darah tetapi bacaan Hb nya masih rendah, ini mungkin disebabkan oleh tubuh tidak boleh menyerap zat besi. Perlu dielakkan semasa mengambil zat besi tidak boleh ambil sekali minuman kopi dan teh.
FAKTOR RISIKO PENYAKIT ANEMIA
1. Kekurangan zat besi, vitamin B12, asid folik, akan meningkatkan risiko penyakit anemia
2. Masalah gangguan usus dimana akan mengganggu penyerapan nutrisi seperti penyakit Crohn dan penyakit celiac
3. Menstruasi atau haid bagi kaum wanita. Risiko berlaku apabila haid yang terlampau banyak dan lama kerana haid menyebabkan hilangnya sel darah merah.
4. Ibu-ibu hamil mempunyai risiko anemia jika kekurangan zat besi kerana zat besi perlu untuk pembentukan hemoglobin janin.
5. Penyakit kronik juga meningkatkan risiko anemia seperti kanser, kegagalan ginjal dan hati.
6. Keturunan dari ibu bapa atau keluarga yang memilik penyakit anemia.
7. Seseorang yang memiliki penyakit darah atau gangguan autoimun (SLE) yang mempengaruhi pengeluaran sel darah merah dan menyebabkan penyakit anemia.
GEJALA PENYAKIT ANEMIA
1. Sistem Kardiovaskular - lesu, cepat letih, sesak nafas ketika melakukan aktiviti, dan jantung gagal berfungsi.
2. Sistem saraf - sakit kepala, kepala pusing, telinga berdengung, mata berkunang-kunang, irritability, lemah otot serta lesu
3. Sistem urogenital - gangguan haid dan seksual menurun
4. Kulit pucat, kuku pucat, wajah pucat, tapak tangan pucat, mual, rambut menipis, sistem imun menurun.
BAGAIMANA VIVIX BOLEH MEMBANTU PESAKIT ANEMIA?
Bagi pesakit anemia, saya sarankan anda untuk mengambil Vivix kerana anemia berpunca daripada sel darah merah dan Vivix memberikan impak yang bagus kepada sel.
Lagipun Vivix menjadi pilihan utama kerana mudah diamalkan dengan hanya sesudu kecil sahaja. Wanita hamil tidak digalakkan untuk mengambil Vivix tetapi wanita hamil hanya perlu mengamalkan sel lengkap hamil shaklee bagi mengatasi masalah 'hb low' ini.
Berbalik kepada fungsi asas Vivix dimana Vivix mempunyai 4 Mekanisme Penuaan Tahap Sel dan Vivix impak nya kepada sel iaitu :
1. Melindungi dan membaiki sel DNA
2. Mengawal genetik
3. Mempunyai 10X resveratrol yang kuat untuk mengelakkan kerosakan sel
4. Vivix mempunyai antioksidan yang tinggi, jadi dapat membantu menghentikan proses kimia yang menyebabkan kanser dan antivirus.
5. Vivix juga melindungi sel darah dan sel darah kita akan terpelihara dan dapat mengurangkan risiko anemia.
6. Polifenol dan Resveratrol pula, kedua duanya melindungi dan mengukuhkan sistem imun, melawan jangkitan kuman dan bakteria. Jadi, sel tubuh akan lebih kuat dan penghasilan sel darah merah dapat dihasilkan dengan lebih sihat.
Jika ada ahli keluarga memiliki penyakit anemia, segera ingatkan Vivix.
Jadi, inginkan Vivix boleh hubungi saya segera.
No comments:
Post a Comment