Pages

Friday, 7 April 2017

PENYAKIT HIPERTENSI (TEKANAN DARAH TINGGI) DAN CARA MENURUNKAN BACAAN DARAH TINGGI KE PARAS NORMAL

Assalammualaikum.




Entry harini saya nak kupas tentang penyakit hipertensi. Penyakit hipertensi adalah keadaan dimana ada peningkatan tekanan darah pada pembuluh darah arteri. Penyakit hipertensi juga lebih dikenali sebagai darah tinggi kerana apabila menjalani ujian tekanan darah,  nyata tekanan darah melebihi paras normal.


Penyakit darah tinggi (hipertensi) juga merupakan penyakit pembunuh senyap kerana tiada sebarang gejala yang tertentu untuk penyakit ini. Tetapi, apabila mereka mengalami komplikasi masalah kesihatan lain, dan baru lah mereka dapat mengesan bacaan darah tinggi berada di tahap yang sangat membimbangkan.





Penyakit darah tinggi merupakan penyakit yang sangat membimbangkan pada masa kini. Ini kerana, menurut kajian statistik,  32.7% atau 5.8 Juta rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas adalah penghidap darah tinggi.



Dan yang paling membimbangkan apabila hanya 10% sahaja daripada jumlah pesakit darah tinggi di Malaysia ini yang berjaya mengawal tekanan darah tinggi mereka ke paras bacaan normal.


Ramai yang menganggap penyakit tekanan darah tinggi ini berpunca daripada kolesterol. Akan tetapi,  punca sebenar penyakit ini adalah kerana pengoksidaan pada dinding arteri darah.





Bahasa yang mudah faham tentang pengoksidaan di dalam salur darah ini ialah umpama besi berkarat dan lusuh yang akan menyebabkan plak terbentuk dengan mudah.


Apabila plak terbentuk di dinding arteri, saluran darah akan menjadi sempit,  aliran darah pula menjadi laju, dan mengakibatkan tekanan darah menjadi semakin tinggi.


2 JENIS TEKANAN DARAH TINGGI



Penyakit darah tinggi terbahagi kepada 2 jenis iaitu darah tinggi primer dan darah tinggi sekunder.




Hipertensi (Darah tinggi) primer - Biasa berlaku di Malaysia dan hampir 95% kes darah tinggi didalam dunia mempunyai darah tinggi jenis primer.


Hipertensi (Darah tinggi) sekunder - Biasanya disebabkan oleh penyakit lain yang menjejaskan organ seperti buah pinggang, saluran darah dan jantung.

2 JENIS BACAAN TEKANAN DARAH


Terdapat 2 jenis bacaan tekanan darah yang perlu kita ambil tahu iaitu bacaan tekanan darah atas dan bacaan tekanan darah bawah.




Bacaan tekanan darah atas (Systolic) iaitu bacaan darah yang dipam dari jantung ke seluruh anggota badan.  Bacaan normal tekanan darah atas adalah antara 100 mmHg hingga 140 mmHg.


Bacaan tekanan darah bawah (Diastolic) iaitu bacaan darah daripada luar masuk ke dalam jantung.  Bacaan normal tekanan darah bawah adalah antara 60 mmHg hingga 90 mmHg.


Tekanan darah tinggi terjadi apabila bacaan terus menerus pada bacaan 140/90 mmHg atau lebih.






GEJALA TEKANAN DARAH TINGGI


1. Kerap sakit kepala
2. Mudah marah, sensitif dan kerap stress
3. Cepat letih dan penat
4. Masalah penglihatan kabur dan kurang jelas
5. Kerap pitam dan pengsan
6. Sakit dada dan sesak nafas
7. Dalam air kencing mengandungi darah
8. Degupan jantung luar biasa


Jika anda mengalami salah satu dari simptom di atas,  anda dinasihatkan segera berjumpa doktor. Ini bagi memastikan anda mendapat nasihat tentang masalah yang anda hadapi.


Dan yang paling penting bagi memastikan kesihatan anda berada di tahap yang baik serta bacaan tekanan darah tinggi anda berada di tahap yang normal dan tidak membimbangkan.


Jika bacaan tekanan darah tinggi anda berada di paras yang tinggi atau "border line" jangan tidak ambil peduli. Ini kerana anda sedang berhadapan dengan risiko untuk mengalami  masalah buah pinggang yang kronik, serangan jantung (heart attack), masalah saluran darah (aneurysm), dan angin ahmar (stroke).

4 CARA MENGAWAL BACAAN DARAH TINGGI


1. Makan ubat yang diberikan oleh doktor.


Lazimnya pesakit darah tinggi akan dibekalkan ubat bagi mengawal bacaan darah tinggi agar tidak naik melambung tinggi. Ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital ini perlu diambil setiap hari. (Tetapi yang membimbangkan ubat ini adalah apabila pesakit darah tinggi ambil untuk jangka waktu yang lama dan akan memberikan kesan buruk pada tahap kesihatan dan organ dalam badan seperti kerosakan buah pinggang).


2. Gaya hidup yang sihat.


Untuk mengawal darah tinggi, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah ubah cara hidup ke arah yang lebih sihat. Pilih makanan yang seimbang, tidak berminyak,  kurangkan makanan yang manis dan masin. Bersenam setiap hari. Usahakan diri dari bebas merokok.


3. Menjaga berat badan. Usahakan untuk capai BMI yang ideal.


4. Elakkan daripada stress.  Usaha sebaiknya daripada sebarang tekanan.

BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE MEMBANTU MASALAH DARAH TINGGI?


Kajian Jurnal Gerontology : Tekanan Darah


Polyphenols sains biologi seperti resveratrol dalam VIVIX boleh membantu tekanan darah turun ke paras bacaan yang normal,  meningkatkan aktiviti enzim yang dipanggil oksida nitrik endothelial synthase yang kemudiannya menghasilkan nitril oksida iaitu ejen yang meluaskan saluran darah dan kawal tekanan darah.

VIVIX MEMBANTU TEKANAN DARAH TINGGI KE PARAS NORMAL


Vivix ialah minuman campuran botani daripada 4 bahan utama iaitu Polygonum Cuspidatum, Elderberry, Lobak Ungu dan anggur muscadine.


Polygonum cuspidatum atau nama lainnya Knotweed Jepun.  Tumbuhan tinggi antioksidan ini terdapat di Amerika Utara dan Eropah.


Polygonum cuspidatum ini banyak digunakan dalam produk anti-penuaan seperti Resveratrol.


Resveratrol ini banyak khasiatnya dalam kesihatan. Para saintis telah melakukan kajian dan hasilnya menunjukan bahawa :


1. RESVERATROL sangat membantu dalam melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, meningkatkan prestasi tubuh bagi atlet, membantu menurunkan berat badan, dan menurunkan bacaan tekanan darah ke paras normal.


2. VIVIX membantu melindungi dan membaiki sel DNA tubuh untuk kembali sihat. Mendapan lemak yang terbina dalam saluran darah pesakit darah tinggi juga akan terkeluar.


3. Apabila mendapan lemak/plak dalam saluran darah yang tersumbat tadi telah keluar,  aliran darah akan kembali lancar dan saluran darah menjadi tidak sempit. Sekaligus jantung dapat mengepam darah keseluruh badan secara normal dan tanpa sebarang bebanan.  Akhirnya tekanan darah kembali ke paras normal.

TESTIMONI VIVIX UNTUK PENYAKIT DARAH TINGGI 


















Kesimpulannya, VIVIX sangat membantu merendahkan bacaan tekanan darah tinggi ke paras normal.  Tetapi perlu diingatkan bahawa Vivix ini adalah alternatif lain dan ikhtiar kita untuk kearah kesihatan yang lebih baik.


Untuk mendapatkan Vivix kawasan Port Dickson,  boleh terus hubungi saya di 019-4885969.


Jika anda berada nun jauh di sana, jangan risau saya juga ada menyediakan pos ke seluruh Malaysia.


No comments:

Post a Comment