Pages

Saturday 15 April 2017

PENAWAR SEMULAJADI YANG BERKESAN UNTUK ATASI MASALAH RESDUNG (SINUS)

Assalammualaikum. 


Kami sekeluarga selalu buat rawatan resdung yang menggunakan asap di rumah.  Tukang buat resdung tu mak kami lah.  Tapi, orang kata, rawatan resdung menggunakan asap tidak membantu kerana asap tersebut hanyalah luaran sahaja. 


Jadi, bagaimana pula rawatan resdung yang sepatutnya dan yang paling berkesan? Nanti saya akan terangkan tetapi sebelum itu suka saya nak kongsikan apa itu resdung.

APA ITU RESDUNG?




Resdung adalah keadaan yang digambarkan untuk pelbagai penyakit di hidung.


Resdung dalam istilah saintifik merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Virus ini mengeluarkan darah kotor yang menyebabkan kulit menjadi rosak. Virus ini juga mengalir bersama darah yang boleh menyebabkan kerosakan organ-organ tertentu dalam badan seseorang. 


Kajian menunjukan hampir 25% mengalami penyakit resdung yang serius. Ramai yang menganggap penyakit resdung ini tidak serius tetapi sebenarnya resdung boleh mendatangkan bahaya pada penghidapnya.

APA ITU SINUS?


Penyakit resdung juga dikenali sebagai masalah "sinus".


SINUS merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Ruang udara ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat sempit. Didalam saluran sempit ini ada lendir dan disalurkan ke hidung.


Mungkin ramai yang menganggap tulang muka padat tetapi sebenarnya mengandungi rongga-rongga udara.

BAGAIMANA RESDUNG (SINUS) INI BERLAKU?


Resdung sinus terjadi apabila berlaku keradangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Antara kuman yang selalu menjadi punca resdung sinus ialah Streptococcus dan Staphylococcus.


Untuk pengetahuan, sebenarnya kuman ini memang sedia ada didalam rongga hidung tetapi tidak menyebabkan sebarang penyakit.


Kuman ini dapat dikawal jika badan mempunyai daya tahan dan sistem pertahanan yang kuat. Tetapi yang membimbangkan apabila sistem pertahanan badan tidak kuat dan kuman ini akan membiak tanpa kawalan yang menyebabkan berlakunya resdung.

GEJALA-GEJALA RESDUNG (SINUS)


Jika terdapat salah satu dari gejala resdung di bawah,  saya nasihatkan agar segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Antara gejala resdung termasuklah :


1. Hidung yang kerap tersumbat
2. Mengandungi lendir di hidung dan tekak
3. Sakit atau terasa berat di bahagian mata
4. Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
5. Demam yang berpanjangan
6. Gejala alahan terutama di bahagian hidung seperti gatal-gatal, bersin dan sebagainya

KOMPLIKASI KESAN DARI JANGKITAN RESDUNG (SINUS)




Jangan pandang ringan apabila anda diserang resdung. Resdung jika dibiarkan akan memberi kesan yang buruk pada penghidapnya. Antara komplikasi resdung yang perlu anda tahu adalah :


1. Boleh menyebabkan jangkitan nanah di sekitar mata
2. Boleh menyebabkan jangkitan otak
3. Sakit tekak yang kronik
4. Jangkitan tulang muka
5. Berdengkur yang kronik
6. Boleh menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
7. Alahan hidung
8. Selsema hidung yang kronik

PUNCA RESDUNG (SINUS) DAN BAGAIMANA BAKTERIA MEMBIAK?


Antara punca utama resdung ialah apabila rongga-rongga sinus tersumbat dan bermula la bakteria membiak tanpa kawalan. Rongga-rongga sinus tersumbat kerana:


1. Keradangan pada hidung - berlaku akibat daripada jangkitan kuman dan alergi (alahan). Akibat dari rongga sinus tersumbat, dinding hidung akan membengkak. Apabila dinding hidung membengkak dan ia akan menutup pintu sinus.


2. Ketumbuhan pada hidung - ketumbuhan atau tumor ini akan menutup pintu rongga sinus seperti ketumbuhan malignant (kanser hidung). Apabila rongga sinus ini tertutup, cecair dalam rongga sinus tidak dapat mengalir dan akan bertakung. Takungan cecair ini akan menyebabkan resdung kerana bakteria akan membiak tanpa kawalan.


3. Jangkitan pada gigi geraham atas - akar gigi geraham atas berada betul-betul di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi geraham atas, ia akan berjangkit ke akar umbi gigi dan keluar ke sinus. Bakteria akan membiak ke rongga sinus.


4. Genetik - resdung bukan lah penyakit genetik tetapi alahan yang diwarisi dari keluarga itu la yang akan menyebabkan sinus menjadi punca genetik.

JENIS-JENIS RESDUNG (SINUS)


Terdapat 2 jenis resdung yang perlu kita tahu iaitu :


1. Resdung yang berlaku secara mendadak

Resdung jenis ini berlaku dalam tempoh 2 minggu berturut-turut bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan secara serius yang berulang-ulang pada hidung. Ini akan menyebabkan rongga sinus tersumbat.

Jika resdung jenis ini tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus tidak dapat mengalir dengan baik akibat rongga sinus yang tersumbat tadi dan menyebabkan jangkitan bakteria.

Lebih malang apabila jangkitan bakteria ini berlaku secara berterusan tetapi tidak seteruk resdung di peringkat kronik.

Ciri-ciri resdung yang berlaku secara mendadak

a) Hidung berair, tersumbat dan sakit berdenyut di bahagian muka, depan kepala, dahi dan pipi.
b) Resdung jenis ini biasanya menyerang pada waktu pagi dan berkurang di waktu petang
c) Rasa sakit apabila tunduk untuk sujud atau tundukkan kepala


2. Resdung Kronik

Resdung kronik berlaku apabila resdung yang melanda 2 minggu berturut-turut tadi tidak dirawat dan dibiarkan.

Jika seseorang diserang resdung kronik, mereka akan alami :

a) Kegatalan yang sangat teruk di bahagian muka
b) Jerawat yang banyak tetapi ada juga penghidap yang tidak mengalami masalah jerawat
c) Kerap bersin pada waktu pagi
d) Tidak demam tapi hingus semakin teruk
e) Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk

ADAKAH SUPLEMEN SHAKLEE BOLEH MEMBANTU MASALAH RESDUNG INI?


YA. Shaklee mempunyai suplemen yang boleh membantu menyelesaikan masalah resdung.
Produk yang paling berkesan untuk bebas daripada masalah resdung adalah VIVIX. Seperti yang kita sedia tahu, Vivix adalah suplemen terbaik dalam Shaklee. Vivix sangat membantu untuk masalah kesihatan secara menyeluruh termasuklah masalah resdung.






Untuk makluman, tonik campuran botani semulajadi ini telah dipatenkan. Maksud nya tiada produk lain yang boleh meniru kandungan yang ada dalam sebotol Vivix.

BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE MEMBANTU MASALAH RESDUNG?


VIVIX bertindak melindungi sel kita daripada serangan radikal bebas dan membaik pulih keradangan pada hidung yang menyebabkan resdung.




Vivix diperbuat daripada campuran botani semulajadi yang mengandungi 4 bahan utama iaitu Elderberry, Polygonum Cuspidatum, Lobak Ungu dan Anggur muscadine. Bahan-bahan botani ini sangat kaya dengan kandungan resveratrol dan polyphenol yang tinggi antioksidan untuk melindungi sel.
Membantu menyokong dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh daripada serangan bakteria dan kuman.



Terdapat 4 mekanisme Vivix untuk mengekalkan dan melindungi sel yang sihat daripada serangan bakteria serta mengawal punca penyakit tersebut. Ia terbukti selamat, semulajadi dan paling penting berkesan untuk masalah resdung.

TESTIMONI MASALAH RESDUNG YANG PULIH SEPENUHNYA DENGAN VIVIX







SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 39: NORSHAHIDA MAMAT

[KRISIS PEMULIHAN RESDUNG & JERAWAT SELAMA DUA BULAN YANG AMAT BERBALOI DENGAN PRODUK SHAKLEE]
.

Nama saya Norshahida Mamat dan berusia 23 tahun. Saya berasal daripada Terengganu dan masih lagi bergelar pelajar di sebuah kolej swasta.
.

Sebelum ini, saya menghadapi masalah resdung dan jerawat yang amat dahsyat sehingga mengganggu banyak tumpuan saya  terhadap rutin harian. Setiap pagi, saya pasti akan mengalami masalah bersin yang teruk sehinggakan nak kelas pun saya rasa tak selesa. 
.

Belum lagi bab jerawat yang penuh di wajah sehinggakan saya rasa malu dan seolah rasa rendah diri. Lagi-lagi bila time datang bulan.. bertambah meriah jerawat di wajah saya ni! Masalah resdung ini bukan sahaja membuat bahagian hidung dan seluruh wajah saya menjadi gatal-gatal, malahan ada masanya sehingga tahap saya sakit kepala. Keadaan ini amat mengganggu situasi saya sebagai seorang pelajar kolej.
.

Pada ketika itu, rawatan yang saya mampu dan tahu hanyalah bergantung dengan ubat-ubatan yang dapatkan daripada farmasi. Memang berkesan namun hanyalah sementara. Namun, jika saya stop aje makan ubat terus simptom-simptom tadi datang balik. 
Akhirnya, mimpi ngeri saya mula tiba ke penghujungnya apabila saya bertemu dengan produk Shaklee di Facebook upline saya, Mami Ayu Adyani. 
.

Setelah menceritakan masalah yang saya hadapi serta sessi konsultasi bersama beliau; saya disyorkan untuk mengambil Vivix sebagai permulaan dengan sukatan satu pada waktu pagi dan satu sudu pada waktu malam. Selain itu, saya turut mengambil produk Shaklee yang lain iaitu kolagen, Alfalfa Complex, Vitamin C, Omega Guard dan ESP; dan masih mengamalkannya sampai hari ini.
.

Kesannya pada peringkat awal tidaklah seperti yang semua orang yang mengalami masalah seperti saya harapkan. Saya mengalami krisis pemulihan selama hampir 2 bulan lamanya. Saya kerap mengantuk dan keletihan, semakin kerap bersin dan paling saya tak suka, makin banyak pula jerawat yang keluar. Namun, sebab saya dah aware mengenai hal ini semasa sessi konsultasi, maka saya teruskan pengambilan suplemen Shaklee secara konsisten. 
.

Alhamdulillah.. berkat istiqomah dan sabar mengamalkan suplemen Shaklee seperti yang diajar oleh upline saya, dalam masa lebih kurang 9 bulan .. masalah resdung saya lama-kelamaan kian berkurangan dan beransur pulih. Tiada lagi masalah bersin di waktu pagi dan paling best, jerawat di muka kian berkurangan! Malahan, kalau ada pun cepat kecut.
.

Saranan saya untuk anda semua di luar sana, cubalah produk Shaklee kerana suplemen Shaklee adalah semulajadi, tidak mengandungi bahan kimia merbahaya dan setiap satu produk telah menjalani ujian klinikal. Saya juga syorkan anda buat juga research tentang produk Shaklee yang sesuai dengan anda di samping mendapatkan konsultasi daripada SID yang boleh guide anda sehingga mendapat hasil yang diinginkan. 
.

Juga, jangan lupa untuk sabar dan konsisten amalkan produk Shaklee ini. Sememangnya saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee dan konsultasi yang diberi oleh upline saya. Inilah Shaklee Effect saya!







DOA UNTUK MASALAH RESDUNG





BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN VIVIX?


Untuk mendapatkan Vivix kawasan Port Dickson,  boleh terus hubungi saya di 019-4885969.

Jika anda berada nun jauh di sana, jangan risau saya juga ada menyediakan pos ke seluruh Malaysia.


No comments:

Post a Comment