Pages

Saturday 15 April 2017

KANSER PAYUDARA KINI BUKAN LAGI PEMBUNUH SENYAP DAN CARA MERAWAT KANSER PAYUDARA

Assalammualaikum.


Kanser payudara adalah satu penyakit yang ditakuti oleh kaum wanita. Kanser payudara adalah pembunuh utama wanita kerana hampir separuh yang didiagnosis menghidap kanser payudara pada usia kurang daripada 50 tahun.


Entry kali ini saya ingin kupas mengenai kanser payudara. Kesedaran terhadap kanser payudara haruslah dipertingkatkan agar peratusan penghidap nya dapat dikurangkan. Lebih membimbangkan kerana 80% daripada wanita yang mendapat kanser payudara tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser.

APA ITU KANSER PAYUDARA?






Dari sudut pandangan klinikal,  kanser payudara adalah penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignan) dalam tisu-tisu payudara. Penerangan lebih terperinci mengenai apa itu kanser, boleh baca dalam entry tersebut.


Kanser payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payudara termasuklah lobus yang menghasilkan susu, duktus yang menghantar susu ke puting atau bahagian tisu lemak payudara.

TANDA-TANDA KANSER PAYUDARA


Wanita di luar sana,  anda perlu kenal diri anda dan peka atas apa yang terjadi pada diri anda. Berikut adalah tanda-tanda yang anda boleh kenalpasti :


1. Perubahan rasa pada sekitar payudara atau puting
2. Puting dan payudara kelihatan membengkak atau menebal
3. Perubahan pada tekstur kulit atau pori kulit pada bahagian payudara yang kelihatan terbuka lebih besar
4. Ketulan yang muncul dibahagian bawah lengan. Namun tidak semua adalah tanda awal kanser
5. Perubahan pada saiz payudara
6. Payudara kelihatan mengecut lebih-lebih lagi jika kanser berlaku pada satu bahagian sahaja
7. Perubahan ketara pada simetri payudara
8. Payudara atau sekeliling puting menjadi kemerahan atau membengkak

FAKTOR-FAKTOR YANG MENINGKATKAN RISIKO UNTUK MENDAPAT KANSER PAYUDARA


- Mempunyai ibu atau adik-beradik perempuan yang menghidap kanser payudara
- Akil baligh pada umur muda atau mencapai menopause pada umur 50 tahun
- Risiko kanser payudara  berlaku apabila umur melebihi 40 tahun
- Tidak pernah beranak atau bersalin selepas umur 30 tahun
- Mengambil rawatan gantian hormon
- Pengambilan alkohol secara berlebihan
- Obesiti

BAGAIMANA KANSER PAYUDARA TERBENTUK?


Pembentukkan kanser payudara merupakan satu proses yang kompleks yang melibatkan pelbagai faktor lain seperti genetik, kitaran hormon dan keadaan persekitaran.


Dalam teknologi yang baru kini, pelbagai pencetus pertumbuhan kanser dan onkogen terutama He-2/nev telah dikenalpasti sebagai penyebab kanser payudara yang penting.


Onkogen merupakan gen yang mungkin bertanggungjawab dalam pembentukan sel kanser.
Fungsi gen ini boleh berubah dan sel-sel boleh terpesong daripada proses kawalan pertumbuhan sel yang normal.


Namun,  hanya 5% golongan wanita yang menghidap kanser payudara  mempunyai faktor genetik.

TAHAP KANSER PAYUDARA


Kanser payudara didiagnosis melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat (stage) kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).


Kanser payudara boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu invasif dan tidak invasif.


Kanser tidak invasif - sel-sel kanser hanya tertumpu dikawasan asalnya
Kanser invasif - sel-sel kanser telah merebak ke tisu-tisu di sekitar payudara


Terdapat 4 tahap kanser payudara iaitu :





TAHAP 0


Kanser berada ditempat asal (Carsinoma in situ) dianggap sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri.


Lobul Carsinoma in situ (LCIS) adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal didalam kelenjar payudara.


Ductal Carsinoma in situ (DCIS) adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal didalam duktus payudara.


TAHAP I


Merupakan peringkat awal dimana ukuran melintang kanser kurang daripada 2 cm dan masih belum merebak.


TAHAP II


Kanser payudara tahap ini merujuk kepada ukuran kanser adalah antara 2-5 cm, atau lebih dari 5 cm (> 5cm) tetapi masih belum merebak atau kurang dari 2 cm (< 2cm) tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.









TAHAP III


Tahap III adalah keadaan dimana ukuran melintang kanser telah meningkat kepada 5 cm dan telah merebak ke nodus limfa ketiak, atau telah merebak dengan banyak ke nodus limfa yang terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada


TAHAP IV


Peringkat dimana keadaan kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada

BAGAIMANA VIVIX DAPAT MENGHALANG SUPAYA SEL KANSER PAYUDARA DARI TERUS MEREBAK?






Vivix adalah minuman botani dari 4 bahan utama iaitu Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Lobak Ungu, dan Elderberry.


Bahan-bahan ini mengandungi resveratrol dan polyphenol yang tinggi bagi menentang radikal bebas. 


Vivix mempunya 4 Mekanisma menentang radikal bebas. Vivix juga membaik pulih hingga tahap selular bagi menangani sel kanser dari terus merebak dan menyebabkan kanser teruk.






Manakala resveratrol didalam Vivix berperanan besar dalam memperbaiki semula sel-sel yang rosak hingga ke peringkat DNA sel.


Beberapa bukti kajian ke atas resveratrol


1. Laporan dari Annals of the New York Academy of Sinces 2011, kajian ke atas resveratrol menunjukkan ianya mempunyai kesan anti-kanser.


2. Pada 2008, kajian pada kultur sel, kesan resveratrol menyekat kanser payudara dari terus berkembang di peringkat awal.


3. Hasil kajian diterbitkan dalam Penyelidikan Pencegahan Kanser, kajian itu mendapati bahawa resveratrol membantu menghalang estrogen dari bertindak balas dengan molekul DNA dan membentuk sebatian yang menandakan permulaan pembentukan sel kanser.


4. Tahun 2007, laporan oleh Biologi Kanser & Terapi, resveratrol bertindak menjejaskan semua peringkat karsinogenesis (proses dimana sel-sel normal menjadi sel-sel kanser).


Kajian klinikal Vivix dan kanser telah dijalankan bagi menunjukkan keberkesanan resveratrol dalam mengatasi kanser payudara.






Kajian ini telah diterbitkan dalam research paper yang bertajuk "Resveratrol Induces Growth Inhibition and Apoptosis in Metastatic Breast Cancer Cell Via De Novo Ceramide Signaling" yang diterbitkan hasil kerjasama beberapa orang penyelidik iaitu Scarlatti F, Sala G, Somenzi G, Signorelli P, Sacchi N, dan Ghidoni R.


Kesimpulannya, resveratrol didalam Vivix mampu bertindak sebagai makanan tambahan yang menyokong kepada cancer prevention dan cancer treatment disebabkan oleh 4 keputusan ini :


1. Resveratrol membantu menurunkan proliferation index

2. Resveratrol membantu menurunkan peratus cancer cell viability

3. Resveratrol membantu menurunkan number of cancer colonials

4. Resveratrol membantu meningkatkan apoptosis


TESTIMONI BERKESAN IKHTIAR DENGAN VIVIX SHAKLEE








SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 18: ZAMZAKIDAH ABDUL HAMID

[DOKTOR SAHKAN KETUMBUHAN DI PAYUDARA HILANG SETELAH 3 MINGGU AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE]
.

Assalamualaikum, Saya Zamzakidah Binti Abdul Hamid ingin berkongsi 1 pengalaman yang tak pernah terjangka oleh fikiran saya pada suatu ketika dulu dan sebagai seorang wanita, sesiapa pun tidak inginkan apa yang pernah saya alami.
.

Pada Julai 2014, ya pada tahun 2014,sudah hampir 3 tahun perkara ini berlalu. Tapi tak pernah saya lupakan dalan lipatan sejarah kehidupan saya apabila saya telah menerima ujian hebat dengan mengalami simptom-simptom pengidap BARAH PAYUDARA. Allahuakhbar ,betapa dunia saya terasa gelap seketika waktu itu.
.

Bermula dengan lelehan cecair yang berwarna  merah kehitaman yang keluar dari ‘nipple’ payudara sebelah kanan adalah permulaan saya menyedari masalah yang saya hadapi. Bukan cecair biasa, tapi berdasarkan dari warna dan bau cecair tersebut confirm DARAH.Pada yang tak boleh bayangkan macam mana rupanya,saya lampirkan sekali untuk anda.Tanpa rasa sakit atau ada bonjolan disekitar payudara, tetiba boleh jadi macam ni. Boleh bayangkan tak perasaan saya masa tu. Memang sangat panik.
.

Keesokkan hari, saya terus mendapatkan pemeriksaan di  hospital yang berhampiran untuk mengenalpasti masalah yang saya hadapi walaupun ada perasaan takut jugak sebenarnya. Hasil daripada pemeriksan dan imbasan ULTRASOUND & MAMMOGRAFI yang dijalankan oleh doktor pakar, terdapat 2 ketul ketumbuhan dikesan berada di ‘LOWER & UPPER OUTER  QUADRANT' di sebelah kanan payudara saya. Doktor terus menetapkan 1 lagi tarikh untuk saya menjalankan ujian BIOPSI  untuk mengambil sampel sebahagian tisu untuk  mengenalpasti jenis ketulan tersebut. Dan hasil ujian  itu, ketulan ketumbuhan pada payudara saya adalah SEL BUKAN DARI KUMPULAN KANSER. Alhamdulillah, tetapi doktor tetap mencadangkan kepada saya untuk menjalankan pembedahan untuk membuang 2 ketul ketumbuhan itu supaya ianya tidak menjadi potensi untuk terjadinya kanser payudara.
.

Atas pandangan dan nasihat sahabat merangkap upline saya, VIVIX adalah satu-satunya alternatif dan usaha saya untuk mengurangkan risiko menghadapi sebarang kemungkinan sebelum hari pembedahan. Dan setelah hampir 3 minggu konsisten mengamalkan Vivix, hari yang mendebarkan telah tiba. 21 Ogos 2014,sebelum ke dewan bedah saya di bawa sekali lagi untuk membuat pemeriksaan imbasan Ultrasound.
.

Allahuakhbar !!! Ketumbuhan yang 2 ketul  tu dah tinggal 1..puas doktor mencari mana hilangnya yang seketul lagi.Confirm tak ada!!! Dan yang tinggal 1 sahaja itu pun saiz nya dah kecil dari saiz asal haritu. (tak tau nak react macam mana..tapi nangis jugak la, sebab Allah permudahkan semuanya untuk saya). Jadi, pembedahan tetap di jalankan juga untuk membuang 1 sahaja ketumbuhan yang masih tinggal. Nasib baik la kan, kalau tak mesti kena tebuk 2 tempat. Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan yang tak sampai 1 jam pun operasinya .
.

Inilah Shaklee Story saya untuk tatapan semua. Untuk yang masih ragu-ragu dengan Vivix Si Tonik Ajaib, ini adalah kisah benar saya bersama Vivix. Bagaimana Vivik membantu saya menghadapi saat-saat kemurungan saya untuk seketika. Dan Vivix juga lah yang membuat saya kembali tersenyum gembira. Untuk membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, Vivix adalah pilihan yang terbaik.

Terima Kasih Vivix Terima Kasih Shaklee.









BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN VIVIX?



Untuk mendapatkan Vivix kawasan Port Dickson,  boleh terus hubungi saya di 019-4885969.


Jika anda berada nun jauh di sana, jangan risau saya juga ada menyediakan pos ke seluruh Malaysia.


No comments:

Post a Comment