Pages

Wednesday, 2 November 2016

APA ITU KANSER?

Assalammualaikum. 

APA ITU KANSER?

Kanser adalah pertumbuhan sel yang tidak normal dan tidak dapat dikawal dalam badan. Kanser atau barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan sel dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya sel ini akan bertambah mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran serta bertambah apabila berlaku pemulihan selepas kecederaan. Namun, berlaku sebaliknya apabila sel ini terhasil secara tidak normal dan menyebabkan ketumbuhan tidak normal yang dikenali sebagai tumor.


Tumor boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu barah (malignant) atau bukan barah (benign). Tumor bukan barah biasanya tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Manakala barah pula akan merebak ke bahagian tubuh badan yang lain jika sel-sel barah tidak dirawat. Sel barah yang merebak ke organ lain ini akan menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.



Ketumbuhan yang baru boleh terjadi di bahagian organ lain apabila sel barah merebak di bahagian tersebut. Barah yg merebak ini dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis.

Pertambahan sel yang tidak normal juga dipanggil barah. Namun, ia tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Contoh terdekat ialah penyakit leukimia dimana penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah.




Rujukan : www.myhealth.gov.my

No comments:

Post a Comment