Pages

Sunday, 20 November 2016

RESEPI SIZZLING YEE MEE PALING MUDAH DAN SEDAP

Assalammualaikum.

Selamat berhujung minggu semua. Weekend ni biasa nya mak mak akan masak special sikit untuk keluarga kan. Apa kata mak mak semua masak sizzling yee mee ni..Jangan risau kalau tiada hot plate pun takpe..boleh je guna mangkuk atau pinggan biasa.
Ok jom kita lihat apa bahan-bahan yang diperlukan.








Bahan-bahan :

1 paket yee mee (atau meggie)
Cendawan shiitake - rendam, kemudian potong
2 ulas Bawang besar - potong hiris
3 biji Bawang putih - potong hiris
5-10 biji Cili api
1/2 ekor ayam - potong kecil
10 tangkai Cili kering - rendamkan dulu
Minyak masak untuk menumis
Kicap manis
Sos cili
Sos tiram
Lada sulah
1 ikat Sayur sawi
Telur
Tepung jagung
Air masak secukupnya
Garam
Gula




Ok bahan-bahan ni semua untuk 1 paket yee mee yang ada 5 keping dalam tu. So agak banyak la. 5 orang boleh makan. Saya buat kuah lebih.


Cara membuatnya :

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili kering.
2. Kemudian masukkan ayam. Tunggu sehingga ayam separuh masak.
3. Masukkan sos tiram, kicap manis, sos cili dan air. Biarkan mendidih dan ayam sebati. Masukan cendawan shiitake dan cili api.
4. Letak lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali, masukan bancuhan tepung jagung dengan air. Kacau rata sehingga kuah menjadi pekat.
Cara menyediakan :
1. Sediakan hot plate. Letakkan atas dapur dan hidupkan api.
2. Letakkan sekeping yee mee. Masukkan sayur sawi dan kuah yang telah disediakan tadi. Masukkan ayam dan cendawan sekali.
3. Biarkan mendidih sekejap. Kemudian pecahkan sebiji telur. Tunggu sehingga telur masak.
4. Angkat dari dapur dan letak atas papan hot plate.
5. Sedia untuk dimakan.


Ohh ye..boleh sediakan cili potong sekali ye. Tapi saya malas. Saya letak siap-siap dalam kuah yee mee tadi. Atau pun nak lagi pedas, letak 2 biji cili api dalam yee mee tadi.


Ok tak? Maaf la tak pandai sangat nak olah ayat untuk menyediakan resepi. Harap faham resepi yang saya berikan. Dan selamat membuatnya.

No comments:

Post a Comment