Pages

Thursday, 24 November 2016

6 PUNCA PENYAKIT GOUT MENYERANG

Assalammualaikum.


Sambungan dari entry yang sebelum ni mengenai apa itu gout? Seperti yang kita tahu, penyakit gout adalah disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Badan manusia secara normal nya akan membuang bahan kumuh iaitu asid urik ini melalui air kencing.


Tetapi, bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan disimpan dalam sendi ibu jari. Ia juga boleh berkumpul disendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.


Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur ini yang akan menyebabkan rasa sakit sendi. Ia juga dikenali sebagai masalah bengkak sendi yang bermula dari tapak ibu jari kaki dan merebak ke sendi lain pada kaki dan tangan.




PUNCA-PUNCA PENYAKIT GOUT


Jika ada antara punca-punca penyakit gout dalam diri anda, anda perlu peka supaya penyakit gout dapat dikesan diperingkat awal dan mendapat rawatan yang sepatutnya.


Antara punca-punca penyakit gout termasuk lah :

1. Gaya hidup yang tidak sihat

Pengambilan minuman yang beralkohol secara berlebihan seperti bir dikatakan lebih berisiko mendapat sakit gout


2. Obesiti / kegemukan

Mereka yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal




3. Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat

Penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosclerosis (penyempitan salur darah) boleh juga menyebabkan sakit gout


4. Pembedahan atau sakit tenat

Mereka yang menjalani pembedahan atau sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan. Malah ubat mengawal tekanan darah dan kimoterapi juga dikenalpasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit


5. Genetik

Kajian menunjukkan satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah


6. Tabiat pemakanan yang tidak sihat

Kurangkan mengambil makanan yang tinggi protin seperti kekacang, daging merah, makanan laut, dan daging organik tinggi purin. Pemecahan purin dalam makanan ini akhirnya akan menyebabkan gout. Kajian menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko menghidap gout sebanyak 50 peratus.



Jika terdapat salah salah satu daripada punca di atas, anda perlu mendapatkan rawatan doktor dengan segera. Jangan tangguh dan disamping itu jaga pengambilan makanan anda juga. 


Dalam entry lain saya akan share tanda-tanda gout. 

No comments:

Post a Comment