Assalammualaikum.
Entry kali ni nak share tips pengurusan masa untuk ibu ibu yang bekerja dari rumah (Work-at-home-mom) atau ibu ibu yang bekerjaya dan dalam masa yang sama menguruskan hal rumahtangga dan bisness jugak..Wow!! Hebat kan ibu-ibu ni. Bagaimana la mereka uruskan masa kerja mereka.
Saya juga seorang surirumah sepenuh masa dan dalam masa yang sama buat bisnes pulak. Siapa pun kita bab ilmu pengurusan masa ni sangat penting. Kita pasti berusaha tetapkan masa untuk uruskan hal keluarga dan juga bisnes.
Semua orang ada 24 jam masa yang sama macam orang lain. Jadi ada beberapa tips yang saya rasa perlu ikut dari perkongsian mereka yang bijak menguruskan masa.
TIPS PENGURUSAN MASA
1. Doa
Sebagai orang Islam, pertama sekali kita perlu doa banyak-banyak semoga Allah permudahkan segala urusan harian kita.
2. Hormati masa
Jangan sesekali pandang ringan dengan masa. Jangan leka dengan masa. Biasa kan kita dengar, "cepatnya masa berlalu".
Teringat satu surah iaitu surah Al-Asr (Demi Masa). Jadi uruskan masa sebaiknya.
3. Solat awal waktu
Sebenarnya bila kita solat awal waktu, kerja kerja kita akan berjalan dengan lancar. Jangan tangguhkan waktu solat semata-mata ingin siapkan sesuatu kerja. Keberkatan masa itu penting.
4. To do list
Senaraikan kerja kerja yang ada dan perlu dibuat. Listkan mengikut perkara yang penting dahulu. Nanti kerja akan jadi lebih mudah dan teratur. Takde la ada yang tercicir ke ape nanti.
5. Berpagi-pagian
Kalau kita lihat, nenek atau mak kita mesti sebelum subuh dah bangun kan? Pukul 4 atau 5 mesti akan terjaga. Tak perlu alarm pun. Tapi tanggungjawab mereka sebagai surirumah, mereka bangun untuk melaksanakan kerja. Ayah atau atok kita bangun pagi je, sarapan da tersedia hidang di atas meja.
6. Lakukan perkara yang penting dulu
Bangun pagi tu, selesaikan dahulu kerja kerja rumah seperti mengemas rumah, membasuh dan menyidai pakaian. Nampak macam simple kan tapi kerja-kerja ni kalau tertangguh, lagi akan berganda. Nanti kerja lain tak boleh nak diselesaikan.
Saya rasa cukup untuk tips kali ini. Kalau ada tambahan inshaAllah saya akan share lagi. Semoga kita menjadi surirumah yang bijak dan berjaya. Kalau ada yang stress tu baca entry ni..mungkin membantu anda untuk kurangkan stress.
No comments:
Post a Comment