Pages

Wednesday 1 April 2015

FUNGSI DAN KEPENTINGAN B COMPLEX

Assalammualaikum..

Harini kita bersiaran dari De Palma Ampang nak cerita pasal Vitamin B..(ikut husband g kursus). Biasa korang dengar nama vitamin B ni?? Walaupun keperluan Vitamin B ni tak la terlalu byk berbanding Vitamin² lain. Senang citer vitamin B ni bukan Vitamin favourite la...tapiiiii... jika anda tahu fungsinya, for sure anda akan jatuh cinta punya!

Oleh sbb saya suka semua Vitamin Shaklee, so kat sini saya nak cerita pasal Vitamin B Complex Shaklee. Maksud vitamin B Complex ialah dalam satu vitamin B complex mengandungi semua jenis vitamin B. Dalam vitamin B Complex Shaklee mengandungi 8 jenis vitamin B. Ok jom kita tengok apa ada dlm Vitamin B Complex Shaklee.

Kandungan B-Complex Shaklee :

1. Vitamin B1 - Tiamin

Tiamin diperlukan untuk mengubah karbohidrat menjadi tenaga. Sumber vitamin B1 boleh ditemui dalam beberapa makanan berkarborhidrat tinggi seperti bijirin, roti, dan tepung. Menurut Dr Ronda Greaves dari Melbourne's RMIT School of Medical Sciences, Australia, kekurangan vitamin B sering terjadi kepada anda yang mempunyai pola pemakanan yang buruk. Antara tandanya ialah pergerakan mata yang tidak dapat dikawal dan juga tangan dan kaki yang tidak seimbang. Kebanyakan vitamin B1 adalah mudah larut air dan lebihannya akan dibuang melalui air kencing. Sumber lain Vitamin B1 ialah makanan laut seperti kerang dan ikan dan juga ragi.

2. Vitamin B2 - Riboflavin

Riboflavin adalah vitamin B yang sangat penting untuk mata, kulit dan juga metabolisme tubuh badan kita. Wanita berusia antara 19-70 tahun memerlukan minimum 1.1mg sehari dan lelaki pada usia yg sama memerlukan 1.3mg sehari vitamin B2. Sementara bagi ibu yang menyusukan bayi mereka memerlukan lebih Roboflavin iaitu minimum kira-kira 1.6mg sehari. Roboflavin boleh didapati daripada sumber makanan seperti susu dan produk yg diproses termasuklah ayam, brokoli, cendawan dan juga bayam. Walau bagaimanapun, kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan sensiviti kulit, terutama pada bahagian mulut dan hidung. Selain itu kekurangan Riboflavin juga akan menyebabkan bibir kering, mata merah dan sensitif pada cahaya.

3. Vitamin B3 - Niasin

Seperti Thamin, Niasin diperlukan untuk mengubah karbohidrat dari makanan menjadi tenaga. Fungsi Niasi ialah untuk meningkatkan nafsu makan, juga untuk kesihatan kulit dan membaiki sistem penghadaman tubuh. Bagi wanita mengandung dan menyusu, mereka memerlukan Niasin lebih dari biasa dalam anggaran 17-18mg sehari. Vitamin B3 ni boleh didapati daripada sumber bijirin, beras, kekacang, daging lembu dan cendawan. Kekurangan Niasin dalam tubuh badan boleh menyebabkan kulit kering dan mudah terluka, cirit birit dan juga cepat marah atau stress.

4. Vitamin B5 - Pantothenic Acid

Ha, jangan tak tahu, vitamin B juga penting untuk diet tau, kerana kandungan Vitamin B5 atau Pantothenic Acid dalam B complex berfungsi sebagai pemecah lemak, protien dan karbohidrat lalu menukarnya menjadi tenaga.Vitamin B5 ini digunakan untuk membuat Vitamin D dan beberapa jenis hormon untuk membentuk sel darah merah. Antara sumber untuk mendapatkan vitamin B5 ini ialah pada ikan sardin, ayam, avokado dan tembikai. Kekurangan Pantothrnic Acid boleh menyebabkan kelesuan, masalah tidur, mual dan loya, muntah dan kebas pada anggota badan. Bagus untuk mereka yang sering mengalami tekanan darah rendah dan juga wanita hamil.

5. Vitamin B6 - Piridoksin

Kekurangan Piridoksin boleh menyebabkan luka pada bahagian mulut, hilang deria rasa, dan kekurangan Piridoksin kepada orang dewasa boleh menyebabkan depresi dan anemia. Vitamin B6 ini diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah dan beberapa zat kimia dalam otak selain untuk membantu penyerapan vitamin B12 dan bagus untuk sistem saraf. Sebaliknya, ada kajian dilakukan berkenaan pengambilan berlebihan iaitu 1000mg sehari boleh mengakibatkan kerosakan saraf. Sumber Piridoksin boleh ditemui dari daging lembu muda, kentang, ikan, pisang, tomato, sayuran hijau dan buah berwarna ungu.

6. Vitamin B7 - Biotin

Vitamin Biotin juga sering dikenali sebagai vitamin H. Ia berperanan sebagai pemecah lemak, protien dan juga karbohidrat yang menjadi bahan bakar digunakan oleh tubuh. 25mcg sehari diperlukan oleh wanita dan 30mcg diperlukan oleh lelaki, manakala bagi wanita hamil dan menyusukan pula memerlukn lebih kurang 30-35mcg sehari Biotin. Kekurangan Biotin menyebabkan rambut gugur, masalah mata merah, pucat, lesu dan kulit bersisik. Sumber untuk mendapatkan Biotin ialah melalui telur, kacang tanah, susu, ikan salmon, oat, tiram dan juga pisang. 

7.  Vitamin B9 - Asid Folik

Ramai tahu asid folik sgt diperlukan bagi wanita yang ingin hamil ataupun yg sedang hamil.  Ia bagi mencegah kerosakan saraf tunjang (spina bifida) pada bayi dalam kandungan. Sangat penting untuk ibu mengandung mengambil sekurang²nya 600mcg untuk keperluan harian. Selain itu Asid folik juga berfungsi untuk membantu mengawal perasaan dan nafsu makan dan memberikan kualiti tidur yang lebih nyenyak. Kekurangan folic dalam darah boleh diketahui dengan membuat ujian darah. Jika anda berasa penat, berat badan menurun dan anemia kemungkinan anda kekurangan folic dalam darah. Antara sumber makanan untuk meningkan kadar folik anda ialah susu, sayuran hijau, tembikai susu dan juga hati.

8. Vitamin B12 - Kobalamin

Vitamin B12 sangat penting untuk sistem saraf dan juga otak manusia. Penelitian di Oxford University menunjukkkan bahawa seseorang yang mempunyai kadar vitamin B12 yang lebih rendah berisiko 6 kali lebih tinggi mengalami penyusutan otak. Erkkk..seram mak dengar!! Kekurangan Vitamin B12 menyebabkan kurang ingatan atau pelupa, murung, stress, hilang nafsu makan, hilang keseimbangan dan anemia. Lelaki dan wanita memerlukan 2.4mcg sekurang²nya vitamin B12 setiap hari. Sumber yang boleh ditemui melalui makanan ialah kacang soy, daging lembu, ikan, telur, susu dan rumpai laut. 
So kalau tak nak muda2 dah nyanyuk makanlah B complex yer..
Pengambilan B Complex cukup dengan 2 atau 4 biji sehari untuk anda mendapatkan khasiat B complex sepenuhnya. Jangan khuatir jika terlebih ambil kerana vitamin B ini mudah larut dan lebihan akan dikeluarkan melalui air kencing.

JOM BELI B COMPLEX

Untuk maklumat lanjut anda boleh terus hubungi saya!!

Saya adalah agen Shaklee anda!!

Call/Sms/Whatsapp : Pn. Fara (019-4885969) ID:949695
FB: NUR FARAHA JAMAL

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:

:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsultasi Eksklusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA

COD di sekitar Port Dickson, Pasir Panjang, Lukut, Senawang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment