Ok kita sambung lagi cerita pasal Rumah Ronald McDonald. Pengenalan pasal RMH ni saya da kongsikan di sini ye.
Selain tu, jika pelawat ingin membuat lawatan kepada keluarga pesakit, hendaklah melaporkan diri di pejabat terlebih dahulu. Pelawat hanya dibenarkan berada di ruang makan sahaja dan tidak dibenarkan berada di kawasan bilik penghuni. Waktu melawat pula hanya dibenarkan sehingga jam 7 malam sahaja.
Pastikan juga semua keluarga dan pelawat berada dalam kesihatan yang baik semasa menginap di Rumah Ronald McDonald ni. Penyakit yang berjangkit seperti demam, selsema, demam cecair, demam campak dan lain-lain amat berbahaya kepada kanak-kanak yg menerima rawatan. So, jika ada simptom penyakit macam tadi tu, anda tidak digalakkan untuk berada di RMH.
Ni antara kemudahan yang disediakan di Aras Bawah Rumah Ronald McDonald.
1. Tempat Letak Kereta
Rumah Ronald McDonald menyediakan 5 tempat letak kereta sahaja. Jika tempat letak kereta penuh, boleh park kereta kita di tempat letak kereta berhadapan lobi utama PPUKM. So, kene jalan kaki sikit la.
![]() |
Susur gajah dari Rumah Ronald McDonald ke Wad Kakak di 4A |
2. Surau
Di RMH disediakan juga surau untuk lelaki dan perempuan.
![]() |
Surau perempuan yang lengkap dengan telekung, ruang mengambil wuduk, tandas |
3. Taman permainan
Ada buaian, gelongsor dan jongkang-jongkit disediakan di kawasan taman permainan ni. Selain tu, ada gazebo tau. Sambil anak-anak main tu, parents boleh tunggu di gazebo yg disediakan.
4. Bilik mainan
Bilik yang lengkap dengan penghawa dingin, television, dan mainan yang banyak. Sangat selesa. Bilik mainan ni menghadap taman mainan. Da guna, sila kemaskan semula. Buat macam rumah sendiri. Jangan di biarkan bersepah macam tu je ye.
5. Taman Refleksologi
Hah, nak relax kan kaki pun boleh. Ada taman refleksologi ni. Bagus kan.
6. Dapur
Ni saya paling suka. Dapur luas dan lengkap dengan 3 set dapur memasak untuk kegunaan semua penghuni termasuk staff. Ada peti sejuk, peti beku, microwave, dan locker untuk kita simpan barang kering kita.
Keluarga yang memang duduk lama disini, mereka beli bahan mentah utk di masak di sini. Ada bekas disediakan dan labelkan nama masing-masing.
Yang paling teruja, mereka sediakan barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, nuggets, burger daging ayam dan lembu, teh, milo, kopi, toiletries pun ada untuk kegunaan semua penghuni. Tapi, jangan membazir, gunakan sebaik nya, ingat orang lain juga.
Actually, bukan pihak pengurusan yang sediakan, semua tu adalah sumbangan dari orang luar. Kebanyakkan yg ada kat sini atas sumbangan dari orang luar.
Tanggungjawap membersihkan semua peralatan memasak, dapur, dan meja makan selepas digunakan adalah tangungjawap penghuni.
No comments:
Post a Comment