Terpaksa buat sambung sambung entry sebab banyak sangat nak diceritakan.
1. Ruang makan mini
Bar mini ni disediakan di aras 1 dan 2 berdekatan dengan lif. Boleh guna untuk makan dan minum bersama keluarga.
2. Bilik komputer
Ada 2 buah komputer disediakan di dalam bilik ni. Nak guna boleh ambik kunci di pejabat.
3. Bilik dobi
For sure la kene sediakan dobi. Sebab mereka duduk sini ada yang sampai setahun. Ada 2 buah mesin basuh. Disediakan juga sabun pencuci pakaian dan seterika. Sabun pencuci ni pun atas sumbangan orang. Jadi, sila guna dengan jimat cermat.
Selain tu, semua cadar, selimut, dan sarung bantal yang dah digunakan, hantar ke dobi. Tanggungjawap sendiri ye. Takde tukang kemas bilik bagai. Buat sendiri.
Ok. Kita lihat pula apa yang ada di aras 2.
1. Bilik mesyuarat/perpustakaan
Ada banyak koleksi buku kt dalam perpustakaan ni. Macam biasa lepas baca atau guna sila simpan di tempat asal.
2. Ruang rehat luar.
Ada juga disediakan ruang untuk bersantai di balkoni. Boleh la layan sambil minum petang makan karipap ke kan.
3. Bilik penghuni
Dalam bilik ada 2 katil bersama 3 tilam, 3 biji bantal, 1 meja kopi, 1 meja kecil, 1 sofa, almari, penghawa dingin dan pemanas air di bilik mandi.
Ada disediakan juga penyapu, tong sampah dan pengaut sampah. Kemas bilik sendiri seperti bilik kita di rumah. Buang sampah di aras bawah. Plastik sampah dah disediakan. Jaga kebersihan.
Kelayakan di Rumah Ronald McDonald
1. Keluarga yang layak tinggal di RMH adalah anak-anak berumur 18 tahun ke bawah yang menerima rawatan di hospital ini.
2. Keutamaan adalah kepada keluarga yg datang dari luar Lembah Kelang
3. Kelonggaran akan diberi ikut kes-kes yg dirujuk dan kekosongan bilik di RMH. Ada 19 bilik sahaja tetapi yang berdaftar dengan PPUKM 700 orang pesakit.
4. Keluarga harus mempunyai surat rujukan dari jabatan kebajikan sosial perubatan dari PPUKM
Bayaran Bilik
1. Keluarga yg baru mendaftar perlu membayar deposit RM20.00
2. Bayaran seterusnya adalah sebanyak RM5.00 sehari
3. Bagi bukan warganegara, jumlah deposit yang dikenakan adalah sebanyak RM50
4. Bayaran seterusnya adalah RM20 sehari
Ok. Tu sedikit sebanyak tentang Rumah Ronald McDonald ni. So, korang boleh tahu la kan. Kebanyakan di sini adalah sumbangan dari orang luar.
Boleh la kalau korang nak sumbangkan beras, gula, milo, teh, kopi, biskut, sabun pencuci, plastik sampah, sabun pencuci pinggan atau apa-apa yang sepatutnya kat sini.
![]() |
Pejabat Pengurusan |
www.rmhc.org.my
Rumah Ronald McDonald (RMH-PPUKM)
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur
Tel : 03-91735994
Fax : 03-91730235
No comments:
Post a Comment