Pages

Monday 17 April 2017

PENYAKIT ASMA (ASTHMA) ADALAH PENYAKIT KETURUNAN YANG SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

Assalammualaikum.


Masa kecil-kecil dulu, adik kedua saya kerap kena lelah. Mak saya puas la ubat kan dengan cara traditional. Bagi makan ikan belacak dan burung merpati. Alhamdulillah. Bila semakin meningkat dewasa, adik da jarang kena lelah.


Lelah atau asma atau semput penyakit yang sama. Cuma panggilan sesetengah orang je berlainan.





APA ITU PENYAKIT ASMA?


Penyakit asma atau lelah adalah penyakit immunologi yang menyebabkan seseorang susah bernafas.


Pesakit diserang asma apabila berlaku keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara dan menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Apabila saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan, paru-paru akan kekurangan udara, dan pesakit boleh pengsan.









Pesakit asma biasanya akan mengalami pernafasan wheezing, sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Kanak-kanak adalah antara golongan yang kerap diserang penyakit asma. Biasanya penyakit asma ini tidak boleh diubati. Tetapi, akan sembuh apabila kanak-kanak tersebut meningkat dewasa.


Jika kanak-kanak hanya menghidap penyakit asma sederhana, biasanya serangan ini akan hilang apabila mereka berusia antara 12 hingga 13 tahun.


Manakala 50-60% akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20% lagi akan menghidap asma berterusan dan hanya sebahagian kecil sahaja yang akan sembuh.









Gejala penyakit asma termasuklah sesak nafas, batuk, nafas berbunyi, dan merasa ketat dada. Punca utama penyakit asma masih belum diketahui tetapi kebanyakan kes berpunca dari keturunan dan faktor persekitaran.


FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB PENYAKIT ASMA







1. Agen dalam rumah - kutu, hama, lipas, bulu-bulu binatang peliharaan, karpet berbulu


2. Agen luar rumah - pencemaran udara, jerebu, asap, debunga, habuk industri, bahan-bahan kimia


3. Makanan yang bersifat alergik - kekacang, telur, ikan, susu, makanan laut, bahan pengawet atau perisa makanan


4. Pencetus bukan alergik - senaman fizikal, marah, penyakit kerisauan


5. Lain-lain - jangkitan paru-paru, ubat-ubatan seperti Aspirin, Beta-Blockers, Ibuforen dan banyak lagi


CARA MENGAWAL PENYAKIT ASMA



1. Mengenal pasti faktor penyebab (trigger factors) asma

2. Memastikan kediaman rumah bebas habuk, hama, dan bulu binatang

3. Kerap bersenam untuk meningkatkan fungsi paru-paru dan jantung

4. Tidak merokok dan jauhi perokok


BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE MEMBANTU MASALAH PENYAKIT ASMA


Vivix adalah produk anti-penuaan yang mengandungi campuran botani semulajadi yang terdiri daripada Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry Eropah dan Lobak Ungu. Vivix kaya dengan polifenol dan Resveratrol.


Resveratrol sangat membantu dalam mengurangkan keradangan pada selaput dinding saluran udara dan melancarkan peredaran udara di dalam salur pernafasan pesakit asma. Jika salur pernafasan bebas dari sebarang keradangan, maka serangan asma dapat dikawal dan dielakan.


Vivix adalah suplemen terbaik untuk pesakit asma kerana Vivix banyak memberi manfaat dan kebaikan dengan cara 4 mekanisme. Antara nya ialah melindungi dan membaiki selular DNA, memberi impak positif pada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria iaitu sumber tenaga dari sel serta melambatkan pembentukan protein AGE iaitu melambatkan proses penuaan sel)


TESTIMONI VIVIX UNTUK PESAKIT ASMA DENGAN BERKESAN






Hai Assalamualaikum W.B.T.. Nama saya Azlinda. Saya ingin berkongsi kisah anak saya, Muhammad Haqeem Al-Raziq yang diserang asma ‘silent chest’.


Pada Januari 2016, Haqeem mengalami batuk tak berhenti dan kesukaran bernafas. Apabila dibawa ke wad kecemasan, pihak hospital tidak dapat memberikan rawatan segera kerana tiada simptom asma atau semput. Setelah 3 kali berulang ke hospital dalam hari yang sama, saya nekad membawa Haqeem ke hospital yang lain.


Setibanya di sana, doktor mendapati bacaan oksigen telah berkurang dan mungkin berdepan dengan kerosakan otak sekiranya lewat menerima rawatan. Doktor memberikan rawatan segera kepada Haqeem dan dimasukkan ke wad pagi itu. Keadaan Haqeem tidak begitu memuaskan, oleh itu doktor memutuskan untuk menempatkan Haqeem di Unit Rawatan Rapi bagi tujuan pemantau lanjut.


Doktor mengesahkan Haqeem mengalami “silent chest“. Silent chest merupakan salah satu penyakit asma yang jarang berlaku namun menjadi teruk apabila ianya menyerang seseorang individu. Doktor mengesan dengan menggunakan stestoskop dan mendapati tiada bunyi udara yang memasuki paru-paru.


Antara simptom yang dihadapi Haqeem ialah batuk berterusan, tiada “wheezing” dan kesukaran bernafas. Selain itu kadar pernafasan Haqeem juga agak laju melebihi 60 per minit (boleh dipantau sendiri di rumah). Simptom-simptom ini sebenarnya telah berlaku sekitar tahun 2015 lagi.


Saya kerap kali membawa Haqeem ke klinik dan hospital untuk sekiranya Haqeem diserang penyakit tersebut. Saya juga mengawal pemakanan Haqeem seperti mengelakkan makanan-makanan sejuk dan makanan yang boleh menyebabkan batuk. Haqeem jarang menghidap batuk, tetapi akan menjadi sangat teruk apabila ia menyerangnya. Oleh itu, kawalan yang dapat dibuat hanyalah dengan memberikan bantuan pernafasan dan ubat nebulizer.


Sebelum ini, Haqeem memang makan Set Kesihatan kanak-Kanak yang terdiri dari Vitalea for children, OmegaGuard, Vita-C Chewable dan Mealshake. Setelah melihat banyak kesan perubahan positif terhadap pelanggan dan rakan-rakan yang mengalami masalah pernafasan dan mengambil Vivix sebagai suplemen tambahan, saya nekad untuk memberikan alternatif lain kepada Haqeem dan disitulah bermulanya episod Haqeem dan Vivix.


Saya berniat untuk memberikan Haqeem Vivix setelah berbincang dengan pakar nutrisi dan juga pakar kanak-kanak. Saya membawa bersama rujukan dan informasi Vivix kepada doktor pakar, dan berbincang sama ada boleh atau tidak saya berikan Vivix kepada Haqeem. Setelah doktor pakar kanak-kanak di Hospital Pantai Indah meneliti kandungan Vivix, beliau tidak menegah pengambilan Vivix malahan menggalakkan Haqeem makan makanan yang berkualiti bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.


Saya beri sesudu kecil kepada Haqeem, 3 kali seminggu. Rasanya masam-masam manis tanpa gula tambahan, dan Haqeem memang sukakan rasanya. Antara kegemaran Haqeem ialah OmegaGuard. Kalau tak dihalang, boleh habis sebotol dimakan begitu sahaja. Kata doktor, OmegaGuard ni pun sangat bagus untuk kesihatan paru-paru Haqeem. Apa salahnya saya berhabis duit dengan makanan untuk kesihatan daripada berikan makanan yang bukan-bukan kepada anak-anak saya.


Selepas discaj daripada hospital, doktor memberikan tarikh rawatan susulan untuk menentukan samada Haqeem benar-benar mengalami masalah asma atau tidak. Sekiranya ya, Haqeem mungkin terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan asma sehingga dewasa kelak. Seminggu pertama selepas discaj, Haqeem mula ambil Vivix. Dah tiada lagi bunyi batuk dan kadar pernafasan Haqeem pada lebih kurang 30 per minit. Bacaan oksigen pun cantik je, 99-100% walaupun lepas berlari.
2 minggu selepas discaj, rawatan susulan pertama untuk Haqeem. Doktor kata setakat ini progress Haqeem nampaknya elok. Namun pemantauan masih perlu dibuat 2 minggu seterusnya. Rawatan susulan kedua, doktor senyum lebar tengok Haqeem. Kami diberi rawatan susulan terakhir, sebulan akan datang.


Ahamdulillah Haqeem beri respon yang baik dengan Vivix. Tak ada kesan pemulihan yang teruk pada Haqeem cuma selera makannya semakin bertambah dan pembuangan. Setelah 2 bulan konsisten dengan Vivix dan megadose OmegaGuard, Alhamdulillah saya dah tak gusar nak berjumpa doktor pada rawatan susulan nanti.


Memandangkan Haqeem hanya ambil sekali sekala, sebotol pun tak habis selama 2 bulan Haqeem konsisten minum Vivix. Rawatan susulan ketiga, dan yang terakhir selepas 2 bulan Haqeem discaj, Alhamdulillah doktor sahkan Haqeem bebas dari asma. Bermakna, Haqeem tak perlu bergantung kepada ubat-ubatan dan boleh aktif seperti biasa.


Ibu bapa yang sayangkan anak, jangan susah hati berbelanja untuk kesihatan anak-anak. Anak-anak hanya pinjaman Allah swt, dan kita diamanahkan menjaga mereka sebaik-baiknya. Jangan risau nak berikan suplemn, namun belilah suplemen yang betul untuk mereka.


Alhamdulillah, saya dah tak lagi gusar nak memikirkan keadaan kesihatan Haqeem dan anak-anak yang lain. Kerana saya tahu perlindungan kesihatan yang saya telah berikan ini.


Terima kasih Allah kerana menemukan saya dengan suplemen yang terbaik ini. Terima kasih Shaklee!


Disclaimer : Walaupun vivix terbukti secara saintifik menyihatkan badan, tetapi ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit. Vivix hanya supplemen atau makanan tambahan untuk semua yang memerlukan.


No comments:

Post a Comment