Pages

Monday 17 April 2017

CEGAH SAKIT SENDI DAN KEROSAKAN PADA TULANG RAWAN DENGAN BERKESAN

Assalammualaikum.


Tubuh manusia adalah ciptaan Allah yang sungguh mengagumkan. Ia terdiri daripada 206 batang tulang yang disusun dan disambungkan antara satu sama lain menjadi tulang rangka.


Keunikan reka bentuk tubuh badan ini membolehkan manusia bergerak, berpusing, berputar, membongkok, meregang, melipat, berjalan, dengan bantuan otot-otot. Inilah yang dikatakan sendi yang sihat.




Sendi yang tidak sihat berlaku apabila rasa sakit pada badan yang menghubungkan tulang ke tulang  dan menyebabkan pergerakan dan kehidupan seharian terganggu.


Kita sering mendengar orang tua kita mengadu sakit lutut. Dan selalu kita nampak orang tua kita solat menggunakan kerusi. Katanya, lutut sakit tak boleh nak solat macam biasa. Bila da duduk nak bangun tu memapah mapah, bila berdiri nak duduk pula beradoi adoi. Bila ke klinik doktor kata lutut makcik ni minyak gris da habis. Terpingga-pingga la makcik ni. Sakit tetap sama. Ubat dah makan sebeban. Macam mana lagi nak buat??


Arthritis adalah adalah radang sendi atau sejenis penyakit autoimun dimana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan memberi kesan pada sendi, tisu yang menggelilingi sendi dan tisu perantara lain. 





Lutut adalah organ yang paling kerap mengalami masalah sendi. Ia dipanggil juga sakit di satu sendi. Terdapat beberapa jenis punca sakit di satu sendi antaranya ialah :

  • Chondromalacia patellae atau kerosakan tulang rawan di belakang tempurung lutut
  • Haemarthrosis atau pendarahan ke dalam ruang yang sama kerana patah lutut atau ligamen koyak. Keadaan ini biasanya berlaku pada orang yang mengambil warfarin
  • Asid urik atau gout berlaku disebabkan kesakitan yang berulang-ulang. Haba dan kemerahan kulit disekitar sendi yang radang disebabkan oleh kristal tajam asid urik pembentukan. Ibu jari kaki adalah sendi pertama yang menyerang
  • Pseudogout pula hampir sama dengan gout tetapi kristal ini terbentuk secara mendadak yang diperolehi daripada kalsium disekitar sendi
  • Synovitis trauma adalah radang tisu lapisan sendi dan tendon
  • Penyakit Osgood-Schlatter adalah gejala kesakitan dan bengkak di benjolan bertulang yang terletak di bawah permukaan tempurung lutut
  • Patah
  • Arthritis septik
  • Kanser
  • Jangkitan kuman
  • Hemofilia
  • Nekrosis avascular adalah gejala kerosakan tulang kerana kekurangan bekalan darah

Manakala, Punca sakit sendi di beberapa sendi badan pula adalah :


1. Osteoarthritis (OA) adalah adalah bengkak tisu didalam dan sekitar sendi disebabkan oleh kerosakan pada permukaan tulang perlindung. Kerosakan yang serius pada sendi, obesiti dan faktor umur adalah risiko untuk mendapat penyakit ini








2. Arthritis psoriatik adalah disebakan gejala sakit kekejangan, bengkak dan radang pada sendi yang biasanya dialami oleh seorang daripada lima orang pesakit psoriasis 

3. Rheumatoid Arthritis (RA) 

4. Scleroderma dan Lupus adalah penyakit yang menyerang tisu penghubung

5. Arthritis yang disebabkan jangkitan virus seperti rubella dan hepatitis

Menurut Yayasan Arthritis Malaysia, kebanyakan pesakit Rheumatoid Arthritis dalam usia bekerja dan kesakitan mula ketara apabila pesakit mula mencecah usia persaraan.
Rheumatoid Arthritis turut dialami kira-kira 1% penduduk Malaysia. Terdapat lebih kurang 135,000 penghidap Rheumatoid Arthritis di Malaysia.

Radang sendi melibatkan kerosakan tulang rawan. 

Rawan melindungi sendi membolehkan ia bergerak dengan lancar. Apabila berjalan, tulang rawan akan menyerap tekanan pada sendi. Jika tulang rawan tidak cukup, tulang akan bergesel menyebabkan kesakitan, bengkak (keradangan) dan ketegangan. 


GEJALA RADANG SENDI







1. Sakit sendi
2. Sendi bengkak
3. Keupayaan sendi bergerak semakin berkurang
4. Merah pada kulit disekeliling sendi
5. Ketegangan terutamanya pada waktu pagi
6. Hangat di sekeliling sendi

BAGAIMANA VIVIX BERTINDAK BAGI MEMBANTU PESAKIT SENDI? 


Vivix adalah minuman botani semulajadi yang mengandungi tinggi antioksidan dan Resveratrol. Vivix bertindak sehingga ke peringkat sel DNA.





Salah satu dari bahan yang terkandung dalam Vivix adalah Elderberry. Elderberry telah digunakan secara traditional untuk masalah Arthritis (sakit sendi). 

Bahan kedua yang terdapat dalam Vivix yang dapat membantu penyakit sendi ialah lobak ungu. Lobak ungu mengandungi fitokimia yang bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-radang yang tinggi. 

TESTIMONI PESAKIT SENDI YANG BERPUAS HATI DENGAN VIVIX
















SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 6 : SITI ROZITA OTHMAN

[SAKIT SENDI DAN LUTUT BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE]

Apa perasaan anda bila terseliuh,  kemudian jatuh terduduk dalam bilik air. Pasti rasa terkejut dan takut . Betul tak..?

Begitu lah yang terjadi pada saya . Dua kejadian lain hari. Lain masa tetapi pada bulan yang sama. Bulan lepas kan musim hujan. Jadi kerap ulang alik ke dapur. Yelah kan seharian hujan. anak-anak pula kejap-kejap nak susu..kejap2 masuk bilik air, pastu lapar balik.

Tak senang duduk melayan 3 beradik ni.  Husna pulak baru belajar tak gunakan pampers. Jadi tumpu pada dia lebih. Huzaifah pula ada permainan baru. Suka buka tutup peti ais. Habis berkecah dia main air. Apa lagi.. tengah terkedek-kedek Kak Ita jalan ke dapur, terpelecok lah, tak perasan ada air. Nasib baik tak jatuh gedebuk. Selawat banyak-banyak. Nak marahkan Huzai dia apa tau kan. 

Terkejut sebab kaki terpelecot. Cepat-cepat saya sapu krim Herbal Blend. Risaunya hati hanya Allah sahaja yang tahu. Kejap-kejap tengok kaki ada kesan bengkak atau biru. Alhamdulillah tak ada apa-apa. Cepat-cepat saya ambil Vivix dan terus bancuh dengan kolagen. Alhamdulillah. Bangun pagi esoknya tak ada bengkak dan sakit kaki.

Selang beberapa hari saya jatuh terduduk pulak dalam bilik air. Licin sebab air dari basuhan mesin basuh. Entah macam mana fikiran melayang masa tu. Agaknya lupa nak baca doa masuk tandas pun iyer juga.

Dipendekkan cerita, pinggang dan perut saya sakit akibat kesan terjatuh tu, saya sapu minyak panas di bahagian yang sakit dan minum Vivix campur kolagen. Setiap hari saya minum 2 kali . Pagi dan malam. Dan sebelum tidur, saya makan Ostematrix 5 biji setiap hari. 

Alhamdulillah sakit pinggang dah hilang, tiada apa-apa yang saya takutkan terjadi. Tetapi haid saya pula keluar terlampau banyak. Bila ke klinik doktor kata takde apa-apa , mungkin sebab hormon. Dalam masa sama saya pergi berurut . Mak bidan kata peranakkan saya turun sikit,  Lagipun memang setiap 3 bulan saya akan berurut badan di kampung. Alhamdulillah semua nya baik-baik dan tiada apa yang perlu saya risaukan. 

Dalam masa yang sama tekanan darah tinggi saya pun stabil. Maklumlah bila dah masuk umur 40-an ni semua nak kena jaga. Lebih-lebih lagi bab kesihatan ni. Mungkin ramai tak tahu bahawa kolagen Shaklee sangat bagus untuk sendi juga. Bukan hanya untuk cantik semata mata tau. 

Bagi mereka yang mempunyai masalah sakit lutut atau sendi boleh cuba amal minum kolagen Shaklee dan Ostematrix,  rasakan perbezaannya.

Mengapa dan bagaimana Kolagen Shaklee untuk sendi?

Kolagen Shaklee mempunyai unsur ekstrak kerangan laut yang mana ia mengandungi glucosamine yg bantu membuat bendalir sebagai pelincir sendi.

Manakala Vivix pula membantu memperbaiki sel-sel badan kita. Memang terbaik lah setiap suplemen Shaklee . Pelbagai jenis dan setiap satunya mempunyai khasiatnya tersendiri.  

Kita usaha untuk ke arah yang lebih sihat. Shaklee sahaja satu-satunya supplement brand yang terbukti berkesan melalui Landmark Study.





No comments:

Post a Comment