Pages

Wednesday 26 April 2017

BELL PALSY ADALAH PENYAKIT KEROSAKAN SARAF DAN KELUMPUHAN MUKA YANG BERSIFAT SEMENTARA DAN RAWATAN ALTERNATIF YANG BERKESAN

Assalammualaikum.


Pernah tak lihat orang yang muka nya senget, mulut dan mata juga senget. Itu sebenarnya penyakit yang dinamakan Bell's Palsy. Entry kali ni saya nak kongsikan tentang penyakit yang ada kaitan dengan kerosakan saraf.


APA ITU BELL'S PALSY?




Perkataan penyakit Bell's Palsy ini dinamakan sempena nama ahli anatomi dari Scotland yang bernama Charles Bell. Beliau orang yang pertama menemui penyakit ini.


Bell's Palsy adalah penyakit lumpuh saraf dibahagian muka. Ini disebabkan oleh seseorang itu tidak mampu mengawal otot muka pada sisi yang terkena serangan penyakit ini. Penyakit ini selalunya bersifat sementara.


Ada beberapa keadaan yang menyebabkan kelumpuhan pada bahagian muka berlaku seperti barah otak, strok, dan penyakit Lyme atau serangan herpes. 


Penyakit ini menyerang dua diantara 10,000 orang. Bell's Palsy melibatkan kerosakan dalam saraf muka (VII) ke-7.


GEJALA PENYAKIT BELL'S PALSY






Penyakit Bell's Palsy ini menyerang seseorang itu secara tiba-tiba tanpa sedar. Bermula daripada biasa-biasa sehingga menjadikan ia semakin teruk. Antara gejala-gejala yang dikenalpasti adalah :

  • Perubahan dan luahan muka contohnya muka senget atau herot atau jatuh sebelah
  • Kesukaran ketika makan dan minum 
  • Air liur meleleh kerana tidak dapat mengawal otot muka
  • Kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
  • Mata atau mulut yang kering
  • Rasa tegang di muka atau rasa ditarik ke bahagian sebelah lagi
  • Kelumpuhan muka pada satu bahagian akan menyukarkan untuk menutup satu mata 
  • Sakit kepala
  • Kehilangan deria rasa
  • Rasa sakit dihadapan atau belakang telinga
  • Tidak peka pada bunyi dibahagian yang terkena penyakit 
  • Gerenyetan di muka
  • Rasa lemah di muka
  • Senyuman atau gerakan bibir terganggu
  • Lidah mengeras
  • Kening seakan terangkat dan berkerut
  • Hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas

RAWATAN PENYAKIT BELL'S PALSY 


Kebanyakan kes Bell's Palsy tiada rawatan diperlukan. Selain itu, rawatan diperlukan bertujuan untuk mengurangkan gejala penyakit.


Hampir 50% pesakit boleh pulih semula dalam masa dua hingga tiga minggu dan paling cepat 10 hari tanpa sebarang rawatan khusus. 


Sementara itu, 35 hingga 40 peratus mengambil masa lebih kurang setahun untuk pulih dan hanya 5% yang tidak boleh pulih sepenuhnya. Wajah mereka akan kekal sebagai pesakit Bell's Palsy.


Ubat kortikosteroid atau antiviral diberikan dalam dos yang tinggi bagi mengurangkan keradangan, bengkak dan tekanan pada saraf muka. Ubat ini lebih berkesan apabila diambil dalam masa 24 jam selepas gejala bermula. Walau bagaimana pun, tiada kajian yang menunjukkan ubat antiviral ini membantu mempercepatkan proses pemulihan daripada serangan Bell's Palsy.


RAWATAN ALTERNATIF BERKESAN MERAWAT MASALAH BELL'S PALSY 



Kita sedia maklum yang Bell's Palsy adalah masalah yang berkaitan dengan kerosakan saraf di bahagian muka. Jadi, VIVIX adalah suplemen terbaik untuk pesakit Bell's Palsy. 

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU PESAKIT BELL'S PALSY DENGAN BERKESAN 


Ramuan semulajadi yang terkandung dalam Vivix Shaklee membantu melindungi dan membaikpulih sellular DNA. 


Empat ramuan semulajadi Vivix adalah :

1. Anggur Muscadine
2. Lobak Ungu
3. Elderberry
4. Polygonum Cuspidatum


Didalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan ia memberi impak kepada empat mekanisme utama penuaan pada tahap sellular iaitu :


1. Melindungi dan membaiki sellular DNA sel
2. Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
3. Menggalakkan biogenesis iaitu pembentukkan baru mitochondria
4. Melambatkan pembentukkan protin AGE (Advanced Glycation End Products). 


Sel tubuh pesakit Bell's Palsy diserang oleh serangan yang merosakan DNA. Serangan ini yang mengganggu fungsi sel muka. Ramuan Vivix berfungsi melindungi dan memperbaiki sellular DNA. 


Dalam ramuan semulajadi Vivix mengandungi kandungan Polifenol yang kuat gabungan daripada resveratrol yang terdapat dalam anggur muscadine. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Anggur Muscadines kaya dengan "polyphenols" terutamanya flavonoids. Flavanoids mengandungi "proanthocyanidins" dan "anthocyanin" dan "phytoalexins" yang berfungsi sebagai antioksida yang kuat dan meningkatkan sistem imun pesakit Bell's Palsy. 


Anggur Muscadine mengandungi 40x lebih tinggi antioksida dan mempunyai kandungan quercetin (komponen flavonoid) yang terlampau tinggi berbanding anggur merah lain. University of Maryland Medical Centre mendapati Quercetin dapat mengurangkan simptom keradangan pesakit Bell's Palsy.


Lobak ungu juga mengandungi anthocyanins iaitu antioksidan yang sangat mustajab dan juga anti radang yang sangat berkuasa untuk pesakit Bell's Palsy. 


Vivix merupakan pilihan terbaik untuk pesakit Bell's Palsy yang disebabkan oleh kerosakan saraf di bahagian muka. 

TESTIMONI PESAKIT BELL'S PALSY YANG BERJAYA SEMBUH DENGAN VIVIX SHAKLEE










No comments:

Post a Comment