Pages

Wednesday 20 May 2015

Kepentingan Iodin untuk Ibu Hamil

Assalammuaikum..
Wanita hamil amat perlukan nutrien yang cukup agar diri dan bayi dalam kandungan sihat. Sebab tu masa pregnant anak yang ketiga ni disiplin makan vitamin dan suplemen. Kekurangan sesetengah nutrien yang penting boleh menyebabkan kandungan bermasalah. Antara yang perlu diambil berat ialah tentang pengambilan iodin. Hah nanti saya share ape suplemen yang saya ambil ye..
Iodin merupakan nutrien penting bagi manusia untuk merangsang proses tumbesaran, perkembangan saraf dan pembentukan sel otak bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Menurut Prof. Eastman, iodin penting untuk wanita hamil bagi mengelakkan bayi dalam kandungan mengalami maslalah. Perunding Perubatan Endokrinologi dari Universiti Sydney ni kata lagi iodin perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal especially bayi dalam kandungan. Hah ni prof tu yang kata tau! Dan keperluan ni berlanjutan hingga kanak-kanak ni berusia dua hingga tiga tahun.
Tambah katanya lagi, wanita hamil dan bayi memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Hormon ini lah yg akan menyokong pertumbuhan kanak-kanak pada tahap yg normal. Selain itu, hormon tiroid ini membantu mengekalkan tahap metabolisme badan.
Untuk pengetahuan, iodin tidak disimpan dalam tubuh dan perlu diambil setiap hari. Makanan yg mengandungi iodin termasuklah makanan laut, susu dan produk tenusu. Bagi wanita hamil yang "vegetarian", pengambilan susu yg secukupnya penting bagi memastikan kuantiti iodin yg mereka ambil dapat menampung keperluan harian.
Kekurangan Iodin bagi Wanita Hamil boleh mengakibatkan :
• Gangguan terhadap perkembangan otak bayi dalam kandungan termasuklah terencat akal, pembesaran terbantut, pekak, bisu dan lemah anggota badan
• Keguguran
• Kematian bayi dalam kandungan
• Mati semasa dilahirkan
• Kelahiran anak yang juga kurang iodin
Kuantiti iodin yang diperlukan untuk orang dewasa ialah sebanyak 150mikrogram setiap hari. Majlis Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Negara dan Kementerian Kesihatan New Zealand menyarankan agar wanita hamil mengambil sebanyak 220mikrogram iodin setiap hari. Manakala wanita yang menyusukan bayi, dicadangkan agar mengambil sebanyak 270mikrogram setiap hari.

Set Ibu Hamil Cergas yang mengandungi nutrien yg cukup utk ibu hamil


Bulan Mei ada promosi untuk Set Healthy Prenatal diskaun sebanyak 5% dan Percuma sebotol Vita-Lea Iron Formula

Iodine (as potassium iodine and sea kelp) dalam Vita-Lea Iron Formula 75mcg





No comments:

Post a Comment