Assalamualaikum..
Masa zaman bekerja dulu selalu berkata pada kawan sekerja, best kan surirumah 24 jam duduk rumah. Boleh kemas rumah cantik-cantik, masak yang best-best, banyak masa untuk anak-anak..
Tapi sejak 3 tahun saya bergelar surirumah sepenuh masa, baru saya tahu!! Penat jugak jadi surirumah ni. Tapi yang paling seronok kita dapat lihat anak-anak membesar depan mata.
Ok la meh nak share cara saya mengemas rumah. Takde la kata surirumah ni rumah sentiasa kemas dan berkilat, lauk pun hari-hari menu spesel..No no no..Kadang datang angin kus kus pemalas tu, rumah macam tongkang pecah jugak.
1. Waktu
Sebenarnya tiada waktu yg spesifik untuk mengemas rumah. Macam saya kalau rumah perlu dimop, saya akan mula mengemas rumah lepas subuh. Masa ni anak-anak masih tidur. Jadi mudah untuk saya menyapu sampah dan mengemop keseluruhan rumah..Aktiviti mop saya lakukan 2 atau 3 kali seminggu. Ikut tahap kekotoran. Tapi menyapu sampah perlu dilakukan hari-hari atau selang sehari. Almaklum la askar 2 orang kat rumah ni tak boleh percaya sangat. Time angin diaorg nk buat sepah, memang kene la extra keje.
2. Proses membasuh, menyidai dan melipat pakaian
Sambil mengemas rumah, dalam masa yg sama kita boleh membasuh baju..Sekarang da zaman moden, saya yakin kebanyakan rumah menggunakan mesin basuh auto. Jadi tiada masalah timbul kat situ. Kalau boleh mesin basuh letak berhampiran tempat menyidai pakaian. Bila selesai satu trip membasuh terus sidai pakaian tu. Saya suka bab membasuh dan menyidai ni.
Tapi bila bab melipat ni yg lemah skit. Nak tak nak kene gak buatkan. Kalau saya tak mengemop rumah, lepas subuh saya akan terus melipat pakaian. Ataupun masa menontot tv saya akan bawak bakul baju depan tv. Melipat sambil menonton pun boleh jugak..
3. Membasuh bilik air
Tips paling senang nak basuh bilik air ialah masa kita nak mandi. Sebelum mandi tu sental bilik air dulu. Lepas tu terus mandi. Bab menyental bilik air ni saya suka guna Basic H Shaklee. Berkilat wooo bilik air. Mozek dinding bilik air pun sama berkilat. Tempat duduk jamban duduk pun saya cuci guna Basic H. Memang puas hati. Jangan lupa pintu bilik air pun bersihkan skali. Tukar air dalam kolam/tong air dan cuci kolam/tong air hari-hari.
4. Buang/bersihkan sawang di siling atau dinding
Tips paling mudah, sambil menyapu sampah tu buang/bersihkan sawang di siling atau dinding rumah. So masa menyapu tu jangan fokus kat bawah jek..Dongak skit tengok kat atas siling..Nanti bermaharajalela pulak sawang tu..
5. Tukar cadar katil dan sarung bantal
Tukar cadar dan sarung bantal setiap minggu. Walaupun tak kotor pada mata kasar tapi habuk/hama yg melekat kita tak dapat lihat. Jadi nak lebih selamat tukar la setiap minggu.
6. Cara simpan mainan anak-anak
Saya rasa mainan anak-anak ni la yg paling leceh skali nak simpan. Bukan pe, nak simpan tu kene tunggu anak-anak tidur dulu. Kalau tidak, mau berperang mak dengan anak nanti. Masa raya hari tu, saya nyorokan semua mainan anak-anak dalam bilik. Jadi bila tetamu datang takde la masa tu jugak anak-anak nak keluarkan dan tunjuk mainan diaorg.
Saya juga beli 'drawer' 5 tingkat untuk simpan semua mainan dalam tu. Senang nak kemas dan simpan.
7. Tips memilih penyapu dan mop
Ni pun mempengaruhi jugak bila kita nak mengemas rumah. Saya lebih suka guna penyapu jerami. Penyapu ni lebih lebar dan ringan. Senang nak sapu dan cepat. Kenapa tak guna vakum?? Sebab saya lebih suka guna penyapu..hehehe.. Mop pula kalau boleh beli yg bulu tebal dan lebat. Jenis yang warna putih. Asingkan mop untuk ruang tamu dan dapur. Sebab dapur ni lantai nya berminyak skit berbanding ruang tamu.
8. Tikar dan permaidani
Anak sulung saya memang alah pada habuk. Jadi rumah saya memang tak guna permaidani. Kami hanya guna tikar Evamatik yang masa dulu harga nya mencecah RM50 sehelai. Sekarang ni dah bersepah jual di pasar malam dengan harga RM10 tapi kualiti agak nipis. Tikar ni senang nak uruskan bila ada anak kecil macam saya. Kalau air tumpah atau kotor senang nak lap dan mop.
Satu keistimewaan surirumah ni pada saya ialah kita boleh buat kerja rumah pada bila-bila masa. Tak kira subuh pagi, tengahari, petang, malam atau tengah malam kita boleh kemas rumah..
Diharap tips-tips mengemas rumah saya ni dapat membantu anda lebih bersemangat dan rajin melakukan kerja-kerja rumah. Jangan tunggu hujung minggu ye baru nak kemas.
Rumah kemas baru sedap nak lepak-lepak dengan keluarga..
Tikar Evamatik yang saya guna pengganti permaidani
'Drawer' 5 tingkat untuk simpan mainan anak-anak
Melipat sambil menontot tv
Umpan anak-anak main ni daripada buat sepah mainan diaorg
No comments:
Post a Comment