Assalamualaikum..
Ramai juga ye yang ambil suplemen Shaklee separuh jalan. Baru makan 10 biji dah let go suplemen tu kat orang. Macam-macam alasan yang diberikan.
Jika ambil GLA COMPLEX dan ALFALFA COMPLEX dan dah disahkan mengandung, kita perlu berhenti makan suplemen ni. Ini kerana kedua suplemen ni tidak sesuai untuk ibu yang hamil.
Tapi jika alasan kata makan suplemen tiada kesan memang tidak boleh diterima. Bagaimana nak nampak kesan jika baru ambil suplemen 10 biji..
Atau baru habis sebotol suplemen tapi masih tiada kesan. Mesti ada silap sana sini yang menyebabkan badan tidak menampakan kesan apa-apa.
Jom kita lihat antara beberapa faktor yang menyebabkan makan suplemen Shaklee tiada kesan.
1. Kurang minum air masak.
Kita digalakkan minum air masak / putih 3 liter sehari. Bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Air putih penting untuk pastikan detok dalam badan berjalan lancar supaya toksin dapat dikeluarkan daripada badan.
2. Makan Vitamin secara banyak pada satu masa.
Tujuannya takut terlepas makan vitamin yang lain. Ini boleh meningkatkan kepekatan darah pada masa tertentu, lebih-lebih lagi sebelum tidur. Sedangkan pada masa yang sama anda kurang ambil air putih bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil. Bila membeli vitamin dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai daripada Perunding Kesihatan.
3. Vitamin yang tidak boleh diambil serentak:
√ Vita-Lea dan Alfafa tidak boleh diambil serentak dengan Vitamin E, GLA, Ostematrix ataupun dairy produk yang lain.
√ Vita-Lea tidak boleh diambil serentak dengan air susu. Ia boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan zat besi yang terkandung dalam Vita-Lea.
√ Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa kerana Alfalfa boleh menyebabkan gangguan penyerapan Vitamin E.
√ Alfalfa dan Vitamin E tidak disarankan untuk ibu mengandung, kerana boleh menyebabkan risiko keguguran di awal kehamilan.
√ Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan GLA Complex kerana ia boleh ganggu penyerapan nutrisi kedua-duanya.
√ Zink perlu diambil sebelum waktu makan. Ini kerana dalam proses pencernaan yang normal, zink akan dimusnahkan, dikeluarkan dan mengikat dirinya dengan bahan lain. Pengambilan Zink selepas makan (terutamanya roti dan susu) akan menurunkan potensi zink sehingga 1mg untuk setiap 15mg zinc yang anda telan.
4. Pengambilan Kafein.
Pengambilan minuman berkafein boleh ganggu penyerapan nutrisi vitamin yang diambil. Bila mengambil dengan kuantiti yang banyak dan berterusan boleh menyebabkan pembaziran pada khasiat vitamin yang diambil dan kerosakan pada vitamin.
5. Pengambilan Vitamin bersama ubat.
Bagi anda yang masih dalam pengawasan doktor dan bercadang mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan mengambil kedua-duanya secara serentak. Kerana ia boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh dan boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya. Sekiranya anda mengambil vitamin dan ubat, jarakkan pengambilan ubat atau vitamin 2 @ 3 jam.
6. Tidak konsisten dalam pengambilan Vitamin.
Ni kalau rasa nak, makan, kalau malas tak nak makan. Ada juga yang berhenti separuh jalan bila lihat tiada kesannya. Harus faham, kesan suplemen ke atas tubuh kita adalah perlahan-lahan. Ramai orang yang tidak penah mengambil suplemen sebelum ini akan mengalami Healing Crisis selepas mengambil Suplemen Shaklee semulajadi. Jangan risau ia adalah positif kerana badan kita dalam proses pemulihan. Berikan masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk benar-benar merasai keberkesanannya. Ikuti peraturan dalam pengambilan suplemen dan minum air 3 Liter sehari.
Ok saya harap anda semua jelas kenapa suplemen yang anda ambil tidak memberi kesan jika langgar pantang salah satu diatas.
Untuk maklumat lanjut anda boleh terus hubungi saya!!
Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/Sms/Whatsapp : Pn. Fara (019-4885969) ID:949695
FB: NUR FARAHA JAMAL
Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsultasi Eksklusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA
COD di sekitar Port Dickson, Pasir Panjang, Lukut, Senawang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
No comments:
Post a Comment