Pages

Saturday, 5 July 2014

Apa itu Osteoporosis dan Bagaimana Ostematrix Shaklee membantu??

Osteoporosis bahasa mudahnya ialah tulang menjadi rapuh. Penyakit Osteoporosis terjadi ketika tubuh kehilangan tulang lebih cepat dibandingkan dengan pembentukan tulang baru.
Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang  dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yg berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.
Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yg menjadikannya kuat.
Manakala tulang yg mempunyai masalah Osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan oleh kecederaan ringan yg biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah.
Keretakan boleh terjadi samada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang.
Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yg biasa mengalami retak tulang yg turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.
Wanita berusia 40-an dan 50-an terutamanya lebih cenderung mendapat penyakit osteoporosis kerana pada usia ini wanita mengalami menopause yang secara dramatis meningkatkan kecepatan tulang mereput. 

Terdapat 2 jenis Klasifikasi Osteoporosis iaitu Primer dan Sekunder.

1. Osteoporosis Primer

Antara sebab-sebabnya ialah :
√ selepas menopos atau putus haid - kurangnya estrogen sebabkan "bone mass density (BMD) rendah
√ berkaitan dengan umur - umur yg semakin meningkat, semakin tinggi risiko dapat Penyakit Osteoporosis
√ tidak diketahui - jarang berlaku

2. Osteoporosis Sekunder 

Antara penyebabnya ialah :
√ penyakit endocrine seperti Cushing's Syndrome, hypogonadism, thyrotoxicosis dan hyperparathyroidism
√ ubat-ubatan seperti Glucocorticoids atau steroids (5mg  sehari untuk lebih dari 3 bulan), Heparin yg digunakan untuk waktu lama dan ubat sawan seperti Phenytoin.
√ penyakit-penyakit kronik seperti kerosakan ginjal dan buah pinggang, penyakit hati seperti  liver cirrhosis, penyakit malabsorption iaitu selepas pembedahan buang perut dan penyakit sendi kronik seperti Rheumatoid Arthritis.
√ lain-lain seperti nutritional iaitu kurang pengambilan zat kalsium dan juga penyakit barah.

Faktor-faktor di bawah boleh menyumbang kepada penyakit Osteoporosis iaitu :

1. Faktor-faktor yang tidak boleh diubah :
√ umur yg meningkat
√ kumpulan etnik - orang berketurunan Cina dan  "Orang Putih"
√ Menopos sebelum masanya iaitu umur kurang dari 45 tahun termasuk menopos disebabkan pembedahan rahim dan ovari.
√ saiz badan yg sediakala kecil
√ keturunan - sejarah ahli keluarga seperti ibu, ayah dan adik-beradik yg pernah mengalami osteoporosis

2. Faktor-faktor yang boleh diubah :
√ pengambilan kalsium dan Vitamin D yang rendah - masyarakat di Malaysia kurang minum susu
√ merokok berlebihan
√ mengambil minuman beralkohol
√ mengambil kafein berlebihan
√ BMI yang rendah iaitu kurang dari 19 kg/m2 {BMI = berat (kg) / tinggi (m) × tinggi (m)}
√ kekurangan hormon estrogen
√ makanan yg terlalu asid - darah perlu pada ph neutral, maka hormon parathyroid akan rangsang esteoclast ambil kalsium dari tulang

Rawatan bagi Osteoporosis Primer

1. Rawatan hormon untuk tingkatkab BMD
√ Progestin dan estrogen untuk wanita yang masih ada rahim
√ Ostrogen untuk wanita yang tiada rahim
** kaedah ini hanya untuk merawat dan mengelakan osteoporosis dalam wanita yang sudah menopos

2. Biphosphonates
√ Tablet allendronate 10mg segari selama 3 tahun
√ Suntikan hormon parathyroid (FORTEO) - agak mahal, RM1800 sebulan selama 18 bulan

Rawatan bagi Osteoporosis Sekunder

1. Yang disebabkan oleh ubat seperti steroids yg digunakan oleh pesakit asma, 
dicadangkan mengambil steroid secara sedutan daripada pil di samping mengubah cara hidup dengan mengamalkan senaman

Begitu juga bg mereka yg mengambil ubat sawan, lebihkan aktiviti, elakan jatuh dan ambil kalsium dan Vitamin D mencukupi

2. Bagi pesakit ginjal/buah pinggang, perlu rawat komplikasi yang timbul dan kalau perlu jalani dialysis

3. Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sehari, dos telah diberikan di atas untuk mengekalkan BMD dan mengelakan tulang patah

4. Calcitonin melalui sedutan

5. Amalkan senaman "weight bearing" seperti brisk walking (jalan cepat) sekurang-sekurangnya 3-4 kali seminggu bersama keluarga

Kesimpulannya, bagi wanita yang belum menopos dan tiada tanda faktor-faktor risiko, kesedaran tentang penyakit perlu ada dalam diri dan eloklah diambil langkah-langkah pencegahan terutamanya minum susu secukupnya. 

Sementara itu, wanita yang ada faktor-faktor risiko, tumpukan usaha untuk merawat penyakit-penyakit berkaitan seperti dalam osteoporosis sekunder sebaik-baiknya.

Bagi wanita menopos pula, jangan tangguhkan untuk membuat ujian BMD di hospital berdekatan, jaga kesihatan, amalkan senaman "weight bearing", mencegah diri dari jatuh dan tercedera serta jumpa doktor pakar untuk penilaian samada perlu ambil hormon atau tidak.

Kesimpulannya, bagi wanita yang sedang mengalami osteoporosis dan mengalami patah tulang serta kesakitan yang teruk, dinasihatkan agar jangan berputus asa, teruskan rawatan dan bertawakal pada Allah..

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

A. Pengambilan Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi
- rakyat Malaysia dikatakan mengambil
hanya 300-500 mg susu sehari sedangkan,
√ Bagi wanita yg berumur 19-49 tahun - 800 mg sehari diperlukan
√ Bagi wanita yg berumur lebih dari 50 tahun - 1000 mg sehari diperlukan

Antara makanan yang mengandungi Kalsium termasuk : 

1. Yogurt biasa 2% = 1 cawan - 415 mg
2. Susu tinggi kalsium 1 cawan - 500 mg, susu biasa cuma 300 mg
3. Susu skim 1 cawan - 300 mg
4. Keju 1 cawan - 217 mg
5. Kacang soya 1/2 cawan - 88 mg
6. Brokoli 1/2 cawan - 89 mg
7. Buah oren - 52 mg
8. Ikan salmon 3-4 oz - 225 mg

Dicadangkan agar disamping minum susu, diambil juga tambahan pil kalsium karbonat atau kalsium sitrat

Vitamin D pula, kalau kita terdedah pada matahari selama lebih dari 15 minit sehari, maka sudah mencukupi untuk badan seseorang. 

Bagi wanita yg berumur dan terlantar di katil atau yang kurang melakukan aktiviti di luar, maka diperlukan 800 IU sehari di mana boleh didapati dalam pil multivitamin atau kalsium. 
Vitamin D juga boleh didapati dalam telur, daging, ikan salmon dan sardin.

Pengambilan kalsium dan Vitamin D yg mencukupi boleh diperolehi daripada supplement iaitu OSTEMATRIX iaitu keluaran Shaklee.

Kenapa OSTEMATRIX SHAKLEE???

Ostematrix Shaklee mengandungi mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati yg terdiri daripada KALSIUM, MAGNESIUM, FOSFORUS, VITAMIN D, BORON, MANGAN, TEMBAGA
DAN ZINC **akan tetapi ramai yg beranggapan   supplement kalsium semua adalah SAMA.

Perlu diketahui bahawa kebanyakkan pil kalsium yg berada di pasaran terdiri daripada pelbagai jenis kalsium antaranya kalsium karbonat, kalsium lactate, kalsium citrat, kalsium gluconate dan sebagainya. 
Tetapi, kalsium sahaja tak mencukupi kerana ia memerlukan Vitamin D untuk penyerapan.

Siapa yang Memerlukan Ostematrix?

√ mereke yang mengalami masalah Osteoporosis
√ orang dewasa yg ingin menjaga tulang dan gigi supaya sihat dan kuat
√ ibu hamil - kerana janin didalam kandungan ibu akan menyerap kalsium dr ibu, juga menggelakan kekejangan, masalah sakit pinggang/tulang belakang
√ ibu yg menyusukan anak - membantu memberi kalsium yg cukup dalam tubuh ibu
√ mereka yg mengalami masalah sembelit - ostematrix membantu melancarkan pembuangan ini kerana ia mengandungi gabungan kalsium yg sangat diperlukan oleh tubuh manusia
√ masalah sukar tidur
√ mereka yg kerap letih/lesu/murung dan masalah bila bangun pagi - memberikan kesegaran apabila bangun pagi bila mengambil Ostematrix pada malam nya.

FUNGSI VITAMIN D

Dinamakan Vitamin D pada 1916 apabila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. 
Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu yg melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen Vitamin D

FUNGSI MAGNESIUM

Ini adalah ion positif no. 2 penting didalam tubuh kita. Ianya menggalakan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. 
Ianya juga penting untuk mereka yg mempunyai masalah fluktuasi glukos.

FUNGSI ZINC, BORON, MANGANES, KUPRUM

Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yg diperlukan untuk membaiki tulang, rawan, dan menghalang artritis.

TIPS BAGAIMANA MEMILIH KALSIUM PREMIUM?

√ pilih produk yang ada Vitamin D dan magnesium - Ostematrix Shaklee
√ elakan produk yg dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
√ elakan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dalam proses menyerap mineral

JIKA INGIN MENDAPATKAN OSTEMATRIX ATAU LAIN-LAIN PRODUK SHAKLEE

BOLEH TERUS HUBUNGI

NUR FARAHA JAMAL
SMS/CALL/WHATSAPP 019-4885969
FB : NUR FARAHA JAMAL






No comments:

Post a Comment