Pages

Friday 28 April 2017

PUNCA PENYAKIT BATU KARANG DAN CARA MERAWAT BATU KARANG DENGAN BERKESAN

Assalammualaikum.


Biasanya orang lelaki yang diserang penyakit batu karang ni. Mak kata orang lelaki suka tahan bila nak buang air kecil. Saya pun tak pasti. Dan, bila seseorang itu ada batu karang, rawatan paling cepat ialah dengan membuat laser bagi memecahkan batu karang tersebut. Kos rawatan nya pula dah tentu-tentu la mahalkan.


Entry kali ni saya nak kongsikan punca berlaku nya batu karang, simptom-simptom batu karang, dan rawatan yang murah dan berkesan untuk penyakit batu karang.

APA ITU PENYAKIT BATU KARANG? 





Batu karang adalah sejenis butir-butir pepejal keras yang terbentuk di dalam air kencing. Batu karang boleh terbentuk di dalam organ badan lain terutama yang berkaitan dengan proses pembentukkan dan pembuangan air kencing seperti buah pinggang, pundi kencing dan saluran ureter (saluran yang menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing).






Batu karang terbentuk apabila kandungan bahan dalam air kencing seperti kalsium, oxalate, cysteine dan asid urik terlampau tinggi. Selain itu, batu karang juga boleh terbentuk apabila jumlah air kencing sangat rendah walaupun kandungan bahan tadi berada pada kuantiti yang sedikit.






Bahan-bahan tadi akan membentuk kristal halus dan melekat pada dinding buah pinggang kemudian membesar hingga menjadi batu karang. Batu karang akan bergerak keluar dari badan melalui saluran air kencing dan akan terlihat apabila membuang air kencing. Seseorang akan berasa sakit jika saiz batu karang besar dan akan tersekat di saluran air kencing.

 

PUNCA-PUNCA PENYAKIT BATU KARANG


1. Kurang minum air

2. Tabiat makan yang buruk

3. Pernah terkena penyakit batu karang

4. Umur diantara 20 hingga 70 tahun

5. Jantina - lelaki lebih mudah mendapat penyakit ini

6. Penyakit metabolik

7. Vitamin D berlebihan dan tidak seimbang kalsium dengan magnesium

8. Kesan sampingan ubat-ubat seperti diuretik

9. Pemakanan yang tinggi kandungan protin purin

10. Kurang aktif

SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT BATU KARANG






1. Sakit yang teramat sangat dibahagian belakang badan dan sisi bawah tulang rusuk

2. Kencing berdarah

3. Kencing berpasir

4. Air kencing keruh dan berbau busuk

5. Rasa pedih dan sakit ketika membuang air kecil

6. Demam

7. Jangkitan pada salur kencing

JENIS-JENIS BATU KARANG


Terdapat jenis-jenis batu karang mengikut campuran bahan-bahan yang membentuknya.




1. Batu Kalsium - Jenis campuran dari 2 bahan iaitu kalsium dan oxalate yang sering dijumpai.

2. Batu Struvite - berlaku pada wanita berbanding lelaki.  Disebabkan jangkitan bakteria pada saluran kencing

3. Batu Asid Urik - peningkatan asid urik dalam badan disebabkan oleh metabolisme protein haiwan

4. Batu Sistein - jenis ini jarang berlaku. Hanya berlaku pada individu yang mempunyai penyakit genetik


TIPS DAN PETUA HANCURKAN BATU KARANG


1. Makan sebiji buah tembikai atau boleh blend dan campurkan gula batu serta perlu dihabiskan dalam masa satu hingga dua jam

2. Blend lobak putih dan minum

3. Perah tebu hitam kemudian kisar air nya bersama sebiji timun dan minum

4. Ambil suplemen Vivix Shaklee

BAGAIMANA RESVERATROL DALAM VIVIX MEMBANTU PESAKIT BATU KARANG


VIVIX adalah minuman campuran botani semulajadi merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ianya selamat, semulajadi, berkesan dan yang paling penting HALAL untuk pesakit batu karang.


Vivix mengandungi campuran unik botani iaitu Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.
Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Vivix adalah suplemen terbaik untuk pesakit batu karang kerana tinggi kandungan antioksidan dan Resveratrol yang terbukti secara klinikal dapat memperbaiki sehingga ke peringkat sellular.


Resveratrol di dalam Vivix membantu mengurangkan inflamasi dan anti radang yang sangat baik untuk mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh radikal bebas yang menyebabkan pembentukan batu karang.

TESTIMONI VIVIX MEMBANTU PESAKIT BATU KARANG





No comments:

Post a Comment