Pages

Thursday, 11 June 2015

Kanak-kanak Alahan Terhadap Makanan

Assalammualaikum..

Pasti ibu bapa panik apabila anak-anak mereka mengalami tanda-tanda ruam pada kulit, sukar bernafas, loya, muntah-muntah, sakit perut dan anafilaksis selepas mengambil sesuatu makanan. Itu adalah tanda-tanda menunjukkan yang anak anda mengalami ALAHAN.

Ibu bapa boleh mengelakan alahan makanan ini dengan melambatkan proses memperkenalkan makanan yang berpotensi menyebabkan alahan pada anak-anak.
Alahan makanan ni berlaku apabila sistem imun tubuh bertindak balas dengan protein yg wujud dalam sesetengah jenis makanan. Nanti kita akan lihat jenis makanan yang menyebabkan alahan pada anak.

BERHATI-HATI :

1. SUSU LEMBU @ SUSU SOYA

Alahan terhadap susu lembu mungkin disebabkan oleh tubuh tidak dapat menerima laktosa atau tidak dapat menerima protein susu. Masalah ini sangat biasa dihadapi oleh kanak-kanak. Alahan ini boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami cirit-birit yang teruk atau muntah-muntah.



2.  KEKACANG DAN KERANG-KERANGAN

Pakar pediatrik menyarankan ibu bapa agar tidak memberi anak mereka makan kekacang dan kerang-kerangan selagi mereka belum berusia dua tahun. Kekacang dan kerang-kerangan boleh menyebabkan anafilaksis iaitu tindak balas abnormal terhadap antigen tertentu.





3. GANDUM

Alahan terhadap gandum boleh menyebabkan cirit-birit, kekeringan dan gatal pada kulit dan kepala. Biasanya alahan ini disebabkan oleh kandungan gluten dalam gandum. Kanak-kanak yang alah terhadap gandum perlu mengamalkan diet yang betul-betul bebas gluten.

 

4. TELUR, IKAN, DAN MADU

Ibu bapa perlu lebih berhati-hati jika ingin memberi anak makan telur, ikan, dan madu kerana makanan ini boleh menyebabkan alahan. Bayi tidak digalakkan diberi makan telur kerana mengandungi bakteria salmonella manakala dalam madu mentah pula mengandungi botulism. Kanak-kanak yang alah terhadap telur dan ikan biasanya akan mengalami ruam atau muntah. Kesan alahan terhadap telur boleh berlaku serta-merta atau sehari selepas mengambilnya.


5. STRAWBERI

Ramai yang tidak mengetahui bahawa ada sesetengah kanak-kanak alahan terhadap buah beri seperti strawberi. Walaupun jarang berlaku, hal ini tidak boleh dipandang ringan. Alahan terhadap strawberi boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami ruam pada pipi dan sekitar mulut. Adakalanya, alahan tersebut boleh menyebabkan bengkak sekitar mulut, bibir, tekak, dan muka. Biasanya pakar pediatrik menyarankan agar kanak-kanak hanya diberi buah beri selepas mereka berusia satu tahun. 



Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak membantu ibu bapa diluar sana agar lebih berhati-hati apabila ingin memperkenalkan makanan ini pada bayi anda. Atau jika selepas mengambil salah satu daripada makanan di atas, dan anak anda mengalami tanda-tanda alahan, segera bawa berjumpa dengan doktor...😊😊

No comments:

Post a Comment