Pages

Wednesday, 3 June 2015

Punca Kelemumur pada Rambut Lelaki

Assalammualaikum...

Muka dah hensem..badan abam sado!! Tapi sekali duk dekat, kt atas bahu ada sisa-sisa habuk kelemumur..eeeeiiiyeeee..geli nya..mamat ni muka je hensem tapi rambut ada kelemumur..

Mereka, lelaki yang ada kelemumur ni ada sebab dia..punca kenapa kelemumur boleh muncul kt kulit kepala.. 


kelemumur, lelaki, set kelemumur lelaki, set shaklee, set rambut, rambut rosak, rambut kelemumur
                                 

Sebelum tu jom kita ketahui dulu apa itu kelemumur..

Kelemumur ni masalah kosmetik yang tidak sepatutnya dianggap sebagai satu penyakit. Ia kelihatan memutih, berkeping-keping dan jelas kelihatan pada rambut juga pada pakaian anda. Ia bukan sekadar masalah fizikal, tetapi juga emosi yang membuatkan seseorang menjadi kurang yakin, rendah diri dan runsing. Kehadiran kelemumur merosakan penampilan seseorang serta menyebabkan orang lain kurang selesa untuk berdamping.

Biasanya masalah kelemumur ini disebabkan beberapa perkara:


1. Jangkitan yis malassezia

Kulit dibahagian kepala berbeza dengan bahagian lain kerana lapisan epidermisnya lebih tebal dan lebih berpeluh serta berminyak. Ia terbahagi kepada tiga lapisan utama iaitu, dermis, hypodermis, dan epidermis, yang terbahagi pula kepada corneum dan basal.

Proses penggantian sel-sel berlaku dibahagian basal yang mana sel-sel dibahagi dan sel baru dibentuk. Sel yang baru akan menolak sel lama ke atas bahagian lapisan kulit sebagai cara ia matang. Proses ini berakhir apabila sel sampai pada lapisan corneum dan tanggal dengan sendiri apabila kulit kepala digosok atau dibasuh.

Dalam keadaan normal, proses kitaran sel-sel kulit ini berlaku antara 25 hingga 28 hari. Apabila proses penggantian kulit kepala menjadi lebih cepat atau singkat kepada tujuh hari, maka terhasillah kelemumur. 

Ini kerana dalam jangka masa yang pendek, sel berkenaan tidak mempunyai peluang untuk matang dan kering apabila ia sampai dibahagian lapisan luar kulit kepala.

Mikro organisme dan fungus ini diburukkan lagi oleh pencemaran, minyak yang terlalu banyak, atau kulit kepala yang terlalu kering. Sementara itu, mereka yang mempunyai masalah kelemumur dalam jangka masa panjang juga menghadapi masalah penipisan lapisan corneum sehingga 10 lapisan berbanding 25 atau 35 lapisan bagi kulit kepala biasa.

Walau bagaimanapun, punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap dan semua masalah menyumbang kepada kelemumur.

2. Seborrheic dermatitis (gatal-gatal, kulit kepala berminyak)

Ia punca biasa yang menyebabkan kelemumur kelihatan merah, kulit kepala berminyak diselaputi keruping puith atau kuning. Ia bukan saje berlaku pada kulit kepala malah di kawasan kulit yang mengandungi liang minyak, seperti kening, tepi hidung, belakang telinga, tulang dada, celah kelengkang dan kadangkala pada bahagian ketiak. Stress juga boleh mengundang masalah seborrheic dermatitis menjadi lebih teruk.

3. Kulit kepala kering, gatal dan berkeruping

Ia disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan oleh kulit kepala kering yang biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.


                                    
4. Kurang mencuci rambut

Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina dan menyebabkan ikelemumur.

5. Psoriasis

Masalah kulit berpunca daripada pengumpulan sel kulit mati yang menghasilkan keruping berwarna perak. Ia biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala

6. Ekzema

Jika anda penghidap ekzema, kelemumur adalah masalah biasa.
Sensitif pada sesetengah produk rambut kadangkala menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan atau gatal. Terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

Tips rawatan kelemumur

Untuk mengatasi masalah kelemumur, rawatan boleh dilakukan sendiri di rumah dengan membasuh rambut menggunakan syampu anti-kelemumur. Antaranya ialah syampu yang mengandungi Zinc Pyrithione (ZPT) yang mampu melawan kelemumur dari akar rambut. Ia bukan sahaja selamat untuk kegunaan harian tetapi juga bertindak lembut pada rambut.

Selain itu, syampu yang mengandungi ketoconazole atau selenium sulfide juga boleh digunakan dua kali seminggu sehingga kelemumur hilang. Syampu ini tetap perlu digunakan walau kelemumur sudah hilang untuk mencegah fungus dan kegatalan kulit kepala.

Jadi kepada abam-abam diluar sana, rajin-rajin la cuci/basuh rambut tu setiap hari ye. Setiap hari dan kerap. Kalau malas cuci, botak je..hehehe..jangan marah ye..




No comments:

Post a Comment