Pages

Thursday, 4 June 2015

8 Cara Jauhi Radang Sendi

Assalammualaikum..

Sebulan yang lalu, mak mengadu sakit lutut. Nak sembahyang susah, nak mencangkung kencing pun susah. Kebetulan pulak setiap minggu ada orang kawin. Mak aktif rewang dan jawatan dia sebagai tukang masak..hehehe..So memang kena berdiri lama la nak memasak sekawah kan..

Dah lama sangat menanggung sakit, kami bawa mak g klinik..Doktor muda ganti di Klinik tu yang sangat lemah lembut dengan penerangan yang jelas tentang sakit lutut mak. Doktor kata minyak gris kt lutut mak da habis..hehehe..

Penyakit Artritis ialah penyakit dimana pembengkakkan di sekitar sendi dan ia adalah salah satu daripada  kesan buruk gaya hidup yg tidak sihat, termasuklah amalan pemakanan yg tidak sihat. Penyakit yg melemahkan sendi ini mengurangi gerakan dan menyebabkan sengal-sengal seiring dgn pertambahan usia..mak pun da 54 tahun..cucu da 5..
Statistik menunjukkan bahawa penghidap artritis mengalami hari-hari yang menyakitkan tiga kali (3×) ganda berbanding orang yg sihat. Selain itu, kesannya juga terasa secara fizikal dan mental.

Sementara itu, menyembuhkan penyakit ini adalah proses yg sangat lambat dan menyakitkan. Oleh sebab itu, adalah lebih baik anda melakukan pencegahan sejak awal iaitu dengan menerapkan gaya hidup sihat.

Ikuti panduan di bawah :

1. Minum banyak air

Banyakkan cairan dalam tubuh iaitu dengan minum banyak air dapat membantu menjaga berat badan sekaligus mengurangi perubahan obesiti. Air amat penting di dalam tubuh utk kegunaan sendi dan mengurangi kadar toksin di dalam tubuh serta menjadikan tubuh sentiasa segar. Ketika bergerak, sendi menarik air dari sumsum tulang ke rongga sendi jika ada air yang tersedia. Jika tidak cukup air, sendi tidak dapat bergerak seperti yang sepatutnya.

2. Minum Susu

Kita tahu susu mengandungi kalsium yg diperlukan tulang. Segelas susu dapat mencegah banyak penyakit dan artritis salah satunya. Kalsium dalam susu amat penting utk pencegahan radang sendi. Oleh itu, susu perlu menjadi rutin minuman harian anda setiap hari. Produk susu lain termasuklah yogurt dan keju yg juga boleh diamalkan setiap hari.

3. Minum jus

Antioksidan yang terdapat di dalam jus oren dikenal pasti dapat mengurangi risiko radang sendi. Segelas jus oren setiap pagi akan menjadikan permulaan hari yg sihat dan baik utk anda. Buah-buahan dan sayur-sayuran yg mengandungi beta-cryptoxanthin bukan hanya menyihatkan tulang dan kulit malah membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh yg secara langsung terlibat dgn Rheumatoid Arthritis (RA).

4. Berjalan

Sendi kita perlu aktif dan sentiasa sihat. Berjalan cepat dan berjoging adalah cara asas utk melakukan hal ini. Selain itu, anda boleh melakukan yoga, berenang dan peregangan yg biasa bagi membuat sendi bebas dari stres. Aktiviti ini juga membantu mengawal berat badan yg baik kerana pengawalan berat badan yg baik adalah penting kerana ia menjadi beban kepada banyak sendi di tubuh.

5. Olahraga di tempat kerja

Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk selama berjam-jam menghadap komputer, cubalah beristirehat seketika seperti berjalan-jalan di sekitar pejabat. Atau, anda boleh berdiri seketika ketika berbual dgn seseorang atau berjalan sambil bercakap di telefon.

6. Kasut yang sesuai

Pakai kasut yg bukan hanya cantik tapi ia perlu baik utk kesihatan kaki. Pilih kasut yg memberi keselesaan pada kaki. Kasut perlu empuk dan mampu menampung keseluruhan kaki (mengikut ukuran kaki yg betul).

7. Elakkan angkat barang berat

Hindari daripada mengangkat barangan yang terlalu berat. Mengangkat barang-barang berat dengan kerap boleh memberi tekanan pada sendi sehingga menyebabkan sakit.

8. Ambil suplemen

Minyak ikan dikatakan membantu dalam pencegahan artritis. Suplemen ini merupakan sumber yang kaya dgn asid lemak omega 3 yang membantu menjaga kesihatan tubuh. Sumber-sumber alam seperti kuning telur dan ikan salmon juga disarankan.

No comments:

Post a Comment