Pages

Monday, 8 June 2015

Hantu Blog Contest

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..Selesai sudah kelas blog di Melaka. Walau ada sedikit halangan, tapi akhirnya berjaya juga menghadirkan diri dengan bantuan dari ayah. Terima kasih ayah sudi hantar akak ke Londang, Melaka. 

Kami belajar sesuatu yang baru..belajar menguasai ilmu blog dengan lebih baik lagi. Cikgu yang sangat sempoi, kelas santai, dan yang penting berbaloi. Apa yang saya nak belajar pasal blog dapat dipelajari harini. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah. KAU permudahkan semuanya.

Dah penat menuntut ilmu, kita isi perut pulak. Potluck style. Masing-masing bawak makanan sendiri dari rumah. MasyaAllah semua makanan sedap2. Sampai senak perut kekenyangan. Saya bawak pizza dan roti. Antara menu yang dibawa ialah sambal daging, ikan caru bakar, ikan masak asam pedas, sayur campur, sambal sotong kurita, rendang ayam, ulam-ulaman, sambal kuinin, kek coklat. Tuan rumah pun tak ketinggalan menyediakan kari ikan merah..nyum nyum..sedap sangat..

Terima kasih Mami Mia berkongsi ilmu dengan kami. Rasa sekejap je tadi. Tak cukup lagi, kami nak lagi. Tak sabar nak join pertandingan hantu blog ni. Anjuran 3 Leader Shaklee iaitu Mami Mia, Mama Nurul dan Mami Ainul. Hadiah sangat lumayan tu. Rm300 utk tulis blog dalam masa 30hari.

Jom kita layan gambar sepanjang kelas yg bermula pkul 10pagi dan berakhir 5 petang.






Posing dulu..kami anak murid 6 orang..



Antara menu yang kami bawak



Sambal kuinin che zah yang sangat sedap dan berasap



Ikan bakar caru




Roti ku kacang merah 


Hero ku ikut je kemana mama dia pergi



Terima kasih ayah



Dia lagi busy dari mama dia



2 comments:

  1. amboiii....ni gambor makanan jer yg lebih nih...hahha

    ReplyDelete
  2. Hahaha..makanan semua sdap2..tu yg terover upload..

    ReplyDelete